i-Great Evo Perlindungan Komprehensif Sepanjang Hayat

i-Great Evo adalah plan takaful yang melindungi perkara asas seperti kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh. Bertepatan dengan namanya i-Great Evo, plan takaful terbaru daripada Great Eastern Takaful ini memang sungguh berevolusi dari plan sebelumnya. i-Great Evo menawarkan perlindungan lengkap sepanjang hayat dengan wujudnya fungsi auto-extension yang membolehkan plan ini disambung mengikut keperluan umur kita. Terdapat 3 pilihan tempoh perlindungan pada peringkat permulaan iaitu sehingga umur 25 tahun, 60 tahun atau 80 tahun. Ketiga-tiga pilihan membolehkan kita untuk menyambung plan ini sehingga berumur 100 tahun!

Dalam i-Great Evo ada beberapa perlindungan tambahan yang boleh dimasukkan sekali seperti perlindungan penyakit kritikal (dapat pampasan lumpsum), perlindungan kemalangan (dapat pampasan lumpsum, elaun dan kos rawatan), medical card (menanggung kos rawatan di hospital), hospital allowance (elaun bermalam di wad) dan juga waiver (pengecualian caruman). Setiap perlindungan tambahan boleh dipilih sama ada mahu disertakan atau tidak.

Perlindungan Sakit Kritikal

Perlindungan Sakit Kritikal dalam i-Great Evo boleh diambil serendah RM10,000. Ia melindungi 45 jenis sakit kritikal bagi orang dewasa dan tambahan lagi 11 jenis sakit kritikal bagi kanak-kanak. Wow! Banyaknya perlindungan tambahan khas untuk kanak-kanak! Ya, ini kerana Great Eastern Takaful sentiasa mengambilkira keperluan semasa yang berlaku sekarang ini. Mana-mana penyakit yang “popular” atau banyak dihidapi oleh masyarakat, itulah yang akan cuba dilindungi.

Medical Card

Medical Card dalam i-Great Evo pula ada 2 pilihan.

Pilihan 1 – Bilik 150, Had Tahunan RM100,000

Pilihan 2 – Bilik 200, Had Tahunan 200,000

Kedua-dua pilihan ini mempunyai had seumur hidup TANPA HAD. Yang menariknya, had tahunan ini akan meningkat secara automatik sebanyak RM50,000 bagi setiap tempoh 5 tahun. Contohnya mula-mula ambil yang bilik 150. Maka had tahunan permulaan ialah RM100,000. Setelah 5 tahun, had tahunan medical card itu akan meningkat kepada RM150,000 secara automatik tanpa penambahan caruman dan tanpa mengira sama ada pernah claim atau tidak sebelum ini. Haaaaa, bagus kan? Bagus sangat!

Begitu juga dengan had kelayakan bilik. Nilainya meningkat sebanyak RM50 bagi setiap 5 tahun. Contohnya mula-mula ambil yang bilik 150. Selepas 5 tahun, kelayakan bilik akan meningkat kepada 200 secara automatik tanpa bayaran tambahan dan tanpa mengira sama ada pernah claim atau tidak. Haaaaa, best kan macam tu?

Elaun Hospital

Ini adalah elaun tambahan yang diberikan apabila dimasukkann ke hospital. Elaun akan dibayar mengikut bilangan hari tinggal di hospital. Elaun ini boleh diambil bermula RM50 sehari sehingga maksimum RM500 sehari bergantung kepada pendapatan masing-masing. Elaun ini sepatutnya tidak boleh diambil melebihi 75% daripada gaji harian.

Perlindungan Kemalangan Komprehensif

Perlindungan ini khas untuk cover apa-apa kejadian kemalangan. Perlindungannya merangkumi semua perkara di bawah :-

1- Pampasan kematian

2- Pampasan hilang upaya kekal menyeluruh

3- Pampasan hilang upaya anggota badan

4- Elaun MC

5- Bayaran balik rawatan perubatan

6- Elaun harian hospital kerajaan

7- Khairat kematian tambahan sehingga RM5,000

Lebih menarik lagi nilai perlindungan ini akan meningkat secara automatik sebanyak 5% setiap tahun selama 10 tahun. Ini bermakna sekiranya perlindungan awal yang anda ambil adalah RM100,000 maka ia akan menjadi maksimum RM150,000 selepas 10 tahun.

Pengecualian Caruman

Manfaat ini adalah keistimewaan yang ada dalam perlindungan takaful. Dengan mengambil manfaat ini, kita tak perlu lagi membayar caruman apabila di sahkan mengidap hilang upaya kekal menyeluruh atau sakit kritikal. Caruman kita akan dikecualikan sehingga tamat tempoh perlindungan. Bagus kan? Caruman tak payah bayar dah. Tapi perlindungan masih ON macam biasa!

i-Great Evo ini boleh disertai seawal usia 14 hari sehinggalah usia 70 tahun. Kalau usia dah 70 tahun dah tak boleh apply ya. Tapi kalau dah apply sebelum umur cecah 70 tahun, boleh pakai sampai usia 100 tahun. Jadi, jangan terlambat.

Plan ini juga ada cash value di dalam akaunnya yang mana cash value itu boleh dikeluarkan jika perlu. Tapi sebaiknya biarkanlah di dalam akaun itu untuk kegunaan hari tua nanti.

Nak dapatkan quotation? Hubungi saya terus di whatsapp Suri Fitriah – 0173723344

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post