Hi & Assalamualaikum Semua,

Selama 7 tahun saya bergelar perunding takaful, baru inilah pertama kali saya ada client yang terpaksa menjalani rawatan untuk Thorucolumbar Scoliosis yang menelan kos sebanyak RM56,528.40. Rawatan diterima di KPJ Klang selama 7 hari. Client saya ini baru berusia 15 tahun dan baru memiliki Medical Card sejak 4 tahun setengah yang lalu. Ini adalah claim pertama beliau.

Pada hari Sabtu 6/10/18, Capt DJ menghubungi saya untuk bertanyakan prosedur penggunaan Medical Card setelah pakar mencadangkan untuk membuat pembedahan untuk merawat tulang belakang anaknya. Oleh kerana darjah kecondongan tulang belakang anaknya agak tinggi, maka pembedahan segera perlu dilakukan. Slot kosong tercepat hanyalah pada hari Khamis 11/10/18.

Pihak hospital telah memohon GL ke Great Eastern pada hari Isnin untuk melancarkan proses pembedahan pada hari Khamis nanti. Alhamdulillah GL diluluskan pada hari itu. Maka legalah Capt DJ dengan perkhabaran GL lulus tersebut.

Hari Rabu, Farah Insyirah pun dimasukkan ke wad untuk persediaan pembedahan keesokan harinya. Hari Khamis pembedahan pun dilakukan dan sebanyak 12 skru dan sebatang tiang telah dimasukkan ke dalam badan Insyirah untuk menyokong tulang belakangnya. Selesai pembedahan, Insyirah di masukkan ke ICU untuk pemantauan rapi sebelum benar-benar pulih untuk dimasukkan ke wad biasa. 2 hari Insyirah di ICU. Hari Ahad sebelah senja akhirnya Insyirah dipindahkan ke wad biasa. 3 hari kemudian, barulah beliau dibenarkan pulang dan menyambung rawatan di rumah.

Untuk rawatan pemulihan seterusnya, Insyirah perlu menjalani fisioterapi. Kini semua fisioterapi dah pun selesai. Diam tak diam hampir RM70,000 juga wang yang digunakan untuk merawat sakit ini. Cuba anda bayangkan, sekiranya terpaksa keluarkan wang sendiri sebanyak itu hanya untuk menjalani rawatan. Tidakkah anda rasa terbazir? Wang usaha kerja keras hilang sekelip mata atas sebab sakit. Mengumpul RM70,000 bukanlah mudah apatah lagi di zaman kos sara hidup harian pun tinggi bukan main.

Tetapi ketahuilah bahawa wang RM70,000 itu dapat diselamatkan sekiranya kita telah membuat persediaan awal demi berdepan kos perubatan yang sememangnya mahal. Biar medical card kita yang tanggung kos perubatan. Sedangkan wang simpanan kita masih tetap tersimpan dan bertambah walaupun terpaksa menjalani rawatan mahal di hospital. Cara ini lebih efektif dan selamat sebab medical card kita ada had yang tinggi untuk menanggung kos perubatan kita. Had ini pula akan reset setiap tahun! Berbeza dengan wang simpanan. Sekiranya habis diguna, maka habislah ia. Tiada gantinya lagi.

Sekiranya, anda masih tercari-cari medical card untuk dimiliki, jangan tangguh lagi! Sebab medical card bukanlah boleh terus digunakan sebaik sahaja memilikinya. Ada tempoh menunggu yang perlu dilalui sebelum medical card itu benar-benar boleh berfungsi 100%! Rujuk sini untuk maklumat lanjut.

Kalau nak buat medical card, whatsapp saya terus Suri Fitriah 017-3723344.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes