Semakin hari semakin ramai yang celik dengan konsep pembahagian harta kepada waris. Apatah lagi kasih sayang ibubapa kepada anak-anak takkan terputus walau apapun keadaan yang berlaku. Atas sebab itu, menjadi perkara biasa apabila seseorang ibu atau bapa merancang untuk menyenangkan anak-anak dengan memberi/menyediakan sebuah rumah untuk kemudahan masa depan anak-anak mereka. Bertungkus-lumus dan bekerja keraslah ibubapa ini dalam usaha nak merealisasikan cita-cita mereka menyediakan rumah untuk anak-anak sebab takut anak-anak tak dapat beli rumah kelak lantaran harganya yang semakin mahal.

Jika begitulah objektif anda, iaitu nak menyenangkan anak-anak pada masa depan dengan menyediakan rumah untuk mereka, saya ada satu cadangan yang lebih menarik untuk anda laksanakan. Cadangan saya ini sebenarnya boleh dibuat bersekali dengan usaha anda menyediakan rumah untuk anak ataupun buat cadangan ini saja. Dijamin lebih mudah dan lebih murah.

Berikut saya tunjukkan perbezaan di antara membeli sebuah rumah untuk anak VS mencarum dalam takaful sebagai harta peninggalan buat anak :-

Dari jadual di atas, dapat kita lihat bahawa mencarum dalam takaful adalah satu alternatif yang tiada tandingannya dalam usaha kita memberikan harta peninggalan untuk anak. Ia juga begitu fleksibel yang mana kita boleh adjust-adjust nilainya dan manfaat-manfaat yang patut diberi.

Membeli rumah sebagai harta peninggalan buat anak memang menyeronokkan. Dari proses mencari dan memilih rumah sehingga melengkapkannya dengan perabot-perabot semuanya memang sangat mengujakan sesiapa pun. Kepuasannya juga terasa. Tetapi usaha dan komitmennya juga perlu sangat tinggi. Tidak semua orang mampu membelikan rumah untuk anak masing-masing. Tapi saya amat yakin dan pasti, ramai orang mampu mencarum takaful untuk kemudahan anak-anak pada masa akan datang. Dengan pampasan takaful yang bernilai besar sebenarnya anak anda juga mampu membeli rumah pada masa akan datang. Lebih manis lagi apabila mereka boleh memilih sendiri design, lokasi dan konsep rumah yang diingini. Mereka tidak terikat dengan rumah peninggalan yang disediakan oleh ibubapa mereka. Bukankah dengan kaedah ini, objektif anda tetap tercapai? Lebih terjamin kan?

Kelemahan Membeli Rumah Sebagai Harta Peninggalan :-

  • Modal permulaan yang besar
  • Ansuran bulanan yang mungkin membebankan. Katalah ada 3 orang anak. Setiap ansuran rumah bernilai RM800. Jumlah untuk 3 anak dah jadi RM2,400 sebulan!
  • Maintenance rumah perlu dilakukan selama mana rumah itu ingin dimiliki. Dari sekecil-kecil bayaran cukai, bayaran bil, sehinggalah sebesar-besar baikpulih atau renovation yang diperlukan.
  • Belum tentu lagi anak itu mahu memiliki rumah yang ditinggalkan untuknya. Mungkin taste tak sama. Mungkin lokasi tak sesuai. Dan macam-macam lagi kemungkinan yang lain.
  • Ada potensi anak perlu menanggung sedikit bebanan hutang sekiranya rumah belum habis dibayar. MRTT yang diambil pula tidak mencukupi untuk menampung kos baki pinjaman. Selain itu, proses pindah hakmilik juga memerlukan pengeluaran kos kewangan, tenaga dan masa. Sekiranya anak tidak berkemampuan atau berkemahuan untuk menyelesaikan perkara ini, mungkin akan terbiar sahaja harta itu tanpa pembelaan yang sewajarnya.

Sekiranya anda tidak mempunyai banyak peruntukan bagi tujuan memudahkan anak anda kelak, mencarum dalam takaful adalah penyelesaian yang mudah, cost-effective dan terjamin untuk dipilih. Anda hanya perlu menyertai 1 sijil takaful dan menamakan anak anda sebagai penerima wang pampasan manfaat takaful itu. Sebegitu mudah dan ringkas. Dokumen yang diperlukan pun hanya IC anda. Anda bebas menetapkan berapakah nilai pampasan yang akan diterima oleh anak anda apabila anda meninggal dunia nanti. Wang pampasan takaful juga adalah wang yang paling cepat diterima oleh waris yang dinamakan setelah seseorang meninggal dunia. Ia tidak termasuk dalam harta yang perlu dibicarakan. Penyerahannya adalah mutlak kepada penerima dan tiada kos pengurusan mahupun kos guaman diperlukan untuk mendapatkannya.

Macam mana? Suka tak sediakan pampasan wang tunai kepada anak-anak sebagai harta peninggalan demi kemudahan mereka kelak? Jika anda setuju dengan cara ini, berikut saya kongsikan plan yang sesuai untuk anda miliki dan mewariskan wang pampasan manfaatnya kepada anak-anak :-

Plan ini hanya dibuka sehingga 31 Disember 2019 sahaja

Murah kan? Whatsapp saya cepat-cepat untuk dapatkan plan ni! Suri 017-3723344. Kalau tak nak nilai 500 ribu, boleh buat 100 ribu ke 300 ribu ke kalau nak lagi banyak 1 Juta 2 Juta 3 juta semua pun boleh. Meh dapatkan maklumat lanjut dan consultation daripada saya.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes