Pada 2 Julai yang lalu, sekali lagi saya dan beberapa rakan yang lain menerima reward tambahan daripada leader kami yang berupa pengalaman baru bagi saya yang bukanlah kaki wayang. Kali ini kami menonton cerita Annabelle Comes Home di TGV INDULGE, One Utama. Di TGV INDULGE kita akan disambut mesra oleh pelayan-pelayan dari gerbang masuk lagi. Di lounge yang tenang tu kita boleh minum-minum atau makan-makan terlebih dahulu sebelum tayangan. Kalau nak makan minum ketika atau selepas tayangan pun boleh. Kami memilih untuk makan dan minum sebelum tayangan memandangkan tayangan kami bermula jam 8.45 malam. Elok lah tu kan dinner dulu sebelum tengok cerita yang tak berapa nak seram tu.

Dalam pakej Indulge ni kos RM65 yang dibayar adalah untuk tiket wayang (RM28) dan makanan (RM37). Makanan yang termasuk dalam pakej ini adalah 1 main dan 1 starter. Maka kita bolehlah pilih 1 main dan 1 starter yang ada dalam menu di bawah. Harga minuman pula perlulah dibayar secara berasingan.

Tiket pun cantik kan…
Harga makanan sangat berpatutan dengan rupa dan rasa
Kebanyakan kami pilih main yang kat muka surat ni

Secara jujurnya, makanan yang dihidangkan amatlah memberangsangkan dari segi rasa dan rupa. Ia berpatutan dengan harganya yang tidak mahal. Jadi kalau korang rasa nak tengok wayang dan makan-makan, eloklah berkunjung saja ke TGV Indulge. Jimat masa dan jimat wang. Malah suasana yang kondusif juga sangat-sangat sesuai untuk luang masa berbual-bual bersama yang tersayang.

Starter – Sweet Potato Fries

Starter – Salted Egg Chicken Strips

Main – Steak & Shrimp

Main – Cajun Salmon

Setelah selesai semua makan dan minum hidangan masing-masing, maka tibalah masa untuk menonton pula. Kami 8 orang semuanya. 4 orang duduk twin seat. 4 orang duduk single seat. Bezanya, yang twin seat ada 1 saja console untuk order makanan. Yang single seat semua ada console sendirilah untuk order makanan ketika tayangan berlangsung.

Twin Seat

 

Single seat

Dah habis menonton, kita pun baliklah ke rumah masing-masing dengan hati yang gembira….

Begitulah pengalaman kami di TGV INDULGE. Sangat menyeronokkan lagi-lagi kepada kaki wayang. Memang mudah dan berbaloi aktiviti menonton wayang dan makan bagi sesiapa yang sering sibuk.

Tengoklah wajah-wajah agen takaful yang semuanya pandai berlakon. Hahaha!

Jika anda nak tanya tentang takaful atau kerjaya dalam bidang takaful ni, jangan malu dan segan. Hubungi saya di whatsaap Suri 017-3723344.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes