Assalamualaikum dan Hi semua!

Mungkin orang diluar sana ada tertanta-tanya berapakah sebenarnya income yang boleh diperolehi dari kerjaya sebagai agen takaful ni? Ada yang kata tak berbaloi tetapi lebih ramai yang kata duit mudah dengan kerja yg jauh lebih ringan 🙂

Baiklah mari saya kongsikan bersama anda berapakah sebenarnya income yg boleh anda dapat dari tugas sebagai agen. Secara umum, jawapannya ialah TIADA HAD! Memang betul! Tiada had ditetapkan oleh mana-mana syarikat takaful bagi pendapatan seorang agen. Sebab apa takde had? Sebab selagi anda membawa orang untuk sign up perlindungan takaful, selagi itulah anda tetap mendapat komisyen. Kalau seribu orang yang sertai, dari seribu penyertaan itulah komisyen yg anda akan dapat.

comm sts

Terdapat beberapa sumber pendapatan bagi seseorang agen. Tetapi saya hanya ceritakan 3 sahaja yang utama. Yang lain-lain anda akan dapat tahu apabila dah jadi agen nanti :-

Pertama : Komisyen

Di Great Eastern Takaful, komisyen dari setiap satu penyertaan dibayar sehingga enam tahun. Tetapi peratusannya berkurang dari tahun ke tahun mengikut jenis produk. Sebagai contoh, komisyen untuk produk berkaitan pelaburan adalah seperti berikut :-

Tahun 1 : 25%

Tahun 2 : 20%

Tahun 3 : 18.5%

Tahun 4 : 18.5%

Tahun 5 : 15%

Tahun 6 : 15%

Kedua : Production Bonus

Bonus sebanyak 5% akan diberi bagi setiap jualan apabila seseorang agen itu mencapai kuota minimum QFYLP 18,000 pada tahun itu.

Ketiga : Persistency Bonus

Bonus sebanyak 5% akan diberi bagi setiap jualan yang lengkap carumannya selama setahun.

Katalah seorang client anda telah sign up satu produk dengan bayaran bulanan sebanyak RM250. Beliau membayar dengan baik selama 10 tahun. Maka anda akan dapat :-

Tahun 1 = RM750 + RM150 (Production bonus) + RM150 (Persistency bonus)

Tahun 2 = RM600

Tahun 3 = RM555

Tahun 4 = RM555

Tahun 5 = RM450

Tahun 6 = RM450

Jumlah keseluruhan yg diperoleh hanya dari 1 client = RM3660

Cuba kirakan jika anda ada 100 clients, 1000 clients, 3000 clients etc…… Berapa anda dapat?

Itu baru 3 sumber pendapatan. Anda akan ada lebih lagi sumber pendapatan apabila anda join kami sebagai agen di Great Eastern Takaful! Nak dapat income 122% dari harga jualan? Jom sertai saya! Call 017-3723344.

Drop Your Resume Here

Share This:

Dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita pulang.

Ajal maut memang tak pernah kita ketahui bila akan datangnya. Tetapi kematian itu adalah PASTI bagi setiap insan yang bernyawa. Pada 7 April 2015, maka telah kembali ke Rahmatullah seorang client yang juga merupakan rakan sekerja saya di pejabat akibat kecederaan teruk di kepalanya setelah terlibat dalam kemalangan motosikal semasa hendak bertugas. Allahyarham Mohd Andrian yang baru berusia 27 tahun ini meninggalkan seorang isteri serta seorang anak lelaki berusia 3 tahun dan seorang anak perempuan berusia 6 bulan. Sunggu sayu rasa hati apabila melihat anak-anak Allahyarham yang belum benar-benar faham tentang pemergian ayah mereka buat selama-lamanya.

Allahyarham Mohd Andrian dan anak-anaknya. Al-Fatihah...

Allahyarham Mohd Andrian dan anak-anaknya. Al-Fatihah…

Continue reading

Share This:

2-3 bulan yg lepas, banyak kisah kita dengar pasal kegagalan program-program emas. Bukan 1 atau 2 program sahaja yg gagal tapi banyak lagi. Banyak faktor yg menyebabkan kegagalan program-program tersebut. Semua pihak ada kesilapan masing-masing. Yg buat program ada silap sendiri. Yg menyertai program apatah lagi.

chokingSaya tahu, ramai sangat yg baru mula nak join dunia emas ni. Tak cukup kaji tak cukup study terus kelabu mata masuk program-program yg ditawarkan. Yelah sapa tak nak, letak saja modal lepas tu terima habuan secara bulanan atau berkala seperti yg ditetapkan. Bukankah itu jalan singkat untuk tambah income bulanan katanya? Tapi sangat kurang yg betul-betul fahamkan bagaimana program itu dilakukan, dari mana logiknya dan apa yg berlaku.

Continue reading

Share This:

YA!! Memang betul… Memang boleh…

rumah RM3 sehariTahukah anda bahawa rumah macam kat atas tu boleh dibina dengan harga RM100,000???

Macam mana nak sediakan RM100,000 lumpsum? Abes la semua duit nak kena withdraw dari bank? Mati la nak bayar loan kalau pinjam sampai 100,000!!!

Percayalah bahawa kita sememangnya boleh menyediakan dana RM100 Ribu tu dengan hanya mencarum RM5 sehari dengan Great Eastern Takaful. RM150 sebulan sudah memadai untuk menyediakan lebih RM100 Ribu apabila kita meninggal dunia, mengalami hilang upaya kekal atau didatangi salah 1 daripada 36 Penyakit Kritikal.

Banyak pendekatan boleh diadaptasi dalam menggunakan wang pampasan yang diterima.

Continue reading

Share This:

i-Great Amal

i-Great Amal merupakan satu produk khas daripada Great Eastern Takaful yang direka khusus untuk umat Islam. i-Great Amal boleh digunakan dalam pelbagai cara. Sebagai simpanan, sebagai persediaan, sebagai perlindungan dan lain-lain lagi ikut kreativiti masing-masing. Tetapi, saya lebih gemar sekiranya i-Great Amal ini dijadikan sebagai PELENGKAP.

Pelengkap kepada simpanan Haji kita. Kenapa pulak pelengkap? Sebab i-Great Amal boleh melengkapkan simpanan Haji kita yang sedia ada. Katakanlah kita membuat simpanan Haji di Tabung Haji sebanyak RM100 sebulan. Selepas setahun, kita akan mempunyai simpanan di Tabung Haji sebanyak RM1,200 berserta dividen yang diisytihar. Itulah nilai yang kita miliki buat masa itu.

Dalam i-Great Amal, dengan caruman serendah RM50 sebulan, kita sebenarnya memiliki simpanan, perlindungan dan persediaan. Selepas 5 tahun mencarum pula kita layak mendapat wang saku bernilai RM800 untuk digunakan ketika menunaikan Haji/Umrah. Selepas 10 tahun pula kita layak dapat 1 bahagian korban yang bernilai RM500. Selain itu kita juga mempunyai dua kali ganda perlindungan jika meninggal ketika menunaikan Haji/Umrah.

Mari saya jelaskan satu per satu semoga lebih faham. Tempoh caruman adalah minimum selama 10 tahun sehinggalah maksimum selama 40 tahun. Berikut merupakan manfaat yang akan diperoleh dengan mencarum dalam i-Great Amal :-

  1. Nilai Asas Dilindungi
  2. Wang Saku untuk menunaikan Haji/Umrah
  3. Badal Haji
  4. 1 Bahagian Korban
  5. Wang simpanan
  6. Pampasan Penyakit Kritikal

Nilai Asas Dilindungi (Basic Sum Covered)

Ini adalah nilai pampasan yang akan diterima sekiranya mengalami cacat kekal atau meninggal dunia. Minimum RM10,000.

Wang Saku Untuk Menunaikan Haji/Umrah

Wang saku ini terbahagi kepada dua jenis. Pertama di tuntut semasa dalam tempoh caruman. Kedua, dituntut apabila sijil matang.

Jenis pertama iaitu yang dituntut semasa mencarum cuma bernilai RM800.

Jenis kedua iaitu yang dituntut apabila sijil matang pula bernilai RM2,000.

Wang saku ini hanya layak dituntut selepas 5 tahun mencarum.

Badal Haji

Badal Haji atau Upah Haji yang bernilai RM3,000 ini akan dilakukan secara automatik sekiranya kita kembali ke Rahmatullah dalam tempoh mencarum. Nilai Badal Haji ini akan ditolak dari Nilai Asas Dilindungi.

1 Bahagian Korban

Selepas mencarum selama 10 tahun, kita layak mendapat 1 bahagian korban yang bernilai RM500. Nilai Korban ini boleh dituntut dalam dua kaedah. Pertama, kita mahu lakukan korban dengan sendiri. Kedua, kita minta Great Eastern Takaful lakukan korban itu bagi pihak kita.

Bagi kaedah pertama, cek bernilai RM500 akan dikeluarkan kepada kita untuk kita tunaikan dan membeli sendiri 1 bahagian korban.

Bagi kaedah kedua, satu surat pemberitahuan akan diberikan kepada kita bahawa ibadah korban kita telah dilaksanakan.

Wang Simpanan

Wang simpanan hanya boleh diterima apabila sijil matang. Wang simpanan ini boleh digunakan untuk apa sahaja tujuan. Wang simpanan yang diperolehi mungkin lebih sedikit atau kurang sedikit dari jumlah caruman yang dicarum bergantung kepada risiko pemilik sijil.

Pampasan Penyakit Kritikal

Pampasan ini merupakan pilihan yang boleh dibuat. Sekiranya kita memilih untuk mempunyai perlindungan ini, kita akan diberikan nilai pampasan sekaligus sekiranya didiagnos mengidap salah 1 daripada 36 penyakit kritikal. Wang itu boleh digunakan untuk merawat penyakit atau menunaikan Haji/Umrah.

Dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh i-Great Amal tadi, ia memang boleh melengkapkan simpanan di Tabung Haji kita yang semakin hari semakin meningkat. Lagi banyak menyimpan, lagi cepat kita dapat menunaikan Haji/Umrah.

Share This:

i-Great Damai

i-Great Damai merupakan sebuah produk takaful keluarga daripada Great Eastern Takaful. Secara asasnya, i-Great Damai menawarkan perlindungan untuk kematian atau cacat kekal. Walau bagaimanapun, ia boleh dijadikan lebih komprehensif dengan penambahan rider (perlindungan tambahan) yang bersesuaian atau diperlukan oleh pemiliknya.

Antara rider yang boleh ditambah adalah :-

  1. 36 Penyakit Kritikal (i-CIBR)
  2. Medical Card/Kad Perubatan (i-Medik)
  3. Elaun Hospital (i-HB)
  4. Pampasan Kemalangan (i-CABX)
  5. Waiver (i-PP,i-CBP)

Sebenarnya ada banyak lagi rider yang boleh ditambah. Tapi yang dinyatakan di atas merupakan rider yang popular dan lebih kerap diambil oleh mana-mana orang yang nak ambil insurans/takaful.

Sekarang ni nak terangkan sikit apa yang ada dalam setiap rider di atas tu.

36 Penyakit Kritikal

Rider ini melayakkan kita untuk mendapat pampasan sekaligus sekiranya kita didiagnos mengidap salah 1 daripada 36 penyakit kritikal yang tersenarai. Contohnya kita letak sebanyak RM50,000 sebagai pampasan untuk penyakit kritikal. Jadi bila kita disahkan mengidap penyakit kritikal, maka RM50,000 itu akan diberikan kepada kita. Wang itu bolehlah kita gunakan untuk menyara hidup kita. Tentang rawatan yang perlu dibuat pula, kosnya boleh ditanggung oleh Medical Card sekiranya kita ada amek Medical Card sebagai rider.

Medical Card/Kad Perubatan

Yang medical card pulak digunakan bila kita terpaksa dimasukkan ke dalam wad untuk merawat penyakit kita. Jadi, kos-kos rawatan seperti prosedur, pembedahan, nasihat pakar, bilik di hospital dan sebagainya yang termaktub dalam kontrak Medical Card, adalah akan ditanggung oleh Medical Card ni. Walau bagaimanapun, kita perlu bayar komitmen dalam 10% daripada jumlah bil. Yang 10% ni lah namanya ko-takaful atau takaful bersama. Di Great Eastern Takaful, ko-takafulnya bernilai minimum 10% dan maksimum cuma RM500 sahaja. Contoh untuk ko-takaful ni camni. Katakanlah bil bernilai RM10,000. 10% daripada RM10,000 ialah RM1,000. Tetapi disebabkan nilai maksimum ko-takaful ialah RM500 sahaja, maka kita hanya perlu bayar RM500 berserta sedikit bayaran-bayaran lain seperti tax, admission fee, barang-barang hiburan dan apa-apa yang tidak ditanggung oleh Medical Card. Medical Card dari Great Eastern Takaful mempunyai limit seumur hidup minimum RM600,000 dan sehingga maksimum RM2,000,000. Maklumat lanjut Medical Card Great Eastern Takaful boleh di lihat di sini.

Elaun Hospital

Elaun hospital ni pulak adalah elaun yang akan kita terima apabila kita dimasukkan ke hospital. Kita akan dibayar mengikut bilangan malam kita tidur di hospital. Untuk layak mendapat elaun ni, kita perlu dimasukkan ke dalam wad sekurang-kurangnya 8 jam. Elaun ni pulak boleh diambil minimum RM50 dan maksimum RM500.

Pampasan Kemalangan

Pampasan bahagian kemalangan ini pula merupakan pampasan tambahan sekiranya kita meninggal akibat kemalangan. Lebih dari itu, nilai pampasan ni juga mempunyai fungsi lain iaitu menentukan nilai elaun MC akibat kemalangan. Conothnya kita letak RM50,000 bagi perlindungan kemalangan ini. Dengan nilai RM50,000 itu kita akan dibayar elaun MC akibat kemalangan sebanyak RM375 seminggu jika kita hilang upaya sementara penuh atau sebanyak RM87.50 seminggu jika kita hilang upaya sementara sebahagian. ELaun MC ini hanya layak dituntut sekiranya tempoh MC kita tu sekurang-kurangnya 7 hari. Selain menentukan nilai elaun MC, ia juga digunakan untuk menentukan nilai pampasan yang diterima sekiranya kehilangan anggota fungsi badan tertentu mengikut peratusan keterukan. Nilai pampasan kemalangan ini juga akan bertambah sebanyak 5% bagi setiap tahun sehingga maksimum 10 tahun.

Waiver

Waiver ni pulak merupakan pelepasan bayaran caruman apabila kita mengalami penyakit kritikal atau hilang upaya kekal sebelum berusia 70 tahun. Maknanya jika kita diisytihar mengalami penyakit kritikal pada usia 66 tahun, caruman yang kita bayar untuk perlindungan kita tidak lagi perlu dibayar tetapi perlindungan masih diTERUSKAN sehingga berusia 99 tahun.

i-Great Damai

Begitulah sedikit sebanyak mengenai produk i-Great Damai dari Great Eastern Takaful. Dalam produk ini juga sebenarnya ada sebahagian simpanan untuk kegunaan kita. Maknanya dengan caruman kita tu banyak manfaat yang kita dapat. Pampasan kematian/cacat kekal, penyakit kritikal, medical card, kemalangan, elaun hospital, elaun MC dan simpanan jugak! Cepat-cepatlah dapatkan rundingan dan quotation dari saya. Hubungi Suri Fitriah 017-3723344 surifitriah@gmail.com

Share This:

Setiap kali ambil insurans/takaful, mesti anda selalu dengar perkataan pampasan kematian. Pampasan kematian tu la Basic Sum Covered (BSC) tu dalam bahasa takafulnya. Maknanya, sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal terhadap anda, maka nilai dalam Basic Sum Covered itulah yang akan diberikan kepada waris. Ada yang RM12,000, ada yang RM20,000, ada yang RM50,000, RM 100,000, RM 500,000, RM 1,000,000, RM 2,000,000 dan seterusnya.

Tahukah anda apa kepentingan Basic Sum Covered ni? Dah nama pun takaful keluarga, sudah semestinya nilai tu ada kaitan dengan keluarga kan? Kalau tanya sekarang berapa sum covered anda, mesti ramai yang jawab bawah RM100,000, betul tak?

moneylove

Kalaulah Basic Sum Covered anda tu tersangatlah ciput, cepat-cepatlah upgrade! Pasal, kalau anda tinggalkan cuma RM20,000 sahaja pada waris, sejauh manakah pampasan itu boleh dibelanjakan? Secara ringkas, Basic Sum Covered tu sepatutnya perlulah seiringan dengan keperluan semasa keluarga.

Sebenarnya mudah je nak kira anggaran Basic Sum Covered yang wajar untuk anda ambil. Begini :-

  1. Anggarkan berapa perbelanjaan anda sebulan? Ataupun berapakah gaji bersih/pendapatan anda sekarang?
  2. Darabkan dengan 12 bulan
  3. Darabkan dengan 10 tahun

Contohnya camni :-

RM 3,000 X 12 X 10 = RM 360,000

HaaAAaaaa?? Banyaknya!!! Betul ke ni? Selalu dengar puluh-puluh ribu je… Ini betul-betul! Bukan cobaan!

Kenapa 10 tahun? Anggapkan kematian berlaku pada usia 60 tahun. Keluarga yang ditinggalkan masih perlu meneruskan hidup. Sekiranya tiada wang ditinggalkan, si Isteri mungkin terpaksa bekerja untuk menyara diri sendiri? Pekerjaan apakah yang mampu dilakukan oleh seorang wanita pada usia 60 tahun?

Jika anda hilang upaya kekal pula, katalah pada usia 45 tahun, sudah tentulah anda tidak bekerja. Bagaimana dengan kos makanan, tempat tinggal dan keperluan harian lain? Ini pun belum ambil kira inflasi.

Sekiranya Basic Sum Covered anda bernilai tinggi, setidak-tidaknya anda memberi ruang dan peluang untuk keluarga anda bernafas seketika sebelum sesuatu perkara yang lebih menjana hasil boleh dicipta untuk menyara hidup.

Dengan pampasan yang agak lumayan, keluarga yang ditinggalkan boleh membina perniagaan atau membeli hartanah untuk disewakan sebagai mata pencarian. Jika kita cuma tinggalkan RM 20,000 saja, agak sukar untuk keluarga kita meneruskan kestabilan ekonomi keluarga kelak.

Kalau dah tau tak cukup tu, sila-sila la tambah ye… Nilai dalam Basic Sum Covered ini boleh ditambah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda dan keperluan keluarga. Rajin-rajinlah buat “policy review” demi mempastikan perlindungan yang dimiliki itu betul-betul boleh melindungi. Bukan sekadar ada pada nama.

Adalah lebih selesa sekiranya anda mengasingkan sijil-sijil takaful anda. Anda seharusnya boleh memiliki sijil yang berbeza untuk nilai Sum Covered yang lebih besar sekiranya anda tidak mahu menambahnya pada sijil sedia ada.

Share This:

Semalam, 19 Oktober 2013 satu TBOSS khas untuk Zarina Sharif Agency telah selamat diadakan di Bilik Sabah, Level 6, Great Eastern Mall dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Cik Akma @ Verod telah menjadi emcee yg meriah pada hari tu. Tahniah!

Agen dan Bakal Agen Zarina Sharif Agency Bersama Mr Looi Chee Nang

Agen dan Bakal Agen Zarina Sharif Agency Bersama Mr Looi Chee Nang

TBOSS dimulakan oleh Mr Looi Chee Nang, Business Development Manager KL-Direct dengan menceritakan sedikit sebanyak tentang sejarah Great Eastern serta kedudukannya kini. Memang best la apa yang diceritakan tu.

looi

Pastu, tea break kejap dengan nasi lemak, kuih dan teh. Teh kali ni tawar la pulak… Xpe la.. Manis-manis sgt pun tak bagus kan…

Masuk balik, sampailah turn Zarina Sharif atau kami panggil Kak Ina untuk menyampaikan perkongsiannya dalam tajuk “Professional Career With Zarina Team”. Kak Ina pun cerita la apa yang dia sudah, sedang dan akan buat untuk dirinya dan teamnya demi mencapai kehidupan seronok yang berwarna-warni.

Jap… Betul ke kerja agen takaful ni professional? Memang ye!! Sebabnya :-

1- Kena ambil exam untuk pastikan seseorang itu benar-benar kompeten untuk jadi agen

2- Setiap tahun perlu capai nilai kerja minimum demi mempastikan orang yang betul-betul serius dan berkebolehan sahaja terus berada dalam bidang ni.

3- Kena menghadiri kelas-kelas tertentu yang diwajibkan oleh Bank Negara agar seseorang agen tu tak hanyut ditelan zaman. Juga untuk update pengetahuan.

4- Agen diajar untuk melakukan tugas dengan penuh amanah, tertib dan tidak melanggar undang-undang kewangan.

5- Agen yang tidak aktif atau main-main akan ditamatkan kontrak.

Nampak tak? Kerjaya ini kerjaya serius. Bukannya bisnes kacang putih!

Dah habis Kak Ina cakap, Ira pulak cakap. Ira ni anak didik Kak Ina yang paling berjaya la. Dalam sharing Ira ni, dia banyak beritahu perasaaan dan pengalaman yang real dalam dunia takaful. Takde propa-propa ye..

ira

Lepas dah habis sharing session, maka bakal-bakal agen pun buat pendaftaran untuk ambil exam TBE. Diharap Zarina Agency akan mempunyai lebih ramai lagi team member yang hebat2 untuk meneruskan kegemilangan agensi ini selamanya.

Kalau nak join kami, boleh terus hubungi saya. Saya akan tunjukkan caranya.

Share This:

Korang ada rasa nak jadi agen tak? Sebenarnya nak jadi agen ni korang kena tau sendiri sama ada nak atau tak nak. Kalau sekadar ikut-ikutan, susah sikit la… Sebab untuk bergerak dalam industri takaful ni, kita kena ada kemahuan. Bak kata Adnan Sempit, di mana ada kemahuan, di situ ada hiway. Tapi kalau takde kemahuan, boleh ke ada hiway? 😛

fight

Seingat saya, masa saya nak jadi agen dulu, saya cuma bayar RM50 untuk exam dan RM25 untuk buku yang nak kena baca sebelum masuk exam. Tu je modal. Alhamdulillah, saya lulus exam dengan Gred A 🙂

Continue reading

Share This:

Ada yang tanya pada saya. Mengapa nak kena pilih Great Eastern Takaful? Apa lebihnya Great Eastern Takaful berbanding yang lain? Untuk itu, saya kongsikan la sedikit sebanyak mengenai kelebihan produk-produk dari Great Eastern Takaful seperti berikut :-

advantages

1-Konsep hibah

Hibah bermaksud pemberian atau hadiah yang diberikan kepada pihak lain tanpa megharapkan sebarang balasan. Di Great Eastern Takaful, hibah akan diberikan kepada waris sekiranya seseorang peserta meninggal dunia. Dengan konsep hibah ini, nilai pampasan yang diberikan kepada waris tidak perlu melalui proses faraid. Sebagai contoh, seorang suami telah menamakan isterinya sebagai waris dengan pembahagian 100% nilai pampasan. Ini bermakna isteri beliau layak menerima 100% nilai pampasan tanpa perlu di bahagikan kepada ahli keluarga yang lain. Dengan kaedah ini, pemberian wang pampasan akan berlaku dengan lebih mudah, cepat dan jelas. Sekiranya nilai pampasan itu diberi kepada wasi (pemegang amanah), maka nilai pampasan itu wajiblah dibahagikan oleh wasi kepada waris-waris yang layak mengikut hukum faraid.

Continue reading

Share This: