Assalamualaikum & Hai Semua,

Tahukah anda bahawa setiap ahli yang menyertai team saya (Suri Smart Partnership-SSP) akan diberi latihan dan bimbingan khusus daripada saya mengikut level dan keperluan seseorang agen itu. Saya tidak akan membiarkan atau meninggalkan anda terkontang-kanting sendirian dalam industri takaful ini. Setiap perkara yang perlu anda pelajari dan kuasai, akan saya curahkan dari semasa ke semasa agar anda berjaya menjadi seorang Agen Takaful yang berdaya maju dalam lapangan nanti.

Pada 23 Julai yang lalu, satu sesi intensif telah saya adakan khas untuk agen-agen di bawah SSP. Sesi pagi dihadiri oleh Naja, Dinn dan Fandi. Sesi pagi kita buat kelas di Zest Office.

Bimbingan Intensif ini sebenarnya dibahagikan kepada 5 segmen iaitu :-

  1. Tak Kenal Maka Tak Cinta
  2. Cinta Production
  3. Sayang Clients
  4. Kasih i-GreatPartner
  5. Rindu Aktiviti

Kalau nak tahu apa isi kandungan segmen-segmen ini, kena lah join saya sebagai ahli SSP! 😛

Call Suri Fitriah 017-3723344

IMG_2077

Ahli SSP yang komited datang kelas pagi Sabtu. Semua semangat nak tingkatkan kemahiran diri!

IMG_2083

Segenap aspek telah disentuh termasuklah penggunaan Portal Agen Great Eastern Takaful yang dinamakan sebagai i-GreatPartner

Sesi pagi turut mendapat dokongan hebart daripada Agency Manager Ira yg turut memberi input mengenai "Grand Opening"

Sesi pagi turut mendapat dokongan hebart daripada Agency Manager Ira yg turut memberi input mengenai “Grand Opening”

Oleh kerana tidak semua ahli SSP berkelapangan pada sesi pagi, maka saya juga membuka latihan untuk sesi malam di rumah saya. Sesi malam dihadiri oleh Syaiful sahaja memandangkan Miza terpaksa mengutamakan keluarganya sempena sambutan Hari Lahirnya yang Ke-30 pada hari itu.

Banyak bahan yang dibawa oleh Syaiful untuk pengukuhannya

Banyak bahan yang dibawa oleh Syaiful untuk pengukuhannya

Sesi latihan seperti ini akan sentiasa diadakan mengikut permintaan dan keperluan. Selain dari sesi khas SSP, semua agen juga sebenarnya diperkasakan dengan latihan dan bimbingan dari pihak agensi mahupun Great Eastern Takaful sendiri.

Anda pastinya dilatih dari tidak tahu apa-apa kepada tahu semuanya. Bakat anda semestinya digilap sedikit demi sedikit sehinggalah anda menjadi Agen Takaful yang unggul dan kompeten.

Untuk menyertai saya sebagai Agen Takaful, boleh terus hubungi saya Suri Fitriah di talian 017-3723344 sekarang!

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *