YA!! Memang betul… Memang boleh…

rumah RM3 sehariTahukah anda bahawa rumah macam kat atas tu boleh dibina dengan harga RM100,000???

Macam mana nak sediakan RM100,000 lumpsum? Abes la semua duit nak kena withdraw dari bank? Mati la nak bayar loan kalau pinjam sampai 100,000!!!

Percayalah bahawa kita sememangnya boleh menyediakan dana RM100 Ribu tu dengan hanya mencarum RM5 sehari dengan Great Eastern Takaful. RM150 sebulan sudah memadai untuk menyediakan lebih RM100 Ribu apabila kita meninggal dunia, mengalami hilang upaya kekal atau didatangi salah 1 daripada 36 Penyakit Kritikal.

Banyak pendekatan boleh diadaptasi dalam menggunakan wang pampasan yang diterima.

Continue reading

Share This:

Hai Assalamualaikum Semua,

Kali ni nak share pasal satu claim yang dibuat oleh seorang client saya bernama Hamzani yang mengalami kemalangan pada jari kelingkingnya semasa bermain bola sepak.

Hamzani tinggal di Selangor. Tetapi kemalangan yang dialami berlaku di Johor. Sebagai peserta Great Eastern Takaful yang mengambil perlindungan untuk Medical Card dan Kemalangan, beliau boleh dirawat di mana-mana hospital dan klinik panel mahupun bukan panel.

Moral : Lokasi perlindungan tidak terhad

Beliau mendapatkan rawatan kecemasan sebagai pesakit luar di KPJ Johor, Johor Bharu.

Bil : RM201.55

Diagnosis : Jari patah

Hamzani minta untuk membuat rawatan lanjut di Selangor. Beliau ke KPJ Selangor, Shah Alam. Rawatan lanjut memerlukan jarinya dibedah untuk memasukkan wayar. Hamzani telah dimasukkan ke wad pada 17hb dan keluar pada 18hb Disember 2013.

Bil Rawatan Lanjut : RM165

Bil Pembedahan : Ditanggung oleh syarikat isteri

Bil Rawatan Susulan : RM300

Disebabkan kemalangan ini, Hamzani telah mendapat MC selama 78 hari atau 11 minggu.

Setelah tempoh MC beliau tamat, beliau mula membuat tuntutan bagi semua bil sebelum dan selepas kemasukan ke wad, elaun hospital dan elaun MC. Tuntutan beliau diterima dan diproses pada 13 Mac 2014.

Continue reading

Share This:

Semua orang yang ada kereta mesti ada insurans untuk kereta itu. Tetapi, tak pulak adakan insurans untuk diri sendiri. Kenapa ya???

Saya pun kurang pasti dengan sebab utama kenapa masih ramai orang tidak adakan insurans untuk diri. Sebenarnya jika kita fikir kita ambil insurans kereta adalah untuk kegunaan emergency bila berlaku accident, konsep itu jugalah yang perlu diterapkan dalam insurans diri. Kita bukan ambil insurans sebab kita sakit. Tapi kita ambil insurans sebagai pembantu kita bila kita sakit.

Ada betulnya kartun kat bawah ni…

medicalvscar

Yang bawah ni pulak, sedikit sebanyak penerangan mengenai perbezaan insurans kereta dengan insurans diri. Konsepnya sama. Cuma insurans diri nampaknya lebih bermanfaat. Kereta pun kita insuranskan. Takkan diri sendiri pulak yang tak diinsuranskan?

Jangan lengah lagi… Pentingkanlah insurans diri sebagaimana anda pentingkan insurans kereta. Bukankah diri kita adalah lebih berharga daripada sebuah kereta?

Share This:

i-Great Damai

i-Great Damai merupakan sebuah produk takaful keluarga daripada Great Eastern Takaful. Secara asasnya, i-Great Damai menawarkan perlindungan untuk kematian atau cacat kekal. Walau bagaimanapun, ia boleh dijadikan lebih komprehensif dengan penambahan rider (perlindungan tambahan) yang bersesuaian atau diperlukan oleh pemiliknya.

Antara rider yang boleh ditambah adalah :-

  1. 36 Penyakit Kritikal (i-CIBR)
  2. Medical Card/Kad Perubatan (i-Medik)
  3. Elaun Hospital (i-HB)
  4. Pampasan Kemalangan (i-CABX)
  5. Waiver (i-PP,i-CBP)

Sebenarnya ada banyak lagi rider yang boleh ditambah. Tapi yang dinyatakan di atas merupakan rider yang popular dan lebih kerap diambil oleh mana-mana orang yang nak ambil insurans/takaful.

Sekarang ni nak terangkan sikit apa yang ada dalam setiap rider di atas tu.

36 Penyakit Kritikal

Rider ini melayakkan kita untuk mendapat pampasan sekaligus sekiranya kita didiagnos mengidap salah 1 daripada 36 penyakit kritikal yang tersenarai. Contohnya kita letak sebanyak RM50,000 sebagai pampasan untuk penyakit kritikal. Jadi bila kita disahkan mengidap penyakit kritikal, maka RM50,000 itu akan diberikan kepada kita. Wang itu bolehlah kita gunakan untuk menyara hidup kita. Tentang rawatan yang perlu dibuat pula, kosnya boleh ditanggung oleh Medical Card sekiranya kita ada amek Medical Card sebagai rider.

Medical Card/Kad Perubatan

Yang medical card pulak digunakan bila kita terpaksa dimasukkan ke dalam wad untuk merawat penyakit kita. Jadi, kos-kos rawatan seperti prosedur, pembedahan, nasihat pakar, bilik di hospital dan sebagainya yang termaktub dalam kontrak Medical Card, adalah akan ditanggung oleh Medical Card ni. Walau bagaimanapun, kita perlu bayar komitmen dalam 10% daripada jumlah bil. Yang 10% ni lah namanya ko-takaful atau takaful bersama. Di Great Eastern Takaful, ko-takafulnya bernilai minimum 10% dan maksimum cuma RM500 sahaja. Contoh untuk ko-takaful ni camni. Katakanlah bil bernilai RM10,000. 10% daripada RM10,000 ialah RM1,000. Tetapi disebabkan nilai maksimum ko-takaful ialah RM500 sahaja, maka kita hanya perlu bayar RM500 berserta sedikit bayaran-bayaran lain seperti tax, admission fee, barang-barang hiburan dan apa-apa yang tidak ditanggung oleh Medical Card. Medical Card dari Great Eastern Takaful mempunyai limit seumur hidup minimum RM600,000 dan sehingga maksimum RM2,000,000. Maklumat lanjut Medical Card Great Eastern Takaful boleh di lihat di sini.

Elaun Hospital

Elaun hospital ni pulak adalah elaun yang akan kita terima apabila kita dimasukkan ke hospital. Kita akan dibayar mengikut bilangan malam kita tidur di hospital. Untuk layak mendapat elaun ni, kita perlu dimasukkan ke dalam wad sekurang-kurangnya 8 jam. Elaun ni pulak boleh diambil minimum RM50 dan maksimum RM500.

Pampasan Kemalangan

Pampasan bahagian kemalangan ini pula merupakan pampasan tambahan sekiranya kita meninggal akibat kemalangan. Lebih dari itu, nilai pampasan ni juga mempunyai fungsi lain iaitu menentukan nilai elaun MC akibat kemalangan. Conothnya kita letak RM50,000 bagi perlindungan kemalangan ini. Dengan nilai RM50,000 itu kita akan dibayar elaun MC akibat kemalangan sebanyak RM375 seminggu jika kita hilang upaya sementara penuh atau sebanyak RM87.50 seminggu jika kita hilang upaya sementara sebahagian. ELaun MC ini hanya layak dituntut sekiranya tempoh MC kita tu sekurang-kurangnya 7 hari. Selain menentukan nilai elaun MC, ia juga digunakan untuk menentukan nilai pampasan yang diterima sekiranya kehilangan anggota fungsi badan tertentu mengikut peratusan keterukan. Nilai pampasan kemalangan ini juga akan bertambah sebanyak 5% bagi setiap tahun sehingga maksimum 10 tahun.

Waiver

Waiver ni pulak merupakan pelepasan bayaran caruman apabila kita mengalami penyakit kritikal atau hilang upaya kekal sebelum berusia 70 tahun. Maknanya jika kita diisytihar mengalami penyakit kritikal pada usia 66 tahun, caruman yang kita bayar untuk perlindungan kita tidak lagi perlu dibayar tetapi perlindungan masih diTERUSKAN sehingga berusia 99 tahun.

i-Great Damai

Begitulah sedikit sebanyak mengenai produk i-Great Damai dari Great Eastern Takaful. Dalam produk ini juga sebenarnya ada sebahagian simpanan untuk kegunaan kita. Maknanya dengan caruman kita tu banyak manfaat yang kita dapat. Pampasan kematian/cacat kekal, penyakit kritikal, medical card, kemalangan, elaun hospital, elaun MC dan simpanan jugak! Cepat-cepatlah dapatkan rundingan dan quotation dari saya. Hubungi Suri Fitriah 017-3723344 surifitriah@gmail.com

Share This:

Coverage anda yang sekarang cukup tak?

Ha… Ni nak cerita pasal coverage yang agak besar untuk keluarga. Lebih-lebih lagi jika anda seorang bapa atau pun “rice pot” dalam keluarga anda. Kenapa nak kena ada coverage besar?

Mudah saja. Anggapkan berapa perbelanjaan anda sekeluarga untuk tempoh sebulan? Bayar rumah, bayar kereta, bayar nurseri anak, duit sekolah anak, ansuran perabot, bil elektrik, bil air, bil telefon, bil astro, makanan dan minuman, suratkhabar/majalah, minyak kereta, tol & parking semua-semua lah… Agak2 berapa? Ada dalam RM5,000 tak?

Kalau anda sekeluarga perlu RM5,000 sebulan untuk menjalani kehidupan, boleh tak keluarga anda terus hidup begitu sekiranya anda sudah tiada atau hilang pendapatan? Hilang pendapatan kerana diberhentikan kerja akibat penyakit kritikal atau cacat. Ataupun anda telah kembali ke Rahmatullah…

Hilang pendapatan akibat penyakit kritikal atau cacat adalah lebih memeritkan. Mengapa? Anda sudah tiada pendapatan kerana tidak bekerja tetapi kos rawatan penyakit anda memerlukan sejumlah wang yang banyak. Sudahkah anda bersedia untuk mengalami kemungkinan ini?

Sediakanlah payung sebelum hujan… Ambillah perlindungan takaful yang mempunyai Sum Covered yang besar untuk menghadapi kemungkinan seperti di atas. Dengan persediaan awal ini, anda sekurang-kurangnya menyelamatkan diri anda dan juga keluarga anda daripada mengalami penyusutan ekonomi yang ketara.

Pampasan yang agak besar itu boleh digunakan untuk menyelesaikan baki-baki hutang supaya keluarga anda tidak perlu untuk memikirkan bayaran bulanan di masa akan datang. Selebihnya, wang itu boleh dilaburkan untuk mendapatkan pendapatan bulanan seperti membeli sebuah apartment untuk disewakan bagi mencipta pendapatan bulanan.

Untuk penerangan lanjut, jom hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 surifitriah@gmail.com

Terima kasih kerana sudi membaca!

Share This:

Ramai yang bertanya MLTT tu apa? MRTA apa? MRTT? MLTA?

Secara asasnya, kesemua di atas ialah Gadai Janji. Bahasa mudahnya insurans untuk protect loan rumah kita. Loan ye… Bukan rumah… Iaitu perlindungan yang dibuat khusus untuk menyelamatkan pihak yang memberi pinjaman (bank) dan juga pihak yang meminjam (pembeli rumah) sekiranya pihak yang meminjam tidak dapat meneruskan bayaran ansuran pinjaman disebabkan telah meninggal dunia atau pun hilang upaya kekal. Sebenarnya benda-benda tu hampir sama tapi memang tak serupa. Mula-mula anda semua kena tahu dulu maksudnya seperti di bawah ni :-

1) MLTT – Mortgage Level Term Takaful

2) MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful

3) MLTA – Mortgage Level Term Assurance

4) MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance

Continue reading

Share This:

Dalam perancangan kewangan, salah satu perkara yang perlu dititikberatkan adalah perlindungan takaful. Adakah takaful anda memadai untuk keadaan semasa dan masa depan anda? Jika tak pasti, berhubunglah dengan agen takaful dan buatlah semakan tentang perlindungan. Nak suruh saya semakkan pun boleh… Free je pun.

Continue reading

Share This:

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!

Apa khabar? Moga sihat selalu disamping keluarga tercinta. 🙂

Bila cakap keluarga, pastinya anda semua terbayangkan ahli keluarga anda di dalam rumah yang indah dan cantik lagi dilengkapi kemudahan-kemudahan moden yang canggih manggih segala. Kan? Rumah yang indah nan permai tu anda punya ke? Kalau ye, bagus la! Beri tepukan gemuruh untuk diri sendiri dan keluarga! Tapi, kalau bank yang punya camne ye?

Continue reading

Share This:

Assalamualaikum & Hai semua!

Kali ni saya nak kongsi pasal manfaat hospital atau elaun hospital atau bahasa mudahnya duit yang dibayar apabila anda masuk wad. Di Great Eastern Takaful, ia dikenali sebagai i-Hospitalization Benefit. Minimum kita boleh ambil RM50 dan maksimum RM500 untuk setiap satu malam kita tinggal di wad. Macam OK la jugak kan, masuk wad dapat sikit saguhati. 🙂

Ada juga beberapa klien saya yang dah pun menerima manfaat ni. Nak dapatkan pun tidaklah sesukar mana. Sebab kalau anda dimasukkan ke wad Hospital Panel Great Eastern Takaful, secara automatik, bayaran ini akan dibuat sebaik sahaja anda discaj. Dalam masa lebih kurang 2 minggu, cheque akan ready dan boleh dituntut oleh agen untuk disampaikan kepada anda. Tak perlu pun isi-isi borang atau hantar-hantar dokumen. Tapi, kalau anda masuk wad di hospital bukan panel GET, ada la borang nak kena isi dan dokumen sokongan nak kena hantar. Namun begitu, jangan risau. Agen kan ada…

alwiogos

Ni claim terbaru dari klien saya.

apiz julai

Haa…. nampak tak? Berapa kali masuk pun kita akan tetap dibayar ikut kelayakan.

Sape yang tak faham atau masih takut pasal insurans/takaful, meh jumpa saya. Saya boleh citerkan semua.

Share This:

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua…

Lama dah senyap je kan… Takpe… Sekarang kita sembang balik ye. Saya saje la nak tanya anda semua ni… Agak-agak berapa nilai pampasan insurans/takaful korang ek? Ada RM sejuta tak? Setengah juta? Suku juta?

Saya bukan bergurau. Saya memang betul2 maksudkan nilai juta-juta tu! Tahukah anda bahawa nilai pampasan yang besar dan mencukupi adalah sangat-sangat penting sekarang ni? Nilai-nilai tu sepatutnya mewakili nilai perbelanjaan keluarga anda untuk tempoh beberapa tahun.

Continue reading

Share This: