Kos Haji Semakin Meningkat : Apa Usaha Anda?

Assalamualaikum semua!

Pada musim Haji yang lepas (2012), Alhamdulillah lebih kurang 28,000 jemaah Haji dari Malaysia telah pun menunaikan Rukun Islam yang kelima itu dengan sempurna. Bagaimana dengan anda? Dah ada perancangan ke belum? Yang dah ada, teruskanlah perancangan tu dan bagi yang belum ada perancangan langsung, meh sama-sama kita tengok, apa yang dapat saya bantu!

makkah

Tahukah anda bahawa kos menunaikan Haji semakin meningkat setiap tahun. Pada musim yang lepas kos menunaikan Haji dengan muhasasah telah pun bernilai lebih RM13 ribu. Walau bagaimanapun, jemaah Haji Muhasasah hanya perlu membayar sebanyak RM9980 sahaja. Selebihnya di tanggung oleh Kerajaan Malaysia.

Kos Haji makin lama makin mahal. Apa yang perlu anda lakukan untuk mengumpulkan dana yang banyak? Pada saya, tiada pilihan lain selain daripada menambahkan amaun simpanan. Dulu simpan RM50 sebulan. Sekarang perlu simpan RM100 sebulan pula! Ada beberapa cara untuk menambah simpanan. Tetapi kali ini saya hanya mahu fokuskan kepada membuat lebih dari 1 tabung untuk simpanan Haji.

Ramai orang menyimpan di Tabung Haji untuk mengumpulkan dana khas bagi tujuan menunaikan Haji di Makkah. Tiada apa yang salah tentang menyimpan di Tabung Haji. Cuma kali ini, saya mahu lengkapkan simpanan anda itu supaya menjadi lebih komprehensif.

Mengapa perlu komprehensif? Yela… Zaman sekarang tak sama macam dulu. Orang dulu-dulu selalu berjaya mengumpulkan dana yang banyak untuk Haji kerana taraf hidup yang rendah. Tak banyak wang perlu dikeluarkan untuk membeli makanan, membayar minyak petrol, membayar bil-bil keperluan, tiada astro, tiada telefon bimbit, tiada shopping mall yang perlu bayar parking, tiada futsal dan lain-lain lagi. Mereka cuma menjalani kehidupan asas yang tidak menelan belanja yang besar.

Berbeza dengan kita di zaman moden ni. Semua nak kena bayar. Banyak perkara yang dahulunya tidak menjadi keperluan, kini telah pun dianggap sebagai keperluan demi mengikuti arus perkembangan dunia semasa. Mahu atau tidak, kita secara tidak langsung terikut-ikut dengan keadaan sekeliling. Orang pasang Astro, kita pun pasang Astro. Orang beli iPad, kita pun nak beli iPad. Sedar atau tidak, ada yang terpaksa menanggung hutang yang banyak demi memenuhi impian masing-masing.

Namun begitu, tidak ramai pula yang ingin moden dalam menyimpan wang untuk Haji. Sudahlah tabungan di mulakan oleh ibu bapa. Nak sambung pun liat. Bertangguh-tangguh dengan harapan tunggu la dapat duit mana-mana, baru pergi Haji. Ada pula yang mengatakan “saya tak mampu” sedangkan memiliki segala gajet terbaru di pasaran.

Jadi, bagi yang dah mulakan menyimpan untuk Haji, teruskan usaha anda. Tambah lagi 1 tabungan anda. Manakala yang belum pun menyimpan, mulakanlah sekarang. Pada saya sangat molek jika anda menyediakan 1 tabung di Tabung Haji dan 1 lagi bersama i-Great Amal. Apabila kedua-dua tabung diisi selari, maka wang terkumpulnya pastilah berganda!

Sebagai contoh, anda telah menyimpan RM 50 di Tabung Haji selama 2 tahun. Maka anda telah mengumpul sebanyak RM1200. Teruskan tabungan ini dan nikmati dividen yang diberikan. Tetapi sekarang, buka lagi 1 tabungan di i-Great Amal dengan simpanan yang sama RM 50 sebulan dan teruskan simpanan ini hingga 20 tahun. Di akhirnya nanti, anda akan memperoleh RM13200 + hibah dari Tabung Haji dan lebih kurang RM12000 dari i-Great Amal berserta wang saku untuk menunaikan Haji. Di sepanjang tempoh menyimpan itu pula anda dilindungi takaful dan memperoleh 1 bahagian korban dari i-Great Amal. Perlindungan takaful ini membolehkan Badal Haji ditunaikan secara automatik untuk anda sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal dalam tempoh simpanan. Bukankah kaedah ini lebih sempurna dan menggembirakan?

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Related Post