2-3 bulan yg lepas, banyak kisah kita dengar pasal kegagalan program-program emas. Bukan 1 atau 2 program sahaja yg gagal tapi banyak lagi. Banyak faktor yg menyebabkan kegagalan program-program tersebut. Semua pihak ada kesilapan masing-masing. Yg buat program ada silap sendiri. Yg menyertai program apatah lagi.

chokingSaya tahu, ramai sangat yg baru mula nak join dunia emas ni. Tak cukup kaji tak cukup study terus kelabu mata masuk program-program yg ditawarkan. Yelah sapa tak nak, letak saja modal lepas tu terima habuan secara bulanan atau berkala seperti yg ditetapkan. Bukankah itu jalan singkat untuk tambah income bulanan katanya? Tapi sangat kurang yg betul-betul fahamkan bagaimana program itu dilakukan, dari mana logiknya dan apa yg berlaku.

Bila bagi modal sikit, dapat la sikit habuan. So mula la rasa nak tambah modal. Ada yg terus buat personal loan sampai 50 ribu ke 100 ribu. Nak buat personal loan ke, ah long ke, pinjam atuk ke, kita tak kisah lah. Asalkan mampu membayar semula. Mula-mula memang rasa boleh bayar sebab dapat habuan bulanan tu. Tapi, bila program dah sangkut, gaji ntah ke mana instalment personal loan pun sangkut!!! Masa ni mula la tak senang duduk tak tidur malam jadinya.

Tiap bulan, terima SMS dan call daripada bank. Asyik-asyik mintak tangguh beberapa hari. Bank pun muak nak dengar. Ni masa masih hidup pun huru-hara keluarga dibuatnya. Manakan tidak. Belanja sekolah anak kena catu, instalment loan rumah, loan kereta yg sedia ada pun kadang-kadang lompat sebab nak cover personal loan baru. “Saya tak sanggup org menagih hutang pada keluarga saya nanti!”, sambil teresak-esak dok cakap gitu je. Kesian… Kesian… Sedih pun ye jugak.

Ada yg tak henti-henti menyesal atas ketamakan diri sendiri. Ada yg rasa dunia gelap terus. Ada yg asyik fikir apa nasib keluarga kalau hidup terus diburu hutang. Janganlah terus bersedih. Masalah takkan dapat diselasaikan pun. Ada baiknya bangkit semula dan cari jalan untuk selesaikan hutang tu. Buatlah kerja-kerja sampingan. Jual nasi lemak ke, jual shaklee ke, jual nur qaseh gold ke, jadi agen Great Eastern Takaful ke. Buatlah apa saja yg mendatangkan kewangan demi nak cover hutang tu.

Lagi bagus kalau siap-siap coverkan hutang tu dengan takaful/insurans. Kalau meninggal, terus company insurans atau pengendali takaful bayarkan semua hutang tu. Takyah pening-peningkan ahli keluarga. Kita buat hutang, menyusahkan dorang pulak kan. Cover hutang anda sebelum anda dicover dengan kain kafan!

Bukan hutang emas je. Semua hutang pun kita kena cover patutnya. Kalau tak faham macam mana nak cover hutang sebelum mati, boleh lah contact saya Suri Fitriah 017-3723344 | surifitriah@gmail.com.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes