Mulakan Bulan Baru Dengan Air Terjun Sofea Jane, Kemensah

Sudah lama saya mendengar tentang air terjun ini. Dulu masa saya naik ATV dengan kawan dan sepupu kami tak dapat naik ke sini sebab hari hujan. Track sangat basah dan mungkin sukar untuk kendalikan ATV jika ke sana. Akhirnya pada 1 Disember 2020 dapat juga saya sampai ke air terjun ini. Kami park kereta di hadapan ATV Kemensah Adventure. Bayar RM3.

Saya mendaki bersama 2 orang kawan iaitu Nuar dan Lisa. Kami mulakan perjalanan dalam jam 7.45 pagi. Daki saja ikut track ATV. Lebih kurang sejam lebih barulah kami dengar deruan air terjun yang jatuh dari tempat tinggi. Dengar air je dah teruja sangat nak main air ni! Jalan lagi 5 minit, YESS!!!!!! Dah nampak air terjun. Yeayyy!!

Kami luang lebih kurang 45 minit dalam air sungai tu sebelum naik semula ke darat. Memang seronok sebab airnye sejuk dan jernih sangat. Rasa aman bahagia selama ada dalam air sungai tu. Paling best bila air jatuh atas kepala dan badan. Rasanya macam kena urut yang sedap. Hilang rasa penat, rasa stress ke apa. Seronok bukan main tau!

Nasib kami pergi awal, semasa perjalanan turun banyak kami terserempak dengan kumpulan-kumpulan yang nak berkunjung ke air terjun itu juga. Kawasan terhad. Alhamdulillah kami dah selesai tanpa perlu bersesak. Kami juga terserempak dengan macam-macam jenis kenderaan yang digunakan untuk ke sana selain daripada mendaki pakai kaki. Basikal ada, motorcross ada, ATV pun ada! Meriah kan track ni. Haha…

Boleh tengok kat video ni kalau saja nak tahu

Saya tahu ada beberapa lagi air terjun di atas sana. Yang orang panggil nama Maya Karin la Neelofa la. Tapi kami tak daki ke atas sana. Cukup di Sofea Jane saja. Apa pun memang puas hati dapat jumpa air terjun ni! Korang pun patut pergi.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post