Lagi dan lagi reward tambahan daripada leader saya. 3 Julai 2019, sehari selepas kita berTGV INDULGE, bertepatan dengan bulan Syawal yang dah sampai ke penghujungnya, maka marilah kita menyantap juadah Malaysia yang lazat di Jamuan Raya Bersama Chef Wan @ De.Wan 1958 by Chef Wan. Restoren milik Chef Selebriti Tersohor Malaysia siapa lagi kalau bukan Dato’ Chef Wan. Restoren ni memang cantik sangat dan lapang. Maka tidaklah kita asyik berlaga dengan orang ketika ambil makanan mahupun nak ke tempat duduk masing-masing. Sungguh menenangkan…

Hari ni sebenarnya secara kebetulan semua orang pakai baju hijau tanpa dirancang. Wahh!!!
Pancaran projector yang kelihatan menarik!

Juadah makanan yang dihidangkan sememangnya enak dan lazat dari jenis nasi hinggalah ke pencuci mulutnya. Memang sedap. Jenis hidangan pun sangat pelbagai. Hampir semua jenis Signature Dish masakan Melayu ada di sini. Saya tak makan semua lah sebab ada masakan yang saya kurang minati dan sebenarnya perut pun dah penuh. Takkan nak sumbat jugak kan hanya kerana sedap. Kesian perut…

Ni hidangan pertama yang saya ambil. Nasi telur nama dia sebab ada telur puyuh kot. Gulai udang, sambal sotong dan daging masak apa, saya tak ingat.
Yang ni kurma kambing dan kuah kacang ayam kot. Sayur korang tahu la kan…
Ni ikan stim, ayam panggang dan kambing bakar
Pengat pisang ni memang sedap amat!
Air ada air tebu, guava dan lagi 1 tak ingat. Teh tarik pun ada.

Tak banyak gambar yang saya ambil sebab sibuk makan. Hehehe

Kami duduk belah dalam. Kat keliling dewan ni ada skrin yang memaparkan latar belakang yang berubah-ubah demi memberikan suasana yang aman dan berbeza dari tempat lain. Kiranya kita tak nampak la bangunan sebelah. Konon-konon dalam hutan.
Yang ni pulak konon latar belakang bangunan lama-lama. Nampak tu projector hala ke siling pun ada. Supaya nampak 3D kononnya.
Chef Wan tu memang tak senang duduk. Lari-lari ke sana ke mari masa nak bergambar. Tengok tu, tah mana dia pandang

Sangat berbaloi rasanya Jamuan Raya Bersama Chef Wan ni pada harga RM180 setiap orang. Masakan pelbagai dan sedap-sedap belaka. Tempat pun lapang dan tenang. Masa yang diberi pun sesuai saja iaitu dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam. Kami semua kenyang dan gembira! Terima kasihlah kepada penaja kami iaitu GM SNUGroup, Cik Sharifah Nur Ummirah tu. Semoga akan buat lagi contest-contest lain dan ada lebih ramai qualifiers!

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk menyertai kami sebagai perunding takaful di Great Eastern Takaful, boleh lah terus hubungi saya di whatsapp Suri 017-3723344.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes