i-Great Damai

i-Great Damai merupakan sebuah produk takaful keluarga daripada Great Eastern Takaful. Secara asasnya, i-Great Damai menawarkan perlindungan untuk kematian atau cacat kekal. Walau bagaimanapun, ia boleh dijadikan lebih komprehensif dengan penambahan rider (perlindungan tambahan) yang bersesuaian atau diperlukan oleh pemiliknya.

Antara rider yang boleh ditambah adalah :-

  1. 36 Penyakit Kritikal (i-CIBR)
  2. Medical Card/Kad Perubatan (i-Medik)
  3. Elaun Hospital (i-HB)
  4. Pampasan Kemalangan (i-CABX)
  5. Waiver (i-PP,i-CBP)

Sebenarnya ada banyak lagi rider yang boleh ditambah. Tapi yang dinyatakan di atas merupakan rider yang popular dan lebih kerap diambil oleh mana-mana orang yang nak ambil insurans/takaful.

Sekarang ni nak terangkan sikit apa yang ada dalam setiap rider di atas tu.

36 Penyakit Kritikal

Rider ini melayakkan kita untuk mendapat pampasan sekaligus sekiranya kita didiagnos mengidap salah 1 daripada 36 penyakit kritikal yang tersenarai. Contohnya kita letak sebanyak RM50,000 sebagai pampasan untuk penyakit kritikal. Jadi bila kita disahkan mengidap penyakit kritikal, maka RM50,000 itu akan diberikan kepada kita. Wang itu bolehlah kita gunakan untuk menyara hidup kita. Tentang rawatan yang perlu dibuat pula, kosnya boleh ditanggung oleh Medical Card sekiranya kita ada amek Medical Card sebagai rider.

Medical Card/Kad Perubatan

Yang medical card pulak digunakan bila kita terpaksa dimasukkan ke dalam wad untuk merawat penyakit kita. Jadi, kos-kos rawatan seperti prosedur, pembedahan, nasihat pakar, bilik di hospital dan sebagainya yang termaktub dalam kontrak Medical Card, adalah akan ditanggung oleh Medical Card ni. Walau bagaimanapun, kita perlu bayar komitmen dalam 10% daripada jumlah bil. Yang 10% ni lah namanya ko-takaful atau takaful bersama. Di Great Eastern Takaful, ko-takafulnya bernilai minimum 10% dan maksimum cuma RM500 sahaja. Contoh untuk ko-takaful ni camni. Katakanlah bil bernilai RM10,000. 10% daripada RM10,000 ialah RM1,000. Tetapi disebabkan nilai maksimum ko-takaful ialah RM500 sahaja, maka kita hanya perlu bayar RM500 berserta sedikit bayaran-bayaran lain seperti tax, admission fee, barang-barang hiburan dan apa-apa yang tidak ditanggung oleh Medical Card. Medical Card dari Great Eastern Takaful mempunyai limit seumur hidup minimum RM600,000 dan sehingga maksimum RM2,000,000. Maklumat lanjut Medical Card Great Eastern Takaful boleh di lihat di sini.

Elaun Hospital

Elaun hospital ni pulak adalah elaun yang akan kita terima apabila kita dimasukkan ke hospital. Kita akan dibayar mengikut bilangan malam kita tidur di hospital. Untuk layak mendapat elaun ni, kita perlu dimasukkan ke dalam wad sekurang-kurangnya 8 jam. Elaun ni pulak boleh diambil minimum RM50 dan maksimum RM500.

Pampasan Kemalangan

Pampasan bahagian kemalangan ini pula merupakan pampasan tambahan sekiranya kita meninggal akibat kemalangan. Lebih dari itu, nilai pampasan ni juga mempunyai fungsi lain iaitu menentukan nilai elaun MC akibat kemalangan. Conothnya kita letak RM50,000 bagi perlindungan kemalangan ini. Dengan nilai RM50,000 itu kita akan dibayar elaun MC akibat kemalangan sebanyak RM375 seminggu jika kita hilang upaya sementara penuh atau sebanyak RM87.50 seminggu jika kita hilang upaya sementara sebahagian. ELaun MC ini hanya layak dituntut sekiranya tempoh MC kita tu sekurang-kurangnya 7 hari. Selain menentukan nilai elaun MC, ia juga digunakan untuk menentukan nilai pampasan yang diterima sekiranya kehilangan anggota fungsi badan tertentu mengikut peratusan keterukan. Nilai pampasan kemalangan ini juga akan bertambah sebanyak 5% bagi setiap tahun sehingga maksimum 10 tahun.

Waiver

Waiver ni pulak merupakan pelepasan bayaran caruman apabila kita mengalami penyakit kritikal atau hilang upaya kekal sebelum berusia 70 tahun. Maknanya jika kita diisytihar mengalami penyakit kritikal pada usia 66 tahun, caruman yang kita bayar untuk perlindungan kita tidak lagi perlu dibayar tetapi perlindungan masih diTERUSKAN sehingga berusia 99 tahun.

i-Great Damai

Begitulah sedikit sebanyak mengenai produk i-Great Damai dari Great Eastern Takaful. Dalam produk ini juga sebenarnya ada sebahagian simpanan untuk kegunaan kita. Maknanya dengan caruman kita tu banyak manfaat yang kita dapat. Pampasan kematian/cacat kekal, penyakit kritikal, medical card, kemalangan, elaun hospital, elaun MC dan simpanan jugak! Cepat-cepatlah dapatkan rundingan dan quotation dari saya. Hubungi Suri Fitriah 017-3723344 surifitriah@gmail.com

Share This:

Great Eastern Takaful sebenarnya mempunyai satu produk khas yang boleh dikatakan praktikal untuk seorang pelabur. Ia dikenali sebagai i-Great Idaman.

Dalam i-Great Idaman, kita akan diberi bonus setiap dua tahun dan nilai bonus itu adalah dijamin. Eh, boleh ke jamin2? Kan ke haram kalau jamin pulangan pelaburan? Maaf semua! Ini bukan pulangan pelaburan. Ini adalah bonus yang dikira berdasarkan Nilai Asas Dilindungi (Basic Sum Covered) yang telah anda pilih. Sebab tu, ia dijamin. Nilai Asas Dilindungi tu kan tetap. Peratus bonus setiap dua tahun yang akan dibayar adalah seperti berikut :-

Tahun Ke-2 & Ke-4 : 5%

Tahun Ke-6, Ke-8 & Ke-10 : 10%

Tahun Ke-12 & Setiap 2 Tahun Berikutnya : 12.5%

Manakala pulangan pelaburan pula akan diberikan berdasarkan prestasi dana dan tidak dijamin. Maknanya kita akan dapat dua jenis habuan. Satu bonus dan satu lagi pulangan pelaburan.

Sebagai contoh, kalau Nilai Asas Dilindungi ialah RM100,000 maka bonus yang akan diterima pada tahun kedua ialah RM5,000 iaitu 5% peratus daripada Nilai Asas Dilindungi. Tahun kelapan dapat RM10,000. Tahun Keempat belas dapat RM12,500 dan sebagainya.

i-Great Idaman

Oleh kerana i-Great Idaman ini menawarkan bonus yang amat menarik, maka produk ini ada quota terhad. Selepas RM20 billion unit terjual, maka produk ini tidak akan dijual lagi.

Ayuh!! Cepat hubungi saya untuk daftar i-Great Idaman ni!

Share This:

Coverage anda yang sekarang cukup tak?

Ha… Ni nak cerita pasal coverage yang agak besar untuk keluarga. Lebih-lebih lagi jika anda seorang bapa atau pun “rice pot” dalam keluarga anda. Kenapa nak kena ada coverage besar?

Mudah saja. Anggapkan berapa perbelanjaan anda sekeluarga untuk tempoh sebulan? Bayar rumah, bayar kereta, bayar nurseri anak, duit sekolah anak, ansuran perabot, bil elektrik, bil air, bil telefon, bil astro, makanan dan minuman, suratkhabar/majalah, minyak kereta, tol & parking semua-semua lah… Agak2 berapa? Ada dalam RM5,000 tak?

Kalau anda sekeluarga perlu RM5,000 sebulan untuk menjalani kehidupan, boleh tak keluarga anda terus hidup begitu sekiranya anda sudah tiada atau hilang pendapatan? Hilang pendapatan kerana diberhentikan kerja akibat penyakit kritikal atau cacat. Ataupun anda telah kembali ke Rahmatullah…

Hilang pendapatan akibat penyakit kritikal atau cacat adalah lebih memeritkan. Mengapa? Anda sudah tiada pendapatan kerana tidak bekerja tetapi kos rawatan penyakit anda memerlukan sejumlah wang yang banyak. Sudahkah anda bersedia untuk mengalami kemungkinan ini?

Sediakanlah payung sebelum hujan… Ambillah perlindungan takaful yang mempunyai Sum Covered yang besar untuk menghadapi kemungkinan seperti di atas. Dengan persediaan awal ini, anda sekurang-kurangnya menyelamatkan diri anda dan juga keluarga anda daripada mengalami penyusutan ekonomi yang ketara.

Pampasan yang agak besar itu boleh digunakan untuk menyelesaikan baki-baki hutang supaya keluarga anda tidak perlu untuk memikirkan bayaran bulanan di masa akan datang. Selebihnya, wang itu boleh dilaburkan untuk mendapatkan pendapatan bulanan seperti membeli sebuah apartment untuk disewakan bagi mencipta pendapatan bulanan.

Untuk penerangan lanjut, jom hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 surifitriah@gmail.com

Terima kasih kerana sudi membaca!

Share This:

Hutang Loan… Kereta, Motor, Rumah, Peribadi, Kad Kredit, Koperasi, Syarikat…

Kat atas tu semua ialah jenis hutang-hutang atau pinjaman-pinjaman atau loan yang biasanya dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Tak kisah lah banyak ke sikit. Yang pasti, memang ada. Tapi anda ada tak buat perlindungan untuk loan yang diambil tu?

Haaaa??? Nak kena protect jugak ke? Ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kenapa kena protect? Sebab kita tak pasti atau tak boleh nak jamin yang kita memang akan berjaya bayar sampai habis! Dibuatnya kita dipanggil awal oleh Ilahi, mampukah kita melawan?

doa-tolak-hutang

Biasa tak dengar ada orang bagi ucapan camni ketika hari pengebumian :-

“Sekiranya Arwah ada berhutang dengan sesiapa, mohon segera bertemu dengan ahli keluarga Arwah untuk menuntut hutang tersebut”

Kenapa nak kena cakap macam ni di hari mati? Sebab… sebagai seorang Muslim, roh kita akan tergantung di antara langit dan bumi selagi mana hutang kita dengan manusia tidak dilangsaikan! Ya Allah! Sungguh Allah memberitahu bahawa hutang yang ada sangat perlu diselesaikan segera.

Kalaulah hutang setakat seringgit dua, memanglah boleh diselesaikan oleh ahli keluarga. Tapi kalau hutang berpuluh ribu, beratus ribu, berjuta pulak, macam mana? Apa usaha yang boleh kita buat? Di sinilah pentingnya anda membuat perlindungan untuk hutang-hutang anda. Uruskanlah hutang anda dengan bijaksana.

doa-lunas-hutang

Simpanlah sedikit wang dalam takaful dengan Jumlah Dilindungi (Sum Covered) yang agak besar agar hutang-hutang anda dapat dilunaskan sekiranya berlaku kematian atau mengalami hilang upaya kekal mahupun penyakit kritikal. Contohnya macam ni :-

1- Hutang Kereta RM80,000

2- Hutang Peribadi RM25,000

3- Hutang Kredit Kad RM3,000

4- Hutang Kawan RM500

Jumlah Hutang = RM108,500

Anda bolehlah mengambil perlindungan sebanyak RM 110,000 untuk membayar kembali semua baki hutang yang ada sekiranya anda telah dijemput ke Rahmatullah atau mengalami hilang upaya kekal atau mengidap penyakit kritikal sebelum selesai membayar balik semua hutang. InsyaAllah ahli keluarga anda akan berasa lega kerana anda tidak menyusahkan mereka dengan beban hutang yang banyak.

Semoga dengan perkongsian doa dan peringatan ini, dapatlah kita mengatur kehidupan dengan lebih kemas dan beringat-ingat sebelum kena!

Hubungi saya untuk penjelasan lanjut dan juga khidmat nasihat.

Suri Fitriah | 017-3723344 | surifitriah@gmail.com

Janganlah hanya berdoa saja. Tapi tiada usaha langsung nak langsaikan hutang!

Share This:

Setiap kali ambil insurans/takaful, mesti anda selalu dengar perkataan pampasan kematian. Pampasan kematian tu la Basic Sum Covered (BSC) tu dalam bahasa takafulnya. Maknanya, sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal terhadap anda, maka nilai dalam Basic Sum Covered itulah yang akan diberikan kepada waris. Ada yang RM12,000, ada yang RM20,000, ada yang RM50,000, RM 100,000, RM 500,000, RM 1,000,000, RM 2,000,000 dan seterusnya.

Tahukah anda apa kepentingan Basic Sum Covered ni? Dah nama pun takaful keluarga, sudah semestinya nilai tu ada kaitan dengan keluarga kan? Kalau tanya sekarang berapa sum covered anda, mesti ramai yang jawab bawah RM100,000, betul tak?

moneylove

Kalaulah Basic Sum Covered anda tu tersangatlah ciput, cepat-cepatlah upgrade! Pasal, kalau anda tinggalkan cuma RM20,000 sahaja pada waris, sejauh manakah pampasan itu boleh dibelanjakan? Secara ringkas, Basic Sum Covered tu sepatutnya perlulah seiringan dengan keperluan semasa keluarga.

Sebenarnya mudah je nak kira anggaran Basic Sum Covered yang wajar untuk anda ambil. Begini :-

  1. Anggarkan berapa perbelanjaan anda sebulan? Ataupun berapakah gaji bersih/pendapatan anda sekarang?
  2. Darabkan dengan 12 bulan
  3. Darabkan dengan 10 tahun

Contohnya camni :-

RM 3,000 X 12 X 10 = RM 360,000

HaaAAaaaa?? Banyaknya!!! Betul ke ni? Selalu dengar puluh-puluh ribu je… Ini betul-betul! Bukan cobaan!

Kenapa 10 tahun? Anggapkan kematian berlaku pada usia 60 tahun. Keluarga yang ditinggalkan masih perlu meneruskan hidup. Sekiranya tiada wang ditinggalkan, si Isteri mungkin terpaksa bekerja untuk menyara diri sendiri? Pekerjaan apakah yang mampu dilakukan oleh seorang wanita pada usia 60 tahun?

Jika anda hilang upaya kekal pula, katalah pada usia 45 tahun, sudah tentulah anda tidak bekerja. Bagaimana dengan kos makanan, tempat tinggal dan keperluan harian lain? Ini pun belum ambil kira inflasi.

Sekiranya Basic Sum Covered anda bernilai tinggi, setidak-tidaknya anda memberi ruang dan peluang untuk keluarga anda bernafas seketika sebelum sesuatu perkara yang lebih menjana hasil boleh dicipta untuk menyara hidup.

Dengan pampasan yang agak lumayan, keluarga yang ditinggalkan boleh membina perniagaan atau membeli hartanah untuk disewakan sebagai mata pencarian. Jika kita cuma tinggalkan RM 20,000 saja, agak sukar untuk keluarga kita meneruskan kestabilan ekonomi keluarga kelak.

Kalau dah tau tak cukup tu, sila-sila la tambah ye… Nilai dalam Basic Sum Covered ini boleh ditambah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda dan keperluan keluarga. Rajin-rajinlah buat “policy review” demi mempastikan perlindungan yang dimiliki itu betul-betul boleh melindungi. Bukan sekadar ada pada nama.

Adalah lebih selesa sekiranya anda mengasingkan sijil-sijil takaful anda. Anda seharusnya boleh memiliki sijil yang berbeza untuk nilai Sum Covered yang lebih besar sekiranya anda tidak mahu menambahnya pada sijil sedia ada.

Share This:

Ada yang tanya pada saya. Mengapa nak kena pilih Great Eastern Takaful? Apa lebihnya Great Eastern Takaful berbanding yang lain? Untuk itu, saya kongsikan la sedikit sebanyak mengenai kelebihan produk-produk dari Great Eastern Takaful seperti berikut :-

advantages

1-Konsep hibah

Hibah bermaksud pemberian atau hadiah yang diberikan kepada pihak lain tanpa megharapkan sebarang balasan. Di Great Eastern Takaful, hibah akan diberikan kepada waris sekiranya seseorang peserta meninggal dunia. Dengan konsep hibah ini, nilai pampasan yang diberikan kepada waris tidak perlu melalui proses faraid. Sebagai contoh, seorang suami telah menamakan isterinya sebagai waris dengan pembahagian 100% nilai pampasan. Ini bermakna isteri beliau layak menerima 100% nilai pampasan tanpa perlu di bahagikan kepada ahli keluarga yang lain. Dengan kaedah ini, pemberian wang pampasan akan berlaku dengan lebih mudah, cepat dan jelas. Sekiranya nilai pampasan itu diberi kepada wasi (pemegang amanah), maka nilai pampasan itu wajiblah dibahagikan oleh wasi kepada waris-waris yang layak mengikut hukum faraid.

Continue reading

Share This:

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua!

creditcards

Ramai orang ada credit card. Dan ramai juga yang membuat hutang dengan credit card.

Pada masa kini, semua pinjaman yang diterima daripada pihak bank, pasti dilindungi oleh insurans/takaful. Kalau dulu, cuma pinjaman perumahan sahaja yang ada insurans. Tapi sekarang, hampir semua jenis loan ada insurans/takaful. Cuma credit card sahaja yang tidak dilindungi.

Continue reading

Share This:

Rukun Haji & Umrah

Rukun Haji & Umrah

Kali ni saje je nak kongsi pasal rukun haji dan umrah. Sape yang pernah pergi sekolah rendah agama, tak silap saya topik haji dan umrah ni di ajar dalam subjek Fiqah Tahun 6. Betul tak? Saya belajar topik ni dalam tahun 1997 di Sekolah Agama Rakyat Tanjung Keramat.

Rukun Haji & Umrah tak banyak beza. Hampir sama cuma untuk Umrah, takde wukuf. Yang lain semua kena buat macam yang Haji jugak. Continue reading

Share This:

Badal Haji ialah Haji yang ditunaikan oleh seseorang pengganti untuk orang lain. Sebagai contoh, seorang anak menunaikan Haji untuk bapanya yang telah meninggal dunia. Ataupun sesiapa sahaja yang diberi upah untuk menunaikan Haji bagi pihak orang lain.

Syarat untuk membolehkan seseorang itu mengambil upah Haji adalah seperti berikut :-

  1. Sudah menunaikan Haji untuk diri sendiri.
  2. Hanya mengambil upah untuk menunaikan Haji seorang lain sahaja dalam satu musim Haji
  3. Apabila berniat ihram, hendaklah berniat atas nama orang yang akan diHajikan
  4. Cukup mahir dalam mengerjakan Haji

Continue reading

Share This:

Assalamualaikum Semua!

 

Jangan ketinggalan untuk menyertai PROMOSI TERHAD khas untuk i-Great Amal sempena bulan Zulhijjah 1434 Hijrah ini!! Dapatkan tawaran istimewa khusus dari saya di 017-3723344. Tawaran sah sehingga 25 Oktober 2013 sahaja. Rebutlah peluang yang datang sekali sahaja ini!

Amal promo

 

Share This: