Dari Dunia Maritim Ke Industri Takaful

Assalamualaikum & Hai Semua!!

Inilah kali pertama saya ingin kongsikan kepada anda mengapa saya memilih bidang takaful sebagai kerjaya saya. Sebelum saya bercerita lebih panjang, suka saya ingatkan bahawa setiap apa yang saya coretkan di sini adalah perasaan dan buah fikiran dari sudut pandangan mata saya. Ia mungkin berbeza daripada pandangan mata anda.

helderline.nl-tenaga-dua-11492

Kapal yg saya pernah kerja di dalamnya

Saya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Teknologi Marin) dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dan berdaftar dengan Board of Engineers sebagai Jurutera Siswazah. Saya mempunyai beberapa pengalaman kerja dalam bidang maritim sejak tahun 2008 termasuklah pelayaran, pengajaran dan pelabuhan. Saya pernah belayar di dalam kapal LNG MISC untuk beberapa bulan demi menimba pengalaman yg unik sebagai pelaut, bergelar pensyarah selama 1 semester di Akademi Laut Malaysia sbg medium penyampai ilmu perkapalan kepada bakal pelaut dan merupakan seorang pegawai di Bahagian Marin di pelabuhan Northport untuk beberapa tahun. Bidang maritim menjadi pilihan saya sejak di Tingkatan 4 kerana saya mahukan pekerjaan yang mampu memberi gaji lumayan supaya saya menjadi kaya.

Tetapi setelah saya penat belajar selama 4.5 tahun di UTM dan mula mendapatkan pekerjaan, saya berasa sedih kerana gaji yang ditawarkan tidaklah setinggi yang saya bayangkan. Oleh kerana tiada banyak pilihan, saya mulakan juga bekerja walaupun dengan gaji yang terlalu rendah bagi saya. Namun begitu saya dikira bernasib baik kerana tidak perlu membeli kereta semasa mula bekerja kerana ibu saya telah pun menyediakan sebuah kereta Proton Waja Campro 1.6E sejak saya menuntut di UTM. Saya juga tidak perlu menyewa rumah semasa awal alam pekerjaan kerana saya pernah disediakan quarters oleh pihak majikan dan saya juga mempunyai rumah ibu saudara yang berhampiran dengan tempat kerja. Saya memang tidak perlu mengeluarkan kos untuk membeli kereta mahupun membayar sewa rumah. Bertuah kan???

Walaupun masih single dan ada sesetengah perbelanjaan yg tidak perlu saya tanggung, saya tetap merasakan pendapatan saya begitu kecil. Tidak pun seperti yg diwarwarkan di televisyen melalui drama ataupun filem. Saya sebenarnya terpaksa menurunkan sedikit lifestyle saya semasa mula-mula bekerja berbanding lifestyle saya semasa belajar. (Masa belajar, saya memang berbelanja mewah)

Saya pernah bekerja-berhenti-bekerja-berhenti-bekerja-berhenti-bekerja semula pada penghujung tahun 2010 di sebuah pelabuhan. Masih mengekalkan maritime line dalam perjalanan kerjaya saya. Saya menjadi Management Trainee di situ selama 3 bulan sebelum di serap ke jawatan tetap. Gaji saya pada masa itu cuma RM2435 saje.

Atas desakan kehidupan, saya mula mencari jalan untuk membesarkan pendapatan saya yang saya rasa begitu kecil. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membeli rumah dan menyewakannya bagi menikmati pendapatan bulanan tambahan. Ya, saya berjaya meningkatkan pendapatan sebanyak RM550 sebulan hanya dengan menyewakan sebuah walk-up apartmen di Dataran Otomobil. Saya gembira dengan percambahan pendapatan bulanan saya itu 🙂

Pendapatan dah OK, kerja pun relax saja sebagai Eksekutif Marin di pelabuhan itu. Saya mula merasakan saya mempunyai terlalu banyak masa terluang. Setiap hari saya sudah free selepas jam 5 petang. Sabtu dan Ahad juga free se free free nya…… Saya pun mula berfikir-fikir untuk menambah satu pekerjaan yang bermanfaat untuk saya lakukan. Dah alang-alang bermanfaat, baiklah cari kerja bermanfaat yang boleh mendatangkan wang!!! Maka, saya pun merisik-risik apakah antara pekerjaan yg boleh saya lakukan untuk mengisi masa lapang saya ni. Selepas mencari-cari menggodek-godek sana sini, timbullah pilihan sama ada nak jadi agen insurans atau agen hartanah. Setelah membuat perbandingan dengan kemampuan dan keselesaan diri, maka saya memilih untuk menjadi Agen Insurans/Takaful!

Pada penghujung 2011, saya terus membuat temujanji dengan seorang kenalan saya di Matrik Melaka dulu, Ira. Ira merupakan seorang agen takaful dari Great Eastern Takaful. Tujuan pertama saya bertemu Ira adalah untuk ambil insurans lah. Sebab semua buku kewangan yg saya baca menyatakan bahawa semua org kena ada insurans. Tujuan kedua, sebab saya nak jadi agen. Pertemuan dua jam bersama Ira telah membawa saya ke dunia takaful yg amat asing dan baru bagi saya! Saya diperkenalkan dengan Unit Manager si Ira pada masa tu, Pn Zarina. Pn Zarina adalah seorang yg sangat positif dan bersemangat tinggi pada pandangan kali pertama saya.

Kali pertama menjejakkan kaki ke pejabat Pn Zarina, saya telah pun berasa bahawa saya telah membuat pilihan yg tepat! Dengan itu, teruslah saya menetapkan tarikh untuk mengambil Takaful Basic Examination (TBE) dan mula belajar mengenai takaful sedikit demi sedikit. Saya akhirnya telah lulus cemerlang dalam TBE dan dikontrakkan sebagai Agen Takaful pada 20/2/2012.

Setelah bergelar Agen Takaful, bermakna saya telah menjalankan dua jenis pekerjaan dalam satu masa. Sepenuh masa sebagai Eksekutif Marin dan separuh masa sebagai Agen Takaful. Keadaan ini telah membuatkan saya boleh membuat perbandingan di antara dua pekerjaan saya ini. Beza, memang sungguh berbeza kedua-dua pekerjaan saya ini. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Berikut saya kongsikan perbandingan yang saya perhatikan :-

beza E & AT

Dalam pekerjaan takaful saya, ada banyak lontaran cabaran yg diberikan oleh pihak syarikat. Semua cabaran didatangkan dengan habuan tersendiri. Ada cabaran berhabuankan percutian. Ada cabaran berhabuankan wang. Ada cabaran berhabuankan peluang cabutan bertuah lumayan. Dan ada juga cabaran berhabuankan barang2 seperti iPad dll. Terus-terang saya katakan, saya tidaklah termotivasi dengan habuan-habuan yg ditawarkan. Memang takde perasaan pada masa tu. Tetapi, oleh kerana rakan-agen saya, Ira dan Unit Manager Zarina asyik suruh selesaikan cabaran diberi, saya pun cuba la selesaikan. Pada tahun pertama sebagai agen takaful, saya telah pun berjaya menyelesaikan beberapa cabaran antaranya Master Sales Award dan STAR Award. Tak sangka! Rupanya saya boleh selesaikan cabaran! Saya mula merasakan kepuasan apabila saya berjaya menyelesaikan cabaran walaupun pada mulanya macam taknak buat. Bila diajak-ajak, lama2 timbul juga keinginan mencapai sesuatu target. Selagi tak capai, kita fight untuk capai. Bila dah capai, ada rasa puas hati dihujungnya. Rasa itu yg menyeronokkan sebenarnya.

IMG_7139

Di pelabuhan juga ada KPI sendiri yg saya capai dgn cemerlang. Tapi KPI itu tidak cukup kuat untuk menguji kemampuan saya. Jadi, saya tidak berasa begitu puas walaupun saya mencapai KPI dgn cemerlang.

Masuk tahun kedua dan ketiga sebagai Agen Takaful, semakin banyak cabaran yg telah berjaya saya selesaikan. Income saya dari takaful juga semakin lama semakin meningkat. Kemahiran dan pengalaman dalam mengendalikan kes-kes tuntutan pelanggan saya juga semakin bertambah dan semakin baik. Pada ketika ini, saya sudah mula berfikir-fikir sama ada ingin terus serius dalam takaful atau sekadar dijadikan kerja sampingan juga.

Sehinggalah pada suatu malam, Ira yg pada waktu itu telah pun menjadi Unit Manager saya bertanyakan kepada saya, “Bila nak jadi fulltime?” Saya agak terkesima dgn soalan itu. Apatah lagi beliau terus meminta komitmen utk meletakkan satu tarikh yg mana saya akan bergelar fulltime agent pada tarikh itu! Atas beberapa faktor luaran, saya sebenarnya telah pun mula merancang untuk meninggalkan pekerjaan tetap saya sebagai Eksekutif Marin itu. Maka, komitmen yg diminta oleh UM Ira adalah bersesuaian dengan perancangan yg bermain dalam minda saya.

IMG_6976

Clock Out Terakhir sebagai Northport Employee

Setelah menetapkan tarikh akhir untuk berkhidmat sebagai Eksekutif Marin di pelabuhan iaitu pada 30/7/2015, maka bermulalah satu fasa baru dalam kehidupan saya yg mana saya akan mengubah mode pekerjaan takaful saya dari separuh masa kepada sepenuh masa. Banyak persediaan yg perlu dan telah saya lakukan demi mempastikan bahawa perubahan mode itu tidak mengganggu perjalanan hidup saya yg lainnya. Persediaan paling utama adalah dari segi kewangan dan disiplin. Persediaan kewangan itu sangat penting kerana saya akan kehilangan sebahagian pendapatan saya yang tetap. Persediaan disiplin pula amat penting kerana kerjaya sebagai takaful fulltime agent tidak ada punch in, punch out, lunch break dan sebagainya. Semua aturan jadual kerja perlu ditentukan oleh diri sendiri tanpa ada sebarang kompaun atau saman jika gagal dipatuhi pun. Tiada unsur kawalan di situ melainkan diri sendiri!

Setelah membulatkan hati untuk memilih Agen Takaful sebagai kerjaya, saya mula mengalihkan pandangan ke dalam bidang ini dengan fokus yg lebih. Saya tahu, sebagai Agen Takaful banyak perkara yg perlu saya perkemaskan demi menjamin masa depan yg gemilang dalam kerjaya ini. Antara perkara yg perlu saya beri penekanan termasuklah :-

1-   Peningkatan sales

2-   Penambahan sumber prospek

3-   Pemantapan kemahiran close deal

4-   Kemahiran merekrut

5-   Keupayaan menguruskan perniagaan

Semua perkara di atas menuntut kemahuan dan ketabahan yg tinggi untuk diperoleh dan dilaksanakan dengan sempurna. Namun saya percaya, dengan keikhlasan hati dan keterbukaan minda yg luas, semuanya akan jadi mudah lagi dipermudahkan. Banyak penyesuaian dan perubahan perlu dilakukan untuk menjadi seorang agen yg kompetitif. Dari situlah, sedikit sebanyak saya belajar untuk menjadi a whole person.

12373341_10206683572980560_3483127829964677947_n

Dapat saya simpulkan bahawa kerjaya dalam bidang takaful sebenarnya banyak melatih saya untuk menjadi versatile dan up-to-date. Banyak peningkatan kemahiran dapat dirasai. Hala tuju yg begitu jelas. Rewards yang berbaloi. Ketenangan atas kelegaan yg dirasai setiap kali membuat kebaikan secara langsung kepada orang ramai amnya dan para pelanggan khususnya melalui claim. Menjalani kehidupan secara bersahaja kerana pekerjaan dan kehidupan sangat berkait rapat. Mencapai kepuasan dalam menyelesaikan setiap cabaran atau task yg diberi. Belajar memandang dunia dari segenap perspektif memandangkan banyak jenis manusia yg akan dihadapi. Menghargai nilai empati. Dan yang paling relevan adalah sentiasa bersama-sama memajukan diri dan mengembangkan ekonomi diri & keluarga. Yang last sekali ni, anda kena jadi agen dulu baru anda rasa dan faham…..

Sekarang saya telah pun selesai tahun pertama untuk naik ke Unit Manager. Ini bermakna, tahun 2016 saya perlu selesaikan syarat yg ditetapkan dgn ada sekurang-kurangnya 4 agen untuk membolehkan saya bergelar Unit Manager pada 2017! Mari bantu dan doakan saya agar sempurna menjadi Unit Manager 2017.

Jika anda adalah seorang yg berimpian besar, silalah ceburkan diri dalam bidang takaful ni. Bidang takaful mampu mempercepatkan anda untuk menggapai impian itu. Call saya, Suri Fitriah di 017-3723344 sekarang!

Drop Your Resume Here

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post