Pada 24 April 2018 saya berpeluang bercerita kepada seluruh warga Zesters berkaitan blog saya ini dalam weekly gathering kami yg dikenali #oymgzg. Almaklumlah zaman sekarang semuanya online. Jadi nak buat marketing takaful pun perlulah ada channel yg online selain dari yg fizikal kan? Pada malam itu saya kongsikan bagaimana saya mengendalikan blog saya ini untuk tujuan marketing. Alhamdulillah… Sedikit sebanyak dapat juga membuka minda dan memberi idea yg bernas untuk rakan takaful yg lain utk turut membuat pemasaran secara online melalui website!

Macam-macam soalan dikemukakan oleh audience. Nampak ramai minat nak tahu lanjut tentang website.

Ketahuilah bahawa kami di ZEST sentiasa memberikan yg terbaik kepada para perunding takaful kami. Selain pengetahuan langsung tentang takaful, banyak lagi segmen ilmu-ilmu lain turut dipelajari demi melahirkan perunding-perunding takaful yg informatif, kompeten dan terbilang! Kelas-kelas ini dijalankan pada setiap hari Selasa jam 8.30 malam secara percuma sepanjang tahun.

Marilah bernaung di bawah ZEST demi kepentingan masyarakat. Kami komited melahirkan perunding-perunding takaful yg celik dan berdaya saing di pasaran! Hubungi saya Suri Fitriah untuk maklumat lanjut tentang kerjaya hebat dalam bidang takaful!

Share This:

Seperti tahun-tahun terdahulu, tirai 2018 dibuka dengan Goal Setting yg berlangsung pada 13 Januari di Menara Great Eastern. Maka beramai-ramailah agent ZEST datang dengan berbaju purple kami yg sangat cantik tu. Bila pakai baju sama-sama ni barulah rasa semangat berpasukan tu lebih kuat.

Goal Setting kami berjalan lancar di kendalikan oleh MC berpengalaman Dr Anje.

Sesi pertama dimulakan oleh saya sendiri yg dengan rakusnya membentangkan tentang perkara baru bagi 2018 ini iaitu Balanced Score Card (BSC). Mulai 2018, agen tahun ketiga dan ke atas akan terlibat dengan BSC ini yg mana ia bertujuan untuk mengawal kualiti agen yg berada di pasaran ini. Ada 6 KPI yg perlu dipatuhi oleh agen yg terlibat demi mendapatkan ganjaran komisen penuh atau lebih, berbanding agen yg tak dapat mematuhi keperluan KPI itu. Betullah kan, yg rajin dan bekerja keras layaklah untuk mendapat lebih habuan. Yg malas dan sambil lewa memang tak patut la dapat komisen banyak kan? Saya secara peribadi memang suka dgn kewujudan BSC ni supaya agen-agen yg main2 boleh nyah dari industri. Hanya yg mantap dan berkualiti sahaja yg akan kekal!

Selepas itu, muncullah AM Akma menggariskan peraturan baru di ZEST.

Dah tahu apa nak kena buat tahun ni, kita pun bagi la rest sikit. Jom take 5 dgn massage dan chicken dance… Tak sangka Zester lelaki ni semua pandai menari rupanya…

Kemudian, GM Ira pula menyentuh soal Recruitment dan Promotion. Cara paling berkesan untuk berkembang dalam industri takaful ialah melalui recruitment. Dengan merekrut lebih ramai agen, peluang untuk naik pangkat adalah lebih cepat dan cerah! Maka recruit more, earn more!

Akhir sekali, barulah GM Zarina pula memberi kata-kata semangat untuk Zesters

Kemudian, Zesters dipecahkan mengikut Direct Group masing-masing untuk dipandu oleh leader masing-masing cara-cara untuk menetapkan goal. Ada 5 kumpulan semuanya.

Ira & Associates

Nalia & Teman-teman

Anje Radzi Associates

Akma Sharif Highflyers

Zarina Sharif Agency

Suri Fitriah jadi pemerhati hari tu

Dalam sesi bersama Direct Group, leader akan pergi one-to-one dgn agen masing-masing untuk mempastikan goal yg ditetapkan bersesuaian dgn kemampuan seseorang agen.

Selesai sesi one-to-one tu, maka tamatlah Goal Setting pada hari ini. Kita pun apa lagi? Makan berjemaah ler…

Semua Zesters dah tahu apa perlu dilakukan untuk tahun 2018. Let’s rock & roll!

Hubungi kami untuk mendapatkan pelan takaful yg anda perlukan atau cepat2 call kami untuk sama-sama jadi perunding takaful yg ohsem! Suri Fitriah 017-3723344

Share This:

Pada 22 Julai 2017, rasmilah sudah pembukaan Ibu Pejabat Zest Life Consultancy, Kuala Lumpur yg telah disempurnakan oleh CEO Great Eastern Life Malaysia, YBhg Dato Koh Yaw Hui. Majlis Perasmian ini dimeriahkan lagi dengan Sambutan Aidilfitri 2017!

Ibu Pejabat Zest Life Consultancy ini menempatkan 2 orang Group Agency Manager dan 4 orang Agency Manager yang membawa kepada keseluruhan wakil takaful di bawah naungan Zest adalah seramai 99 orang. Ibu Pejabat Zest meletakkan Tingkat 1 sebagai ruang pejabat pentadbiran manakala Tingkat 2 digunakan sepenuhnya untuk keperluan latihan dan pembangunan agen.

Terwujudnya Ibu Pejabat ini menunjukkan bahawa bidang takaful mampu menjadikan kita sebagai usahawan atau ahli perniagaan yg berprestij dan disegani. Bukan semua orang memiliki perniagaan sendiri dan bangunan perniagaan sendiri.

20170722_130208

Dewan Latihan kami yang mampu memuatkan sehingga 40 orang peserta dalam satu-satu masa dilengkapi dengan LCD Projector, PA System, papan tulis, kerusi dan meja secukupnya. Dewan Latihan ini diberi nama Orchid Hall.

Continue reading

Share This:

Assalamualaikum & Hi,

Saya fikir, saya amat jarang bercerita bagaimana nak dapatkan client dalam bidang takaful ni. Ada ke orang nak? Senang ke susah nak cari client? Dari mana nak dapatkan prospek?

Baiklah… Kali ini saya nak kongsikan kepada anda semua, macam mana nak dapat client dalam bidang takaful. Secara ringkasnya, kaedah-kaedah mendapatkan client takaful ini hampir sama sahaja dengan produk kewangan yang lain. Tapi kat sini, saya nak share pengalaman saya sendiri sahaja.

Kaedah 1 – Natural Market

Natural market ni maksudnya orang-orang sekeliling kita yang memang kita dah kenal. Contohnya ahli keluarga, rakan sekerja, rakan sekolah, rakan universiti, rakan persatuan, jiran, saudara-mara dan sebagainya. Orang-orang ini semua adalah orang kenal kita dan kita kenal dia secara langsung.

Dengan natural market, kita ada kelebihan dari segi mendapatkan appointment memandangkan dia memang dah kenal kita. Cuma tunggu dia nak jumpa kita atau tak. Closing ratio juga amat tinggi apatah lagi jika kita memang seorang yang disegani atau disenangi.

Ini adalah cousin dan 2nd cousin saya

Ini adalah cousin dan 2nd cousin saya

Continue reading

Share This:

Assalamualaikum & Hai Semua,

Tahukah anda bahawa setiap ahli yang menyertai team saya (Suri Smart Partnership-SSP) akan diberi latihan dan bimbingan khusus daripada saya mengikut level dan keperluan seseorang agen itu. Saya tidak akan membiarkan atau meninggalkan anda terkontang-kanting sendirian dalam industri takaful ini. Setiap perkara yang perlu anda pelajari dan kuasai, akan saya curahkan dari semasa ke semasa agar anda berjaya menjadi seorang Agen Takaful yang berdaya maju dalam lapangan nanti.

Pada 23 Julai yang lalu, satu sesi intensif telah saya adakan khas untuk agen-agen di bawah SSP. Sesi pagi dihadiri oleh Naja, Dinn dan Fandi. Sesi pagi kita buat kelas di Zest Office.

Bimbingan Intensif ini sebenarnya dibahagikan kepada 5 segmen iaitu :-

  1. Tak Kenal Maka Tak Cinta
  2. Cinta Production
  3. Sayang Clients
  4. Kasih i-GreatPartner
  5. Rindu Aktiviti

Kalau nak tahu apa isi kandungan segmen-segmen ini, kena lah join saya sebagai ahli SSP! ๐Ÿ˜›

Call Suri Fitriah 017-3723344

IMG_2077

Ahli SSP yang komited datang kelas pagi Sabtu. Semua semangat nak tingkatkan kemahiran diri!

IMG_2083

Segenap aspek telah disentuh termasuklah penggunaan Portal Agen Great Eastern Takaful yang dinamakan sebagai i-GreatPartner

Sesi pagi turut mendapat dokongan hebart daripada Agency Manager Ira yg turut memberi input mengenai "Grand Opening"

Sesi pagi turut mendapat dokongan hebart daripada Agency Manager Ira yg turut memberi input mengenai “Grand Opening”

Oleh kerana tidak semua ahli SSP berkelapangan pada sesi pagi, maka saya juga membuka latihan untuk sesi malam di rumah saya. Sesi malam dihadiri oleh Syaiful sahaja memandangkan Miza terpaksa mengutamakan keluarganya sempena sambutan Hari Lahirnya yang Ke-30 pada hari itu.

Banyak bahan yang dibawa oleh Syaiful untuk pengukuhannya

Banyak bahan yang dibawa oleh Syaiful untuk pengukuhannya

Sesi latihan seperti ini akan sentiasa diadakan mengikut permintaan dan keperluan. Selain dari sesi khas SSP, semua agen juga sebenarnya diperkasakan dengan latihan dan bimbingan dari pihak agensi mahupun Great Eastern Takaful sendiri.

Anda pastinya dilatih dari tidak tahu apa-apa kepada tahu semuanya. Bakat anda semestinya digilap sedikit demi sedikit sehinggalah anda menjadi Agen Takaful yang unggul dan kompeten.

Untuk menyertai saya sebagai Agen Takaful, boleh terus hubungi saya Suri Fitriah di talian 017-3723344 sekarang!

Share This:

Pada 16 Mei 2016 telah berlangsungnya CAN Award bagi Central Region 1 di Great Eastern. Pada CAN Award kali ini, saya buat julung-julung kalinya mendapat anugerah dalam kategori recruiter. Anugerah itu dikenali sebagai Master Builder Award. Award ini diberi demi menghargai agen-agen yang bertungkus lumus untuk mengajak lebih ramai orang di luar sana agar turut serta bersama kami memilih kerjaya sebagai agen insurans/takaful! Maknanya saya berjaya mencapai minimum requirement utk membawa agen-agen baru dalam Q1 2016.

Master Builder Award Q1 2016

Master Builder Award Q1 2016

Yeeaayyy!!!! Gumbira!

Yeeaayyy!!!! Gumbira!

Bersama MBA lain dari SNU Team. Dari kiri AM Ira, Dr Anje, Saya dan Nalia

Bersama MBA lain dari SNU Team. Dari kiri AM Ira, Dr Anje, Saya dan Nalia

Saya rasa sungguh seronok dengan terbentuknya secara perlahan-lahan ahli kumpulan saya tersendiri. Agen-agen di bawah naungan Suri Smart Partnership semuanya mempunyai semangat juang yang tinggi dan hala tuju yang jelas dalam kerjaya sebagai agen takaful ini. Walaupun semuanya part time, namun komitmen yg diberikan langsung tidak berbelah bahagi dan patut diberikan perhatian!

Ahli SSP Atas Dari Kiri : Miza, Suri, Naja Bawah dari Kiri : Dinn dan Syaiful

Ahli SSP
Atas dari Kiri : Miza, Suri, Naja
Bawah dari Kiri : Dinn dan Syaiful

Ada sorang tertinggal! Fandi

Ada sorang tertinggal! Ini Fandi

Nampak tak? Memang segak bergaya, tampan, ayu dan manis belaka ahli-ahli Suri Smart Partnership (SSP) ni kan! Kami bukan saja kacak dan lawa malah sungguh hebart dalam memberi rundingan berkaitan pengurusan kewangan Islam! Nak sertai kami? Call 017-3723344 bercakap dengan Suri Fitriah.

Atau nak jadikan kami sebagai Agen Handalan anda? Hubungi Suri Fitriah di 017-3723344.

 

Share This:

Sebagai salah seorang agen lama dan bakal leader di Zest, saya telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan sebahagian daripada training khas untuk para agen baru yang digelar Baby Zesters. Kebiasaannya saya akan berkongsi ilmu dan kemahiran pada #oymbbg v1. Tetapi untuk bulan April saya berpeluang menjadi trainer untuk #oymbbg v2 pula. Dalam #oymbbg v2, agen baru akan dilatih dan diberi pendedahan tentang produk i-Great Amal, menggunakan software mengira quotation GETBIS, melayari portal agen i-GreatPartner dan juga kaedah mengisi borang-borang yang berkesan. Sesi ini berlangsung selama 4 jam dari 10 pagi hingga 2 petang.

12985596_10201662549202630_1628074483671583868_n

Ajar cara nak semak dan jaga payment client supaya tidak lapse

bbg v2 apr

Menerangkan secara details segala sebab musabab yang berlaku industri takaful

IMG_0746

Baby zesters semua tekun membuat quotation menggunakan GETBIS

IMG_0755

Lunch dulu sebelum sambung sesi petang

IMG_0751

Comel kan baby zesters!

IMG_0759

Sesi petang disambung oleh GAM Zarina pula sementara saya membuat troubleshoot untuk computer2 baby zesters

Jika anda tercari-cari kerja yang penuh dengan bimbingan rapi, tak salah anda terus hubungi saya, Suri Fitriah 017-3723344 untuk menjadi sebahagian daripada kami. Latihan yg diberikan di Zest sentiasa di kemaskini dan diperhalusi keberkesanannya. Jom jadi agen takaful bersama Zest! Kami bimbing anda hingga ke mercu!

Share This:

Pada 4 hingga 7 April yang lepas, saya dan beberapa rakan dari Zest telah pun menghadiri Basic Agency Management Course (BAMC) di Menara Great Eastern. Kursus ini adalah kursus wajib yang mesti dihadiri oleh sesiapa yang akan mengupgradekan dirinya dari status Agent kepada Agency Manager. Kursus ini adalah salah satu syarat wajib yang telah digariskan oleh The Malaysian Insurance Institute (MII) demi mengawal kualiti Agency Manager yang bakal dilahirkan. Jelas di sini bahawa, kerjaya dalam bidang takaful/insurans adalah kerjaya professional yang hanya boleh dilakukan oleh orang berkelayakan sahaja. Hentikanlah pandangan negatif terhadap kerjaya sebagai agen takaful ini kononnya hanya untuk orang yang tiada kelulusan tinggi. Sebab itu jadi agen saja. Pandangan ini sudah lama ketinggalan sebenarnya ๐Ÿ™‚

bamc book

Ada 9 Modul selama 4 hari. Setiap Modul ada homework yang akan dihantar ye…

IMG_0717

Trainer kami namanya Raymond. Fasih berbahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin. Banyak buat lawak jugak. Hehehe…

IMG_0699

Hari Kedua. Setiap hari kena ubah kedudukan tau..

IMG_0704

Hari Ketiga. Dah nampak keletihan di situ!

IMG_0713

Hari Keempat. Hari paling seronok sebab dah last dan duduk semeja dgn Isaac yang suka buat kelakar

bamc

Group photo kami sebelum menutup kelas BAMC tu.

Kursus ini belum sempurna lagi kerana kami semua perlu menduduki peperiksaan akhir pada 11 Jun 2016. Markah dari kelas ini sahaja seperti markah kehadiran, penyertaan, homework, teamwork cuma menyumbang 30% dari markah keseluruhan. Baki 70% lagi adalah dari peperiksaan akhir. Maka kami kenalah berusaha sedaya upaya di final exam nanti sebab markah lulus kesuluruhan kursus ini adalah 60 markah! Doakan kejayaan kami dalam syarat wajib nak jadi Agency Manager ni.

Bagi sesiapa yang baru tahu bahawa kerjaya sebagai agen ini sungguh bermasa depan yg cerah, silalah hubungi saya, Suri Fitriah 017-3723344 untuk mendapatkan penerangan lanjut. Kalau segan nak call, tinggalkan maklumat diri di siniย dan saya akan call anda! Jom bersama-sama memartabatkan industri takaful di Malaysia ini!

Share This:

Selari dengan perkembangan Zest Group yg semakin pesat, satu tutorial intensif telah diilhamkan oleh para Zest Leaders demi mempastikan semua baby Zesters dapat membesar dalam acuan eksklusif milik Zest. Tutorial ini dikenali sebagai “On Your Mark, Baby Go” atau #oymbbg. Tutorial ini khas untuk baby Zesters yang baru saja bergelar agen bersama Great Eastern Takaful Berhad.

Kelas hanya akan diadakan pada hari Sabtu minggu pertama dan kedua bagi setiap bulan. Kelas ini akan berlangsung selama 4 jam bermula dari jam 10.00 pagi dan akan berakhir pada jam 2.00 petang. Minggu pertama akan berlangsungnya #oymbbg V1 manakala minggu kedua #oymbbg V2 pula.

12644968_10153373922365905_2321048339143988657_n

#oymbbg V1 Bulan Februari bersama Prime Trainer AM Ira

IMG_9987

#oymbbg V1 Bulan Mac bersama Prime Trainer AM Akma

Sebagai agen yang agak senior dalam Zest dan bertepatan dengan aspirasi kami untuk bergelar leaders pada tahun hadapan, saya berserta beberapa rakan saya turut diberi tugas dan tanggungjawab dalam mengendalikan #oymbbg ini. Saya memang akan hadir pada Sabtu pertama setiap bulan untuk sama-sama mengendalikan #oymbbg V1 selain dari tugas hakiki mempastikan bahawa semua agen baru mempunyai software pengiraan quotation dalam komputer masing2-masing.

Prime Trainer pula akan sentiasa bergilir-gilir di kalangan tiga orang Zest Leaders itu.

Saya amat yakin, dengan latihan dan sistem agensi yang begitu teratur, kami di Zest akan terus kukuh sebagai agen dan mantap sebagai bakal leaders yang akan mewarnai pentas takaful di Malaysia ini. Kepada yang masih terumbang-ambing tak tahu arah mana nak tuju dengan kehidupan sekarang yg semakin mencabar, apalah salahnya hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk mulakan langkah baru anda dalam bidang takaful yg sentiasa mekar tidak ditelan zaman.

Share This:

Dalam Zest Group, teamwork telah lama dibudayakan. Ini kerana pengasas Zest Group sendiri iaitu GM Zarina teramat mempercayai kuasa dan keajaiban yg akan berlaku dengan keutuhan sesebuah teamwork itu. Dengan teamwork, banyak isu atau permasalahan dapat dilerai atau diselesaikan dengan penuh hikmah. Sebagai contoh, satu siri latihan yang menyeluruh, intensif, komprehensif dan sistematik dapat dilaksanakan dengan mudah lagi berkesan. Siri latihan yang berat begitu sudah pastinya amat sukar untuk disempurnakan jika hanya satu orang sahaja yg mengendalikannya. Di Zest Group, teamwork dan semangat kekitaan sememangnya begitu mendalam di kalangan agen-agen. Agen-agen seolah-olah sudah menjadi seperti keluarga di antara satu sama lain.

11988418_10200975848795549_3292468377367869146_n

11050696_10200678883931613_6578835483056240392_n

11216708_10200975849115557_5498425875368829609_n

11255786_10200564976003986_4928132923903181486_n

11899840_10200933217849802_7125211189817194853_n

11986473_10200975845435465_8466073211690110552_n

11990521_10200975839995329_7117108436877036075_n

Teamwork juga menjadikan perkongsian ilmu dan perpindahan maklumat boleh berlaku dengan lebih cepat dan menyeluruh. Penyertaan setiap agen dalam kerja berkumpulan juga sedikit sebanyak dapat mengasah kemahiran berkomunikasi secara lebih berkesan. Siri latihan yg digarap oleh leaders sememangnya memenuhi keperluan agen-agen untuk melengkapkan diri masing-masing untuk turun ke lapangan melakukan promosi dan jualan.

Agen yg lebih berpengalaman sudah pasti akan membuat perkongsian yg amat bermanfaat kepada agen-agen baru yg lainnya. Teguran, nasihat dan pandangan para leaders juga wajar dijadikan panduan agar agen-agen tidak tersalah atau terpesong dari landasan sebenar ketika membuat pemasaran atau pembentangan produk-produk Great Eastern Takaful.

Bagi yang sedang tercari-cari kumpulan agensi mana yang nak disertai, hentikanlah pencarian anda! Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk bersama-sama kami menyebarkan manfaat takaful ke seluruh pelusuk Malaysia.

Drop Your Resume Here

Share This: