Bidang Tugas Agen Di Great Eastern Takaful

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua!

Saya tahu ramai orang di luar sana sedang berkira-kira untuk melakukan part time job. Kalau dah nama part time sudah tentu ia sepatutnya lebih fleksibel, lebih ringkas dan mampu memberi pendapatan yg kompetitif. Tahu atau tidak, part time agent takaful sebenarnya adalah satu job yg patut anda jadikan pilihan utama ketika memilih part time job. Mengapa agen takaful kena jadi pilihan utama? Jawapannya cukup mudah! Anda boleh tukar dari part time kepada fulltime bila-bila masa dan kerjaya sebagai agen takaful boleh dianggap tiada kongkongan dari segi kerja yg mana kita boleh pergi sejauh mana dan sebanyak mana pun.

Baiklah, sekarang saya nak kongsikan mengenai bidang tugas seorang agen takaful. Secara kasarnya saya bahagikan kepada 3 kerja utama yang wajib dilakukan oleh seorang agen :-

Mendapatkan Peserta

Kalau dah nama pun agen, dah tentulah kita kena memasarkan produk dari syarikat kita untuk dinikmati manfaatnya oleh para pelanggan/peserta. Jadi perkara yg mesti dilakukan oleh agen pastinya menarik minat orang ramai untuk memiliki produk yg ditawarkan. Dalam kes takaful, maknanya agen kena ajak orang untuk sign up supaya memiliki sijil takaful. Banyak cara untuk membuatkan orang ramai tertarik untuk sign up takaful dengan kita. Antaranya melalui kempen kesedaran, penceritaan kisah benar, statistik sebenar, fakta angka dan banyak lagi.

Dari mana nak dapatkan peserta? Cukup mudah! Mulakan dengan orang terdekat dan orang sekeliling dahulu. Paling-paling kurang pun ahli keluarga. Pastu kawan. Pastu jiran. Pastu bekas guru. Dan seterusnya lah….. Pastu kita dapatkan referal pula dari orang2 yg dah jadi cleint kita. Kalau dah habis orang sekeliling dan referal, kita boleh dapatkan peserta dari kalangan stranger pula. Iaitu org yg langsung kita tak kenal.

Banyak cara nak dapatkan peserta. Kita hanya perlu rajin dan konsisten 🙂

Peserta menandatangani borang penegsahan penyertaan setelah memahami isi kandungan perlindungan yg akan dimilikinya :-)

Peserta menandatangani borang pengesahan penyertaan setelah memahami isi kandungan perlindungan yg akan dimilikinya 🙂

 

 

Menguruskan Penyertaan Peserta

Bila dah berjaya dapatkan orang untuk sign up, dah tentu kita kenalah uruskan pendaftaran penyertaannya pula. Hal ini pun tidaklah sesukar mana. Apa yg perlu kita dapatkan ialah maklumat lengkap tentang diri peserta itu termasuklah tahap kesihatan dan sejarah perubatannya. Setelah semua maklumat yg diperlukan lengkap, maka kita kenalah submit kepada HQ untuk dinilai permohonnya. Untuk membolehkan permohonan diproses, wang caruman perlulah dibayar semasa pendaftaran juga. Keputusan permohonan akan diketahui setelah proses underwriting selesai. Menjadi tanggungjawab agen juga untuk membantu bakal peserta menyediakan maklumat-maklumat tambahan jika diminta pada peringkat underwriting.

Membuat submission secara online

Membuat submission secara online

Hantar hardcopy form ke branch/HQ

Hantar hardcopy form ke branch/HQ

 

Perkhidmatan Selepas Penyertaan 

Setelah permohonan berjaya, ini bermakna peserta itu telah layak mendapatkan perlindungan seperti yg dipersetujui dalam sijil takafulnya. Buku sijil perlulah diserahkan kepada peserta secepat mungkin. Selepas dari itu, setiap apa tuntutan atau pun perkhidmatan lain yg berkaitan perlulah dilakukan oleh agen bila perlu. Agen juga haruslah sentiasa bersedia untuk menyalurkan apa2 maklumat yg diperlukan oleh peserta. Selain melayan tuntutan, agen juga harus sentiasa berhubung dengan peserta supaya mendapat tahu apa saja perkembangan semasa peserta terutamanya yg melibatkan perubahan tanggungan risiko peserta. Jika terdapat sebarang perubahan pada tanggungan risiko peserta, agen jugalah yang sewajarnya mencadangkan penambahan perlindungan agar sejajar dengan keperluan peserta 🙂

Menyerahkan cek tuntutan peserta

Menyerahkan cek tuntutan peserta kepada waris yg dinamakan

Melawat peserta dan menguruskan tuntutan secara manual jika perlu

Melawat peserta dan menguruskan tuntutan secara manual jika perlu

Begitulah antara tugas utama yang perlu dilakukan oleh seorang yang bergelar Agen Takaful. Anggaplah semua tugas-tugas yang dibuat tadi sebagai amal dan bakti kepada masyarakat. Kalau tak agen yang buat, siapa lagi? Bekerjalah dengan penuh keikhlasan. Sesungguhnya rezeki yg Allah berikan, hanya Dia saja yg mengetahuinya.

Drop Your Resume Here

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Post