Assalamualaikum & Hi semua!

Lama sudah saya tidak menulis mengenai Medical Card kan? Maka, sebagai hadiah kepada anda semua, hari ini saya berbesar hati nak rungkaikan satu per satu perihal Medical Card Great Eastern Takaful. Kupasan saya ini akan bercampur di antara fakta, real case dan experiences dalam mengendalikan Medical Card para client saya!

Ada banyak jenis Medical Card dalam pasaran Malaysia kita ni kan. Tapi saya cuma minat nak cerita yang Great Eastern punya je la. Maka, korang boleh nilai dan fikir sendirilah kalau nak buat keputusan ambil Medical Card. Saya yakin dengan Medical Card Great Eastern! Sebab itu saya tak rasa ralat nak menceritakannya.

Berikut saya senaraikan ciri-ciri TERHEBAT Medical Card GE :-

1-   Tiada had seumur hidup

2-   Tiada co-takaful

3-   Had kelayakan bilik meningkat secara automatik setiap 3 tahun

4-   Had tahunan yang tinggi

5-   Complimentary benefit seperti perkhidmatan bantuan kecemasan kenderaan rosak secara percuma

6-   Complimentary benefit seperti Manfaat Kematian Akibat Kemalangan

7-   Had kelayakan hari masuk ke wad yang tinggi

8-   Had kelayakan hari membuat rawatan susulan yang panjang

9-   Dipercayai oleh pihak hospital

Tahukah anda bahawa Medical Card GE mempunyai fleksibiliti yang tinggi di mana anda boleh memilih atau mengubah manfaat dalam medical card mengikut keperluan dan kemampuan anda. Apa maksud saya fleksibel?

Maksud saya ialah, anda boleh pilih Medical Card dengan co-takaful atau TANPA co-takaful. Yang TANPA co-takaful adalah lebih mahal. Anda juga boleh pilih sama ada mahu atau tidak kelayakan bilik anda meningkat secara automatik setiap 3 tahun tanpa caruman tambahan. Kalau mahu sudah tentu bayarannya lebih mahal dari yang tiada option ini. Anda mahu manfaat untuk orang yang menjaga atau tidak. Anda mahu tempoh kelayakan hari rawatan selepas discaj dipanjangkan kepada dua kali ganda atau pun tidak.

Begitu juga dengan had kelayakan tahunan atau had kelayakan seumur hidup. Anda bebas memilih mahukan yang ada had seumur hidup atau mahukan yang UNLIMITED. Sudah pasti yang UNLIMITED adalah lebih mahal.

Jadi semuanya boleh dipilih atau diubah ikut kehendak anda. Anda yang tentukan. Kami cuma berikan harga caruman mengikut kemahuan anda. Setiap pilihan anda pastinya mempunyai sebab-musabab yang anda saja tahu.

Mengikut pengalaman saya, saya lebih gemar menawarkan Medical Card dengan Co-Takaful dan manfaat biasa terlebih dahulu. Ini kerana, Medical Card jenis ini adalah lebih murah dengan manfaat yang serba lengkap dan memadai. Client dapat menjimatkan wang caruman lantaran Medical Card hanya digunakan ketika emergency sahaja. Emergency tidak berlaku setiap hari. Sebab itu, Medical Card yang rendah sikit bayarannya lebih disyorkan. Tetapi manfaatnya mestilah yang banyak dan besar. Janganlah ambil medical card murah tapi “takde isi”. Lagi rugi!

Jika anda tiada masalah dari segi bajet, maka saya alu-alukan anda untuk mengambil medical card yang mempunyai fungsi maksimum. Tujuannya supaya anda tidak marah-marah atau geram dengan limitation yang ditetapkan pada Medical Card biasa. Contohnya, sudah tentulah anda tidak perlu menyediakan bayaran untuk Co-Takaful apabila discaj sekiranya anda mengambil Medical Card TANPA Co-Takaful. Anda juga tidak perlu risau tentang kos rawatan yang semakin mahal saban tahun sekiranya mengambil Medical Card UNLIMITED. Anda tidak perlu fikir nak ambil duit dari mana sekiranya anda perlu menambah sendiri bayaran bil hospital kalau-kalau had seumur hidup medical card biasa anda telah dilepasi.

Mengapa Medical Card UNLIMITED tu perlu?

1-   Sebab teknologi dalam bidang perubatan sudah semakin canggih. Teknologi yang canggih sudah tentulah mahal harganya.

Slide3 Slide4 Slide5

2-   Kos operasi hospital juga semakin mahal

Slide6

Peningkatan kos perubatan memang jelas kelihatan dari tahun ke tahun. Maka mempunyai Medical Card dengan had yang tinggi atau tiada had bakal menjadi satu KEPERLUAN pada masa akan datang!

Slide2

Mahukah anda menampung semua kos perubatan yang mahal-mahal belaka ini dengan menggunakan wang anda sendiri yang dikumpul bertahun-tahun? Sudah tentu TIDAK kan?

Bersegeralah menjadi pengumpul duit yang bijak. Jangan habiskan duit anda sendiri hanya untuk rawatan hospital. Biar Medical Card yang BAYAR!!!

Jika anda mahukan Medical Card yang begitu FLEKSIBEL daripada Great Eastern Takaful, cepat hubungi saya Suri Fitriah di talian 017-3723344 sekarang! Lagi lama anda tunggu, lagi mahal caruman yang anda perlu bayar. Bertindak sekarang demi mengelakkan pembaziran yang tak sepatutnya berlaku!

 

Share This:

2 thoughts on “Bagus Sangat Ke Medical Card Great Eastern? Baguslah sebab FLEKSIBEL!

  1. abrazak
    September 5, 2018 at 1:14 PM

    PM saya 0197296966

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *