Hi & Assalamualaikum Semua!

Hari ni saya cuma nak cakap tentang satu plan perlindungan kewangan yang sangat hebat dari Great Eastern Takaful. Namanya i-Great Mega.

i-Great Mega merupakan plan investment-linked yang mana dapat memberi nilai perlindungan yang tinggi berserta pulangan pelaburan yang juga tinggi (bergantung kepada prestasi dana yang dilaburkan). Berikut saya kongsikan ciri-ciri i-Great Mega untuk pengetahuan semua :-

  1. Nilai perlindungan minimum RM250,000
  2. Caruman bulanan minimum RM100 sebulan
  3. Tempoh bayaran boleh pilih antara 10 tahun atau 20 tahun
  4. Tempoh perlindungan juga boleh pilih antara 25 tahun atau 30 tahun
  5. Khairat kematian RM2,000
  6. Boleh disertakan manfaat penyakit kritikal yang mana bayaran diterima semasa masih hidup akibat mengidap penyakit kritikal dan sekali lagi bayaran diterima oleh waris apabila berlakunya kematian.
  7. Boleh disertakan fungsi pengecualian caruman akibat mengidap penyakit kritikal
  8. Boleh disertakan fungsi manfaat kematian berganda akibat kematian di luar negara
  9. Wang pelaburan boleh dikeluarkan sebelum sijil matang tetapi akan mengurangkan manfaat kematian

Baiklah, sekarang mari saya tunjukkan apa hebatnya i-Great Mega ni…

Kes 1 – Untuk perlindungan hutang

Encik Mazrul dan isterinya Puan Affah telah membeli rumah baru berharga RM1,200,000. Mereka membuat pinjaman perumahan sebanyak RM960,000 sahaja untuk tempoh selama 30 tahun. En Mazrul dan Puan Affah menggunakan i-Great Mega dengan nilai perlindungan sebanyak RM960,000 untuk melindungi pinjaman perumahan mereka dengan jumlah caruman sebanyak RM2,684 sebulan.

Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh

i-Great Mega akan melangsaikan semua baki pinjaman di bank. Katalah baki di bank cuma tinggal RM700,000 sahaja, maka lagi RM260,000 itu akan diberi kepada waris mereka yang telah dinamakan iaitu kedua-dua anak perempuan mereka.

Sekiranya mengidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang tersenarai

Pampasan bernilai RM960,000 akan diberikan kepada En Mazrul dan Puan Affah untuk melangsaikan baki pinjaman. Sama juga seperti di atas, lebihan dari baki pinjaman bolehlah diambil untuk kegunaan harian. Caruman bulanan pula dikecualikan sehingga tamat tempoh bayaran. Dan apabila berlaku kematian pula, sekali lagi RM960,000 diberi kepada waris.

Sekiranya tiada risiko buruk berlaku sehingga tamat tempoh pinjaman

Wang tunai akan dikembalikan yang mana nilainya bersamaan 1.5 kali ganda daripada jumlah caruman yang dibuat. Wang ini boleh dijadikan sebagai dana persaraan tambahan.

Nampak tak? Pergi ke mana pun tak rugi. Dalam tempoh perlindungan, dilindungi sepenuhnya. Sudah tamat tempoh perlindungan, dapat kembali wang yang dicarum terlebih dahulu berserta keuntungan pelaburan. Rumah dapat, wang tunai pun dapat!

Kes 2 –  Untuk gantikan pendapatan

Encik Hafidz mencarum RM1000 sebulan untuk nilai perlindungan RM1,500,000.

Sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh

RM1,500,000 diberi kepada waris yang dinamakan. Wang itu boleh dilaburkan semula oleh waris untuk mendapatkan keuntungan.

Contoh simpan di akaun TH. Hibah 6%. Dapat RM90,000 setahun. Wang ini boleh digunakan seperti gaji Encik Hafidz ketika beliau masih hidup. Wang simpanan RM1.5 juta tadi tidak diusik pun bagi menjana keuntungan untuk tahun-tahun mendatang.

Sama juga halnya sekiranya mengidap sakit kritikal. Pampasan diberikan dan boleh digunakan seperti gaji bulanan. Gaji tetap ada walaupun sudah tidak bekerja lagi.

Sekiranya tiada risiko buruk berlaku sehingga tamat tempoh pinjaman

Wang tunai akan dikembalikan dengan nilai yang lebih dari nilai caruman. Boleh jadi dana persaraan tambahan atau modal untuk perniagaan dalam menjana pendapatan baru.

Nampak kan bagaimana fungsi takaful dalam melangsaikan hutang dan mengganti pendapatan? Ini lah cara termudah, murah dan paling berkesan dalam mengekalkan harta dan ekonomi keluarga apabila didatangi musibah tak diduga. Kalau kita dah bersedia, mesti lega!

Jom buat 1 plan i-Great Mega ni… Ketua keluarga perlu ada 1 benda macam ni.

Suri Fitriah 017-3723344

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes