Alasan-alasan Tak Mahu Ambil Takaful…

Cuba anda tonton video ni. Ramai tak orang sekeliling, orang terdekat atau diri anda sendiri ada rasa yang sama? Tak dinafikan selama saya menyebarkan takaful sebagai perundingnya, memang ada yang bersikap seperti dalam video. Bagi saya, orang-orang ini cuma belum nampak bagaimanakah takaful ini berfungsi. Yang selalu ramai orang nampak adalah, wang caruman dikorbankan saban bulan malah tahun.

Jadi saya rasa nak tunjukkan sedikit, macam mana takaful ni berfungsi sebenarnya… Kata orang, takaful ni untuk menolong. Yeke?

Yelah… Macam mana takaful menolong tu?

Senario 1

Seorang kanak-kanak terkena jangkitan kuman di paru-paru. Ibubapa panik bila anak demam tak kebah-kebah dan kerap bernafas laju. Keletah keriangan pun dah tak kelihatan. Anak yang biasanya aktif, nampak lemah sahaja. Risau kan? Risau kan?

Ibubapa pun bawa pergi hospital swasta untuk mendapatkan rawatan untuk anak. Pilih hospital swasta sebab mahukan lebih keselesaan dan kepantasan katanya. Lepas doktor check, rupanya pneumonia. Maka kena masuk wad untuk rawatan susulan dan pemantauan selama beberapa hari.

Selepas 5 hari di wad, akhirnya dibenarkan pulang ke rumah. Pergi kaunter untuk buat pembayaran. Wah!!! Hampir RM6 ribu bil hospital si anak. Dengan rela hati, bapa pun bayar sajalah bil tu demi anak.

Tahukah anda, jika anak tadi ada medical card, kos RM6 ribu itu tidak perlu dikeluarkan oleh si bapa. Medical Card akan tanggung! Begitulah cara takaful menolong orang yang ditimpa musibah sakit dan memerlukan rawatan di hospital.

 

Senario 2

Seorang bapa yang bekerja sebagai tukang tebar roti canai dengan gaji harian, kemalangan patah kaki akibat terjatuh ketika memanjat pokok rambutan. Kaki bapa tadi terpaksa disimen dan beliau tidak boleh berdiri dan berjalan seperti biasa. Akibat hilang upaya sementara begitu, maka beliau diberi MC selama 3 bulan untuk memulihkan kakinya yang patah. Selama 3 bulan itu jugalah beliau tidak dapat bekerja menebar roti canai sekaligus menghilangkan punca pendapatan hariannya. Walaupun tiada pendapatan, perbelanjaan harian keluarganya tetap diperlukan seperti biasa. Akhirnya beliau terpaksa menggunakan saki-baki wang simpanan dan mengharap belas ehsan sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan buat sementara waktu.

Dengan adanya takaful, bapa ini boleh membuat claim ke atas MC akibat kemalangannya itu. Beliau dapat menggantikan semula wang simpanan yang telah digunakan terlebih dahulu. Nampak tak? Bapa ini tidak akan kehilangan wang simpanannya hanya kerana beliau ada takaful yang mampu menampung kebocoran wang itu.

 

Senario 3

Seorang bapa bekerja sebagai ahli bomba & penyelamat. Terkorban dalam misi mencari dan menyelamat. Beliau meninggalkan seorang balu dan seorang anak. Isterinya merupakan suri rumah sepenuh masa dan menjual kuih-muih secara kecil-kecilan. Apabila bapa ini telah kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya, maka tiadalah lagi orang yang akan membawa pulang gaji bulanan ke rumah keluarga ini. Duit sewa rumah juga tiadalah lagi siapa akan membayarnya. Akibat kesempitan kewangan, balu tadi terpaksa mencari kerja untuk menampung keperluan keluarga.

Takaful dapat membantu dalam situasi ini dengan memberi pampasan berupa duit tunai yang paling mudah dicairkan dan paling cepat diuruskan. Dengan syarat, bapa tadi sudah mencarum semasa hayatnya.

 

Senario 4

Seorang wanita berkerjaya disahkan mengidap kanser payudara pada usia 45 tahun. Akibat kerap cuti menjalani rawatan kanser, beliau berhenti kerja. Maka tiadalah lagi rawatan percuma yang disediakan oleh majikan. Terpaksalah wanita ini menggunakan wang sendiri untuk menjalani rawatan kimoterapinya yang bernilai RM10,500 bagi setiap cycle. Mujurlah beliau ada takaful. Dapatlah kos itu ditanggung oleh medical cardnya. Walaupun mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang mana beliau perlu membayar dahulu kos itu, wang beliau tetap dapat dikembalikan.

Beliau juga lebih mudah membuat pembayaran sendiri kerana manfaat penyakit kritikal dari takaful yang dimiliki menyebabkan beliau mendapat wang pampasan sekaligus pada jumlah yang besar. Wang itu bolehlah beliau gunakan untuk meneruskan kehidupan selepas berhenti kerja dan boleh pula dijadikan wang pendahuluan rawatan kimoterapi di hospital kerajaan pilihan beliau.

 

Senario 5

Seorang anak muda berusia 26 tahun maut dalam kemalangan motosikal sewaktu pulang dari bekerja. Motosikal yang dinaikinya itu masih hutang di kedai. Mujurlah beliau mengambil takaful sewaktu awal-awal bekerja lagi. Dari pampasan takaful yang diwariskan kepada ibunya, dapatlah ibunya menyelesaikan hutang motor itu sebanyak RM11,000 di kedai. Sebahagian wang takaful itu digunakan oleh ibunya untuk didepositkan di Tabung Haji agar keuntungan tahunan yang diperoleh boleh digunakan untuk menyara kehidupan keluarganya. Selebihnya pula diwakafkan ke masjid berhampiran rumah mereka untuk kegunaan orang ramai.

Selain menyelesaikan masalah hutang sendiri, wang takaful boleh membantu ahli keluarga yang masih hidup untuk terus hidup ceria dan juga dijadikan bekalan pahala berterusan melalui wakaf.

 

Banyak lagi senario lain yang boleh dijadikan contoh. Tetapi cukuplah sekadar 5 itu sahaja sebagai panduan. Memang takaful untuk menolong. Cepat dapatkan takaful untuk diri dan keluarga anda. Jadikanlah bangsa kita, bangsa yang bertindak dengan akal dan hati yang baik. Demi kepentingan umat.

Hubungi saya untuk dapatkan plan takaful yang sesuai untuk anda. Ada banyak dan macam-macam fungsi!

wasap.my/60173723344

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *