Bulan Pertama Sebagai Fulltime Takaful Agent!

Hai dan Assalamualaikum semua!

Pada 31/7/2015 maka dengan rasminya saya telah pun bergelar Fulltime Agent bagi Great Eastern Takaful. Ini bermakna saya telah pun meninggalkan pekerjaan tetap saya di salah sebuah pelabuhan dunia yang terkenal di Malaysia. Meninggalkan suasana santai dan sangat selesa dalam pekerjaan tetap saya bukanlah satu perkara yang mudah. Saya mengambil masa yang agak panjang untuk melalui proses memberhentikan diri dari bekerja dan men”tune” otak sebagai takaful fulltime agent! Disamping itu pelbagai persiapan dari banyak sudut juga telah saya susun dengan rapi terutamanya dari segi persediaan kewangan, pengurusan masa, keutamaan tugas, networking, build trust dan sebagainya demi mempastikan bahawa fasa transisi saya berjalan dengan lancar lagi bergaya!

report duty

Hari Pertama Sebagai Fulltime Agent Bersama Unit Manager Ira

Bulan Ogos merupakan permulaan yang terlalu baik bagi saya yg baru nak fefeeling sebagai Fulltime Agent sebab secara kebetulan ada tiga penyampaian anugerah yang telah dilangsungkan pada 16 dan 19 Ogos 2015. So secara tak langsung saya pun tiba-tiba rasa happy la sebab diraikan atas pencapaian terdahulu. Sebelum ni pun saya ada jugak dapat anugerah tapi ada hari yang saya tak pergi pun ambil anugerah tu sebab malas nak apply cuti. Tapi sekarang saya bebas nak terima anugerah pada bila-bila masa saja almaklum la Fulltime Agent kan!!

Bersama CEO Great Eastern Life dan rakan-rakan agensi yg mantap habis!

Bersama CEO Great Eastern Life dan rakan-rakan agensi yg mantap habis!

Inilah Group Manager Zarina Sharif yg sangat cekal hatinya ibarat berlian

Inilah Group Manager Zarina Sharif yg sangat cekal hatinya ibarat berlian

Sebelum saya melangkah kaki sebagai Fulltime agent, saya telah pun cuba acah-acah macam fulltime dgn cara cuba mencapai target contest sebelum deadline. Alhamdulillah segala usaha diredhai dan dipermudahkan oleh Allah. Hasilnya saya berjaya qualify Supremacy Experience Summit 6 (SES6) sebagai Early Bird April – VIP.

Kami adalah SES6 VIP Qualifiers!

Kami adalah SES6 VIP Qualifiers!

Jom Berehat di Bali jap....

Jom Berehat di Bali jap….

Demi melengkapkan diri sebagai Fulltime Agent yg berkualiti, saya juga telah berjaya mengekalkan consistency dalam membawa perniagaan baru dengan menerima anugerah Master Sales Award (MSA) untuk Quarter 2. Anugerah ini merupakan branding terhadap kemampuan seseorang agent untuk membuat kerjanya secara istiqamah!

Usaha meningkatkan kualiti diri sebagai agent yg konsisten

Usaha meningkatkan kualiti diri sebagai agent yg konsisten

 

Mmm.. Rasanya memang teruja dgn permulaan sebagai fulltime Agent ni. Saya amat berharap dengan sokongan tuan-tuan dan puan-puan diluar sana yang semakin sedar tentang keperluan dan kepentingan takaful dalam kehidupan kita ni akan menjadi kekuatan dan dorongan kepada saya untuk terus menyebarkan takaful khususnya serta meningkatkan taraf ekonomi Muslim amnya.

Jika ada rasa minat nak menjadi agent seperti saya, anda sangat dialu-alukan untuk hubungi saya terus Suri Fitriah 017-3723344.

Drop Your Resume Here

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

Jamuan Raya Bersama Chef Wan @ De.Wan 1958 by Chef Wan

Lagi dan lagi reward tambahan daripada leader saya. 3 Julai 2019, sehari selepas kita berTGV INDULGE, bertepatan dengan bulan Syawal yang dah sampai ke penghujungnya, maka marilah kita menyantap juadah

Setelah 15 Tahun OBESE, Saya Mula Turunkan Berat Badan!

Assalamualaikum & Hi Semua! Kali ini saya nak cerita sendiri pengalaman membuat program penurunan berat badan. Bunyi program pun dah teruk. Nak buatnya pun agak teruk jugak la… Berat badan

Head Start 2014!

16 Januari 2014 merupakan tarikh yg dipilih untuk Great Eastern melakukan Head Start 2014 kepada seluruh agen mereka. Dalam Head Start ini beberapa perkara akan dibentang dan dikongsikan oleh pihak