2 Hadiah Sempena Bulan Oktober

Rasanya macam dah lama tak update pasal Award kan? Hehehe

OK lah… Dalam bulan Oktober yang lepas akhirnya saya berjaya juga menang 2 contest yang dianjurkan oleh Great Eastern Takaful. Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Contest pertama adalah Final Battle iPad Challenge. Contest ini dianjurkan selama 2 bulan iaitu dari 1/10/2018 sehingga 30/11/2018. Gumbira sungguh rasa di hati sebab berjaya tamatkan contest ni dalam masa 1 bulan saja!

Contest kedua pula adalah Jutawan Harapan. Sempena dengan Ulangtahun Ke-8 Great Eastern Takaful, pihak syarikat berbesar hati untuk membolehkan seberapa ramai rakyat Malaysia untuk memiliki sekurang-kurangnya plan asas yang memberi perlindungan terhadap kematian dengan harga tersangat murah. Dengan itu plan hibah standalone bernama i-Gr8 Harapan telah dilancarkan untuk tempoh terhad. Maka 1 contest khas bagi plan ini juga telah dilancarkan yang mana ejen-ejen akan menerima wang dalam bentuk Rupiah mengikut nilai jualan plan i-Gr8 Harapan. Alhamdulillah saya berjaya dapatkan nilai Rupiah tertinggi yang ditawarkan iaitu 3 Juta Rupiah. Smart Partner saya pun, Syaiful berjaya menang 1 Juta Rupiah. Tahniah Bro!

Sebenarnya mereka beri duit Rupiah ni supaya selari dengan ada 1 lagi contest lain yang menawarkan Percutian Gemilang Ke Surabaya. Yang ni, saya tak dapat. Nguuuuu……

Sepanjang masa memang akan ada saja contest yang ditaburkan tak kisah dari syarikat mahupun agensi sendiri. Award-award dan reward-reward ini sememangnya menjadi pemangkin untuk kita sentiasa bergerak ke hadapan dan tidak tergelincir dari landasan industri takaful.

Sekiranya anda adalah peminat contest-contest, peminat travel, peminat gajet, peminat buat review-review, apa kata anda jadi perunding takaful. Mana tahu lebih rezeki anda di sini. Suri Fitriah 017-3723344.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Post