Badal Haji ialah Haji yang ditunaikan oleh seseorang pengganti untuk orang lain. Sebagai contoh, seorang anak menunaikan Haji untuk bapanya yang telah meninggal dunia. Ataupun sesiapa sahaja yang diberi upah untuk menunaikan Haji bagi pihak orang lain.

Syarat untuk membolehkan seseorang itu mengambil upah Haji adalah seperti berikut :-

  1. Sudah menunaikan Haji untuk diri sendiri.
  2. Hanya mengambil upah untuk menunaikan Haji seorang lain sahaja dalam satu musim Haji
  3. Apabila berniat ihram, hendaklah berniat atas nama orang yang akan diHajikan
  4. Cukup mahir dalam mengerjakan Haji

Lazimnya Badal Haji ditunaikan atas sebab kekangan kewangan ataupun kesihatan. Walau bagaimanapun, Badal Haji hendaklah dilakukan dengan menggunakan harta peninggalan si mati.

Ada kalanya kita berusaha sedaya upaya untuk menyimpan wang bagi menunaikan Haji. Tetapi, ajal lebih dahulu datang menjemput. Walaupun wang sudah hampir mencukupi, akhirnya kita tak dapat juga menunaikan Haji kerana telah kembali ke Rahmatullah.

Apakah jaminan yang kita ada agar Rukun Islam Kelima itu dapat ditunaikan walaupun telah kembali ke Rahmatullah? Kini, jangan lepaskan peluang untuk menjamin tertunainya Rukun Islam Kelima itu. Dengan menyertai skim simpanan Haji/Umrah i-Great Amal, Badal Haji akan ditunaikan secara automatik untuk anda.

Tidak perlu harapkan keluarga atau saudara-mara. Anda sendiri boleh menjamin tunainya Haji anda. Melalui i-Great Amal, Badal Haji anda akan ditunaikan oleh wakil dari TH Travels sekiranya anda meninggal dunia dalam tempoh simpanan. Demi menjamin Badal Haji ini, cepat-cepat lah hubungi saya untuk sertai i-Great Amal!

Anda tidak akan rugi apa-apa pun. Wang simpanan ada, perlindungan ada, 1 bahagian korban ada, wang saku menunaikan Haji/Umrah pun ada! Istimewa hanya dari i-Great Amal.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes