Hai & Assalamualaikum Semua,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya saya telah pun secara rasminya bergelar Agency Manager pada Tahun 2017 ini! Demi mempastikan bahawa setiap Agency Manager yg baru dapat mengetahui dan mampu menjalankan tugas sebagai Leader dengan sempurna, Great Eastern menganjurkan satu siri kursus kepimpinan yg dikenali sebagai Professional Leadership Series Y1 (PLS Y1). PLS Y1 wajib disertai oleh semua Newly Promoted Agency Manager pada tahun pertama kenaikan pangkat. PLS Y1 ini berlangsung selama 3 Hari 2 Malam di ABC Camp, Janda Baik. Kalau dah namanya camp, anda pun boleh faham la macam mana keadaannya kan? Ini bukan vacation! Ini ujian fasa peralihan dari zon kebiasaaan sebagai agen untuk berganjak ke zon pengurus agensi. Memang sengaja tak diberi selesa!

IMG_4489
Sebahagian dari peserta PLS Y1 17-19 Februari 2017

Dalam kursus bersiri ini segala pengetahuan, keperluan, kemahiran dan teknik dalam mengendalikan agensi dan para agen akan dikongsikan oleh Trainers dan juga para peserta. Siri ini dimulakan dengan pengenalannya yg menitikberatkan soal perancangan agensi. Ada 6 lagi modul yg akan menyusul dan siri ini juga dilengkapkan dengan sesi coaching secara berkala hingga bulan Julai. Banyak Latihan Dalam Kumpulan dalam siri kursus kepimpinan ini.

Ini team saya dalam PLS Y1. Kami menggelarkan diri kami CLA
Ini team saya dalam PLS Y1. Kami menggelarkan diri kami CLA. Saya, Teng, BC, Choo, Dr Nasa, Padma & Fiza
Ini kumpulan dah dicampur-adukkan
Ini kumpulan dah dicampur-adukkan
Stretching hari pertama sebelum jogging secara individu
Stretching hari pertama sebelum jogging secara individu
Jogging berkumpulan hari kedua
Jogging berkumpulan hari kedua
Berkongsi tentang aktiviti jogging berkumpulan yg memberi byk pengajaran dan tips
Berkongsi tentang aktiviti jogging berkumpulan yg memberi byk pengajaran dan tips
IMG_4501
Tinggal dalam dormitri saja. Siap dok katil atas! Mengimbau zaman form 1 dulu di KUSESS
Kamilah 3 Agency Manager dari SNUTeam
Kamilah 3 Agency Manager dari SNUTeam

Persediaan rapi dan perancangan yg teliti memang benar-benar penting dalam perjalanan membentuk agensi. Permainannya juga sudah berbeza dengan cara permainan sebagai agen. Saya suka sangatlah nak ajak dan beritahu anda semua bahawa kerjaya dalam takaful bukan kerjaya picisan. Kerjaya ini benar-benar menguji dan menggilap potensi diri yg ada dalam diri kita. Jika anda tidak berasa puas dalam kehidupan, marilah ceburkan diri dalam bidang takaful. Anda tidak akan menyesal!

Sertai saya dan rakan takaful yg lain. Call Suri Fitriah 017-3723344.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes