Futsal Zest Cup 2019

Pada 20 Julai 2019, Zest Cup dianjurkan dengan menjadikan futsal sebagai permainan yang dipertandingkan. Maka beramai-ramailah kita membanjiri Gelanggang Futsal Sport 7, Sri Rampai yang hanya terletak di belakang Zest Head Office. Ada 4 kumpulan adiwira yang akan berentap secara liga terdiri daripada Team Thanos (Ungu), Team Spiderman (Merah), Team Hulk (Hijau) dan Team Thor (Hitam). Saya Team Thor OK!

Pertandingan dimulakan dengan perlawanan persahabatan di antara ZestBro dengan Al-Hamra Agency. ZestBro sebagai tuan rumah memberi kemenangan mudah kepada Al-Hamra. Tahniah!!

Biru tu ZestBro. Putih Al-Hamra

Setelah membuat sedikit regangan yang dipimpin oleh AM Akma, perlawanan pun bermula dengan Team Hulk menentang Team Spiderman! Peraturan game kali ini agak unik di mana pada satu-satu masa, setiap pasukan mesti mempunyai maksimum 2 orang pemain lelaki dan 3 orang wanita. Yang menjaga gol mestilah seorang wanita. Dan yang menjaringkan gol juga mestilah seorang wanita! Ha… Mencabar kan?

Team Hitam mula-mula sekali lawan Team Ungu dulu.

Lepas tu lawan Team Merah

Last sekali lawan Team Hijau

Saksikanlah sedikit aksi perlawanan di antara Team Ungu dengan Team Hijau!

Tidur ke apa tu kat dalam court?

Dah habis lawan semua, tibalah masa untuk menentukan kedudukan 1 dan 2 serta 3 dan 4. 1 dan 2 je lah lawan. Kita tengok siapa Johan? Merah ke Ungu?

Tempat Ke-4

Tempat Ke-3

Temnpat Ke-2

Johan

Tahniah Team Thanos (Ungu) yang telah menjadi Johan keseluruhan untuk Zest Cup kali ini. Striker dia kuat tu… Semoga kita bertemu lagi dalam Zest Cup yang akan datang. Dengar-dengarnya Badminton. Kita tunggu ya…

Bagi yang berminat untuk menyertai kami sebagai perunding takaful untuk Great Eastern Takaful, boleh lah hubungi saya di whatsapp Suri 017-3723344! Kami juga menyediakan tawaran gaji tetap bermula RM2,500 hingga RM7,500 sebulan kepada yang berminat! Komisen dapat lain pula tau… Tak nak cuba ke?

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

Kursus Pertama Sebagai Agency Manager

Hai & Assalamualaikum Semua, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya telah pun secara rasminya bergelar Agency Manager pada Tahun 2017 ini! Demi mempastikan bahawa setiap Agency Manager yg baru

i-Great MediHarapan – Plan Medical Card Standalone Mampu Milik!

Assalamualaikum & Hi Semua! Sekali lagi Great Eastern Takaful membuka semula pendaftaran untuk memiliki medical card standalone pada harga yang murah dengan perlindungan tinggi dan menyeluruh! Plan medical card standalone

i-Great Jannah istimewa daripada Great Eastern Takaful

Menjadi penghuni Jannah (Syurga) adalah impian setiap insan di muka bumi ini. Gambaran keindahan Jannah diceritakan dgn jelas dalam Al-Quran dan kitab-kitab agama Islam yg masyhur. Cara-cara untuk memasuki Jannah