Pada 4 hingga 7 April yang lepas, saya dan beberapa rakan dari Zest telah pun menghadiri Basic Agency Management Course (BAMC) di Menara Great Eastern. Kursus ini adalah kursus wajib yang mesti dihadiri oleh sesiapa yang akan mengupgradekan dirinya dari status Agent kepada Agency Manager. Kursus ini adalah salah satu syarat wajib yang telah digariskan oleh The Malaysian Insurance Institute (MII) demi mengawal kualiti Agency Manager yang bakal dilahirkan. Jelas di sini bahawa, kerjaya dalam bidang takaful/insurans adalah kerjaya professional yang hanya boleh dilakukan oleh orang berkelayakan sahaja. Hentikanlah pandangan negatif terhadap kerjaya sebagai agen takaful ini kononnya hanya untuk orang yang tiada kelulusan tinggi. Sebab itu jadi agen saja. Pandangan ini sudah lama ketinggalan sebenarnya 🙂

Trainer kami namanya Raymond. Fasih berbahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin. Banyak buat lawak jugak. Hehehe…
Kursus ini belum sempurna lagi kerana kami semua perlu menduduki peperiksaan akhir pada 11 Jun 2016. Markah dari kelas ini sahaja seperti markah kehadiran, penyertaan, homework, teamwork cuma menyumbang 30% dari markah keseluruhan. Baki 70% lagi adalah dari peperiksaan akhir. Maka kami kenalah berusaha sedaya upaya di final exam nanti sebab markah lulus kesuluruhan kursus ini adalah 60 markah! Doakan kejayaan kami dalam syarat wajib nak jadi Agency Manager ni.
Bagi sesiapa yang baru tahu bahawa kerjaya sebagai agen ini sungguh bermasa depan yg cerah, silalah hubungi saya, Suri Fitriah 017-3723344 untuk mendapatkan penerangan lanjut. Kalau segan nak call, tinggalkan maklumat diri di sini dan saya akan call anda! Jom bersama-sama memartabatkan industri takaful di Malaysia ini!