Medical Card sudah seakan menjadi perkara wajib yg patut dimiliki oleh semua orang. Seseorang itu akan kelihatan pelik jika sekerasnya menolak Medical Card. Apa yg menyebabkan Medical Card ini terlalu diminati ramai? Jom tengok apa sebab semua orang perlu ada Medical Card :-

  1. Kos perubatan dan rawatan adalah sangat2 tinggi di Malaysia dan seluruh dunia pun. Medical Card akan menyebabkan pesakit tidak perlu menanggung keseluruhan kos rawatan yg mahal tu.
  2. Boleh digunakan di hospital swasta. Jadi, boleh menjadi alternatif untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta jika hospital kerajaan sudah terlalu sesak atau jauh dari rumah.
  3. Boleh mendapatkan rawatan segera di hospital swasta terutamanya pembedahan sekiranya giliran menunggu di hospital kerajaan adalah terlalu lama sampai berbulan atau bertahun.

Perkara yang paling utama di atas ialah dari segi kos dan masa. Adakah anda sanggup mengeluarkan segala wang yg ada hanya untuk membayar kos rawatan yg mahal atau menunggu giliran yg terlalu panjang demi mengubati sakit yg anda hidapi? Jika anda sanggup, anda tak perlukan Medical Card ini. Tetapi, jika anda tak sanggup membayar mahal dan menunggu lama, segera call saya untuk dapatkan Medical Card terbaik dari Great Eastern Takaful.

Bila masuk hospital, ada beberapa kaedah orang nak langsaikan bil :-

  1. Bayar guna cash di tangan – Wang yg dibawa hangus digunakan di hospital itu saja
  2. Bayar guna credit card – Bayar semula semua jumlah yg digunakan secara penuh atau sedikit2 yg mana pasti dikenakan interest. Kalau guna sampai habis limit, terpaksa topup guna duit sendiri dan sengsara bayar ansurans kredit card
  3. Bayar guna ATM card – Wang yg digunakan hangus. Kalau tak cukup, kena topup dgn cara lain pula.

Tapi orang yang ada Medical Card, tak perlu gunakan sumber di atas untuk membiayai bil hospitalnya. Medical Card akan mengambil fungsi sebagai Debit Card. Ini kerana Medical Card datang dengan “isi” dalam kad itu sendiri. Jika digunakan, “isi” itu akan berkurang.

Berikut dikongsikan perkara-perkara yg perlu dititikberatkan semasa mengambil Medical Card :-

Had Tahunan

  • Biarlah had tahunan ini tinggi supaya kita tidak perlu menambah wang sendiri jika had ini dilepasi. Lebih RM100,000 setahun boleh dianggap baik buat masa ini.

Had Seumur Hidup

  • Juga pilihlah yg tinggi supaya tidak perlu menambah wang sendiri apabila had dilepasi.

Harga

  • Bandingkan harga terhadap coverage yg diberi. Apa gunanya ambil yg murah tetapi banyak kekurangan dan banyak coverage yg tiada.

Pengecualian Caruman

  • Apa gunanya ada Medical Card tetapi masih perlu terus membayar walaupun telah didiagnos mengidap sakit kritikal atau lumpuh kekal. Bukankah lebih bermakna dan amat membantu jika caruman Medical Card tidak perlu dibayar lagi.

Tempoh Sahlaku

  • Lebih lama lebih baik kerana kita tak tahu kita akan hidup sampai bila. Purata jangka hayat buat masa ini ialah 75 tahun utk lelaki dan 78 tahun utk wanita

Co-takaful

  • Pilihlah co-takaful terendah supaya tidak merasa beban sewaktu membayar apabila discharge

Tempoh Menunggu

  • Lebih pendek tempoh menunggu adalah lebih baik kerana lebih cepat kita boleh menggunakan Medical Card

Had hari

  • Lebih panjang lebih bagus kerana kita tidak tahu berapa kerap kita akan sakit dan berapa lama kita akan tinggal di hospital

 

Memang ada banyak jenis Medical Card diluar sana. Pilihlah dari agen yg berintergriti, berpengalaman dan dipercayai kerana banyak urusan yg perlu dilakukan terutamanya ketika membuat tuntutan. Di Great Eastern Takaful, anda akan menikmati banyak hadiah tambahan sebagai pemegang Medical Card kami :-

  1. Pampasan Kematian Akibat Kemalangan secara ikhsan tanpa tambahan caruman
  2. Perkhidmatan towing servis percuma atau bantuan kecemasan untuk kereta anda
  3. Supreme Assist – Perkhidmatan aturan di luar negara

Secara amnya, anda sudah pun mendapat perlindungan tambahan yg menyeluruh untuk kemudahan keluarga anda kelak!

Hubungi saya untuk mendapatkan Medical Card Great Estern Takaful! Suri Fitriah – 0173723344

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes