Assalamualaikum & Hai semua!
Kali ni saya nak kongsi pasal manfaat hospital atau elaun hospital atau bahasa mudahnya duit yang dibayar apabila anda masuk wad. Di Great Eastern Takaful, ia dikenali sebagai i-Hospitalization Benefit. Minimum kita boleh ambil RM50 dan maksimum RM500 untuk setiap satu malam kita tinggal di wad. Macam OK la jugak kan, masuk wad dapat sikit saguhati. 🙂
Ada juga beberapa klien saya yang dah pun menerima manfaat ni. Nak dapatkan pun tidaklah sesukar mana. Sebab kalau anda dimasukkan ke wad Hospital Panel Great Eastern Takaful, secara automatik, bayaran ini akan dibuat sebaik sahaja anda discaj. Dalam masa lebih kurang 2 minggu, cheque akan ready dan boleh dituntut oleh agen untuk disampaikan kepada anda. Tak perlu pun isi-isi borang atau hantar-hantar dokumen. Tapi, kalau anda masuk wad di hospital bukan panel GET, ada la borang nak kena isi dan dokumen sokongan nak kena hantar. Namun begitu, jangan risau. Agen kan ada…
Haa…. nampak tak? Berapa kali masuk pun kita akan tetap dibayar ikut kelayakan.
Sape yang tak faham atau masih takut pasal insurans/takaful, meh jumpa saya. Saya boleh citerkan semua.
So helpful….looking forward to returning.