Ini bukan propa. Ini betul-betul!!!

insuranshantaranAlangkah bertuahnya si isteri apabila si suami sudah pun menyediakan perlindungan kewangan yang secukupnya untuk keluarga sekiranya dia ditimpa perkara yang tidak diingini.

Di sini suka saya mengingatkan bahawa insurans/takaful BUKANLAH pengganti nyawa kita. Tetapi ianya bersifat sebagai penyambung harapan untuk meneruskan kehidupan dengan sempurna setelah ketiadaan insan tersayang yang merupakan tonggak keluarga. Bayangkan jika kita kehilangan ketua keluarga dalam sekelip mata. Pada siapakah harus kita bergantung harap? Mampukah saudara mara kita menyalurkan bantuan berterusan kepada kita selama-lamanya? Di sinilah kepentingan insurans/takaful yang telah kita sediakan semasa hayat kita. Pampasan itulah yang akan digunakan oleh ahli keluarga kita yang tinggal untuk menampung keperluan dan perbelanjaan harian sementara mencari jalan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi keluarga.

Dengan itu, adalah menjadi satu pilihan yang bijak sekiranya kita menghadiahkan perlindungan insurans/takaful bernilai tinggi buat pasangan kita. Caranya cukup mudah.

Jika kita adalah suami, belilah polisi insurans/takaful atas nama kita dengan coverage sebanyak RM1 juta. Letakkan isteri kita sebagai penama dalam insurans/takaful itu. Ini bermakna, sekiranya kita ditimpa penyakit kritikal, lumpuh atau mati sekalipun, nilai pampasan RM1 juta itu akan diberikan sebagai pampasan kepada isteri kita. Begitu jugalah yang sebaliknya.

Caruman bulanan tidaklah terlalu tinggi sekiranya kita menyediakan polisi ini pada usia yang lebih muda. Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan quotation. Suri Fitriah 017-3723344 | surifitriah@gmail.com.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes