Kemalangan

Tiada siapa yang dapat menduga bilakah sesuatu kemalangan boleh terjadi. Tetapi semua orang tahu sesuatu kemalangan boleh menyebabkan pelbagai masalah timbul dan adakalanya masalah itu melarat-larat tanpa kesudahan. Apabila kemalangan berlaku, secara langsungnya ada kos yang perlu ditanggung. Contohnya kos merawat luka, kos membaiki kerosakan barang, kos gantirugi kepada pihak ketiga dan sebagainya. Ini bermakna, kita perlu ada sebahagian dana untuk membayar kos-kos yang terlibat secara kecemasan akibat kemalangan. Itu contoh kemalangan kecil saja. Kesan dan kosnya juga kecil. Bagaimana dengan kemalangan besar? Sudah pasti kesan dan kosnya juga besar!

Mari kita bincang situasi ini bersama. Ingatkah anda pada kes kemalangan lori tanker minyak terbakar yang mengorbankan pemandunya? Atas kematian pemandu itu, isteri yang sarat mengandung dan anak-anaknya hilang punca pendapatan dan tempat bergantung sekelip mata tanpa sebarang petanda untuk bersedia. Kesan kemalangan itu cukup besar kepada ahli keluarga pemandu lori tanker itu. Dari segi emosi, sungguh berat untuk isteri dan anak-anak menelan kepahitan kehilangan tonggak keluarga. Anak-anak tiada lagi belaian manja daripada seorang ayah. Tiada lagi tempat untuk meminta itu dan ini. Isteri juga hilang tulang belakang hidupnya. Hilang tempat berkongsi kasih dan cerita suka duka saban hari. Selepas ini isteri perlulah menjalani kehidupan dan membesarkan anak-anak tanpa suami di sisi. Lebih berat lagi kalau-kalau isteri terpaksa bekerja menggantikan tempat suami untuk mencari pendapatan buat diri dan anak-anak.

Demi menyelamatkan keluarga mangsa sekiranya diuji dengan kemalangan, Great Eastern Takaful ada mencipta plan yang berfungsi untuk menggantikan pendapatan yang hilang akibat kemalangan. Plan ini akan menggantikan pendapatan yang hilang akibat kemalangan dalam pelbagai bentuk manfaat (pampasan). Jom saya tunjukkan satu-satu manfaatnya dan bagaimana ia berfungsi :-

 

Pertama : Manfaat Kematian

Manfaat Kematian akan diterima oleh waris yang dinamakan apabila berlakunya kematian akibat kemalangan. Nilai manfaat ini boleh ditentukan sendiri dari serendah RM10,000.

 

Kedua : Manfaat Hilang Upaya Kekal Menyeluruh

Manfaat ini akan diterima oleh diri sendiri sekiranya mengalami hilang upaya kekal dan menyeluruh akibat kemalangan. Nilai manfaat ini juga boleh diperoleh serendah RM10,000

 

Ketiga : Manfaat Kehilangan Anggota Badan atau Kehilangan Upaya Anggota Badan

Manfaat ini akan memberi pampasan atas kehilangan sesuatu anggota badan atau hilangnya upaya anggota badan itu akibat dari kemalangan. Sebagai contoh, jari telunjuk hancur akibat termasuk dalam mesin pemotong kertas. Sebanyak 5% dari jumlah perlindungan akan dibayar atas kehilangan jari itu. Peratusan yang dibayar bergantung kepada kepentingan anggota badan itu seperti jadual berikut :-

 

Keempat : Manfaat Hilang Upaya Sementara dan Penuh

Manfaat ini dibayar atas MC yang diberikan oleh doktor akibat kecederaan sesuatu anggota yang menyebabkan anggota itu tidak boleh digunakan seperti biasa buat sementara waktu. Sebagai contoh, kemalangan motosikal yang menyebabkan kaki kiri patah dan bersimen. Pesakit terpaksa menggunakan topang untuk berjalan. Kaki kiri itu mengalami hilang upaya sementara dan tidak boleh digunakan dalam tempoh kecederaan dan pemulihannya. Dengan itu, hilang upaya sementara kaki kiri itu akan dibayar mengikut tempoh MC yang diberikan oleh doktor.

 

Kelima : Manfaat Hilang Upaya Sementara dan Sebahagian

Manfaat ini sama seperti Manfaat Hilang Upaya Sementara dan Penuh. Tetapi yang membezakan ialah anggota itu telah boleh digunakan tetapi tidak sepenuhnya. Manfaat jenis ini semestinya lebih rendah dari yang atas tu walaupun untuk tempoh MC yang sama.

 

Keenam : Manfaat Berganda Akibat Kematian Kemalangan Dalam Kenderaan Awam atau Tempat Awam

Manfaat ini akan memberi dua kali nilai manfaat kematian sekiranya kematian berlaku ketika berada di dalam kenderaan awam ataupun tempat awam. Sebagai contoh, manfaat kematian akibat kemalangan yang diambil ialah RM200,000. Oleh sebab kematian kemalangan itu berlaku semasa menaiki bas, maka nilai manfaat menjadi RM400,000. Kenderaan awam yang dimaksudkan adalah feri, kapal terbang, bas, keretapi yang mempunyai jadual perjalanan. Lif juga dikira sebagai pengangkutan awam. Tetapi teksi atau bas yang diambil secara “charter” tidak dikira sebagai pengangkutan awam. Tempat awam yang diambilkira pula adalah seperti pawagam dan hotel.

 

Ketujuh : Bayaran Balik Rawatan Akibat Kemalangan

Rawatan yang diterima boleh dituntut sehingga maksimum RM3,000

 

Kelapan : Khairat Kematian Akibat Kemalangan

Manfaat ini memberi khairat kematian tambahan sekiranya kematian itu disebabkan oleh kemalangan. Nilai maksimum yang akan diterima adalah RM5,000 bergantung kepada jumlah perlindungan kemalangan yang diambil.

Begitulah fungsi takaful apabila ditimpa kemalangan. Pelbagai bentuk manfaat akan diterima bergantung kepada kemalangan yang dialami.

 

Dapatkan plan kemalangan komprehensif anda sekarang!

Suri Fitriah – 0173723344

Share This:

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes