Hi Tuan-tuan dan Puan-puan yang gigih bekerja!

Kali ni saya nak kongsikan tentang cara paling berkesan nak mengawal duit dari hilang entah ke mana malah memberi lebih nilai kepada diri dan keluarga. Mula-mula sekali, saya nak tahu lah bagaimana anda merancang mengumpul wang persaraan anda selain dari KWSP yang diwajibkan?

Sebenarnya ada pelbagai cara untuk cipta wang persaraan selain dari KWSP. Antaranya termasuklah :-

  1. Melaburkan dalam unit amanah atau saham
  2. Membeli rumah untuk disewakan
  3. Membeli tanah atau kereta untuk dipajakkan
  4. Mengendalikan perniagaan yang boleh bergerak sendiri
  5. Menyimpan wang sendiri secara berdisiplin

Tahukah anda bahawa mencipta dana persaraan adalah satu proses yang amat penting dan perlu diteliti dari semasa ke semasa? Ini kerana untuk mengumpulkan dana persaraan yang mencukupi apabila tiba masanya nanti sebenarnya memerlukan perancangan yang teliti dan usaha yang besar. Jika tidak, kita akan kecundang apabila tiba masa untuk bersara. Mungkin terpaksa terus bekerja demi menjamin wang bulanan masuk untuk meneruskan kehidupan.

Sedangkan instrumen yang diwajibkan pun masih ramai yang kecundang, apatah lagi yang dengan usaha sendiri. Mari tengok fakta sebenar tentang simpanan persaraan KWSP yang amat membimbangkan :-

Dengan keadaan kehidupan sekarang yang sangat mencabar dari segi kewangannya, sudah tentu ramai yang terpaksa berkira-kira dalam membelanjakan wang gaji masing-masing. Mana nak bayar komitmen, mana nak bayar sara hidup, mana nak menyimpan, mana nak bayar insurans lagi dan macam-macam lagilah nak dibuat dengan duit tu!

Demi memenuhi tuntutan hidup dan keperluan diri masing-masing, saya nak tunjukkan satu plan yang dapat membantu Tuan-tuan dan Puan-puan menyediakan dana persaraan secara menang-menang. Dengan hanya 1 caruman, anda dapat menguruskan sedikit bahagian wang anda untuk perkara yang penting dan berbaloi!

Memperkenalkan i-Great Mega daripada Great Eastern Takaful.

i-Great Mega merupakan plan takaful yang akan memberi anda kelebihan-kelebihan berikut :-

  1. Mencipta Dana Persaraan secara tidak langsung
  2. Memberi perlindungan bagi pendapatan anda semasa anda aktif bekerja agar tidak lenyap begitu sahaja sekiranya nafas terhenti
  3. Memberi pelepasan cukai di bawah insurans nyawa sehingga RM3,000 (Rugi kalau tak maximize yang ni)
  4. Menjamin dana pendidikan untuk anak-anak sekiranya dijemput Ilahi lebih awal
  5. Merupakan cara menyimpan yang berkesan dan tidak membebankan

Bagus kan i-Great Mega?

Di bawah ini turut saya tunjukkan ilustrasi plan i-Great Mega yang bersesuaian untuk lelaki berusia 35 tahun. Dengan mencarum hanya RM250 sebulan, 100K dana persaraan telah disediakan secara tak langsung! Lebih baik ada dari langsung tiada kan?

Cuba lihat, simpanan hanya perlu dibuat selama 20 tahun sahaja. Kalau bayar penuh pun, baru RM60,000. Tetapi perlindungan sebanyak RM250,000 boleh dinikmati selama 25 atau 30 tahun! Setelah membayar penuh selama 20 tahun, wang terkumpul dalam plan ini juga sudah melebihi dari nilai yang dicarum iaitu sebanyak RM81,743. Cantik kan?

Jika sudah tiada apa lagi perlu kita lindungi waktu ini seperti anak-anak semua dah habis belajar, hutang-hutang semua dah langsai dan sebagainya, kita boleh sahaja menghentikan plan ini dan mengambil kembali semua nilai tunai yang ada! Sekiranya perlindungan masih diperlukan, kita boleh teruskan saja plan ini tanpa perlu membuat bayaran lagi. Tengok, selepas 10 tahun tanpa bayaran pun, wang terkumpul kita menjadi semakin banyak sehingga RM100,240! Takkan tak mahu?

Lebih menyedapkan hati kita lagi, dengan plan i-Great Mega ini, kita tak perlu bayar lagi caruman sekiranya kita disahkan mengidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal. Contohnya seperti kanser, sakit buah pinggang, jantung, parkinson dan sebagainya. Plan ini akan menjadi percuma buat kita tetapi perlindungan dan kumpulan wangnya akan tetap diteruskan oleh pihak takaful! Menarik kan?

Nampak tak dengan mencarum dalam i-Great Mega, kita sekurang-kurangnya dah menyelamatkan wang kita dari lesap entah ke mana. Di saat keluarga kita memerlukan wang apabila kita sudah tiada lagi, sejumlah wang terus sampai kepada mereka. Sekiranya umur kita panjang dan selamat bersara dengan aman, sejumlah wang lagi akan kita perolehi sebagai dana persaraan tambahan untuk kegunaan kita sekeluarga!

Tunggu apa lagi Tuan-tuan dan Puan-puan? Plan yang baik dan memenuhi segenap keperluan perancangan kewangan anda dah ada di depan mata. Cepat-cepat hubungi saya di whatsapp Suri Fitriah – 0173723344.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes