Apa Itu Takaful?

Dalam bahasa harian di Malaysia, takaful merujuk kepada skim perlindungan seperti juga insurans tetapi secara Islamik. Atau lebih mudah disebut insurans kaedah Islam.

Tetapi… Pada hakikatnya…

Menurut bahasa, takaful bermaksud saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara.

Dalam Akta Takaful 1984 pula, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Di sini jelaslah bahawa takaful mempunyai ciri-cirinya tersendiri yang lebih menitikberatkan perasaan saling bantu-membantu dan bekerjasama sesama peserta. Ia bukanlah hanya sekadar membayar untuk menyelamatkan diri sendiri sahaja. Tetapi lebih kepada derma yang bermanfaat dan kena pada sasaran yang tepat. Wang yang disumbangkan setiap bulan itu dikumpulkan, dilaburkan dan digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta-peserta yang ditimpa musibah.

Sehingga 2012, terdapat sebanyak 12 Pengendali Takaful di Malaysia. Mereka termasuklah (mengikut abjad) :-

  1. AIA AFG Takaful Bhd
  2. AmFamily Takaful Berhad
  3. CIMB Aviva Takaful Berhad
  4. Etiqa Takaful Berhad
  5. Great Eastern Takaful Sdn Bhd
  6. HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
  7. Hong Leong MSIG Takaful Berhad
  8. ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad
  9. MAA Takaful Berhad
  10. Prudential BSN Takaful Berhad
  11. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  12. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.

Apa Pula Beza Takaful Dengan Insurans Konvensional?

Sila rujuk Glosari Takaful untuk lebih mudah memahami perbezaan di antara Insurans Konvensional dan Takaful.

Ins vx tkf

Masih ramai orang diluar sana yang tidak jelas dengan perbezaan di antara Takaful dan Insurans Konvensional. Mula-mula sekali perlu diingat bahawa kedua-duanya adalah satu keperluan berbentuk PERLINDUNGAN. Maknanya insurans konvensional pun perlindungan, takaful pun perlindungan.

Ada pula yang menganggap “takaful” itu semata-mata nama sebuah syarikat contohnya Takaful Ikhlas, Takaful Nasional. Jadi bila disebut nama syarikat takaful yang lain seperti Great Eastern, Prudential atau AIA, ada yang berasa haram untuk mendapatkan produk dari syarikat selain Takaful Ikhlas atau Takaful Nasional.

Hakikatnya, syarikat insurans konvensional seperti Great Eastern, Prudential dan AIA juga mempunyai lesen takaful. Dengan itu sebuah syarikat baru yang berasingan daripada syarikat insurans konvensional itu telah pun ditubuhkan dan diuruskan oleh satu pihak pengurusan yang berbeza.

Jadi tiada keraguan untuk mendapatkan produk-produk takaful daripada syarikat tersebut. Contohnya Takaful Health 2 dari Prudential BSN Takaful Berhad, i-Great Damai dari Great Eastern Takaful Berhad dan A-Medik dari AIA AFG Takaful Berhad.

Produk yang ditawarkan oleh syarikat takaful dan syarikat insurans konvensional lazimnya mempunyai ciri-ciri dan manfaat-manfaat yang sama.

Yang membezakannya ialah konsep dan kontrak yang terlibat. Bagi umat Islam, insurans konvensional dikira haram kerana kontrak yang terlibat ialah jual beli. Mengapa pula jual beli tu haram? Jual beli tidak haram. Tetapi dalam insurans konvensional, jual beli yang dibuat merupakan suatu perjanjian yang tidak jelas dan tidak berlaku sebarang pertukaran di antara penjual (syarikat insurans konvensional) dan pembeli (pelanggan). Pembeli sebenarnya membeli kontrak yang menjanjikan pampasan seperti yang terkandung dalam pakej yang ditawarkan. Kontrak inilah yang haram kerana mengandungi unsur-unsur ketidakpastian.

Dalam takaful pula, tiada kontrak jual beli. Tetapi yang ada ialah kontrak tabarru’ di kalangan peserta-peserta. Iaitu persetujuan untuk memberi sumbangan yang mana sumbangan-sumbangan itulah yang akan digunakan untuk memberi pampasan kepada mana-mana peserta takaful yang ditimpa musibah. Ini jelas menunjukkan bahawa pampasan atau bantuan yang diberi kepada peserta takaful yang ditimpa musibah datangnya dari tabungan sumbangan-sumbangan peserta lain yang diuruskan oleh Pengendali Takaful.

So sekarang kita dah faham bahawa konsep perlindungan tu tak haram. Tapi kontrak tu yang menjadikan dia haram. Bila kontrak yang dibuat tu menepati kehendak syariah, maka tak la haram.

Jadi bila nak amek mana-mana perlindungan, pastikan dulu konsepnya takaful, barulah boleh amek dengan penuh yakiin!!!!

Share This:

2 thoughts on “Apa Itu Takaful?

  1. Maaruf Mohamad
    September 18, 2016 at 6:52 PM

    salam.
    terima kasih kerana membuat page ini.
    sangat berguna untuk saya yang baru 4 hari mendaftarkan diri dalam dunia takaful.

    =)

    • Suri Fitriah
      September 18, 2016 at 7:20 PM

      Wassalam en maaruf

      Sama2 saya ucapkan dan terima kasih juga kerana mengunjungi blog saya. Selamat maju jaya buat en maaruf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *