Mendaki 3 Puncak Dalam 1 Hari – Broga, Tok Wan, 18

Pada Ahad lepas 15/3/2020, saya dan Ira telah berjaya menawan 3 puncak bukit dan gunung yang terkenal di Semenyih. Apalagi kalau bukan Bukit Broga! Pendakian kami diteruskan ke Gunung Tok Wan dan Puncak 18. Kami pergi dalam kumpulan seramai 14 orang yang dipandu oleh seorang Guide yang dikenali sebagai Abang Red dan seorang sweeper yang dikenali sebagai Kak Ina. Pada hari itu, kumpulan kami mengenakan pakaian berwarna merah jambu.

Pergi mana jalan gelap-gelap ni ha…

Kami berkumpul di Parking Bukit Broga pada jam 5.15 pagi dan diberi taklimat dan suaikenal. Tepat jam 5.45 pagi, perjalanan ke Bukit Broga bermula. Masih gelap lagi, jadi hanya harapkan headlamp saja untuk bergerak ke hadapan. Jalan-jalan sampai lah ke 1st View Point Bukit Broga. Kami ambil masa dalam 40 minit untuk sampai ke sini. Saya agak penat, maka saya terus saja baring pada batu dan menikmati permandangan bulan dan bintang yang cantik di langit. Kami solat Subuh dan bersarapan di sini sehingga matahari terbit dan menyinsing.

Inilah bulan dan bintang yang saya nampak bila baring atas batu sebab penat
Nampak berjaya kan?
Berjayalah sampai 1st View Point… Hehe Cuma 880 ft je
Foto-foto kegemaran hikers
Wanita-wanita gagah

Setelah puas bergambar, kami mulakan perjalanan ke 2nd View Point. Dari 1st ke 2nd point, memang boleh nampak macam-macam laluan yang ada untuk sampai ke puncak. Nampak macam tanaman padi bertingkat-tingkat pun ya juga. Saya tiada gambar di 2nd View Point. Tak mengapalah. Pendakian kami disambung saja dari 2nd View Point terus ke 3rd View Point. 3rd View Point ini merupakan Puncak Bukit Broga yang berketinggian 400 meter dari paras laut. Yeayyy!!! Dah tawan Bukit Broga! Kami tak lama di sini sebab nak teruskan perjalanan ke puncak Gunung Tok Wan.

Gambar kat lalang dan tanah liat ni memang tahu la ni Broga kan…
Rasa macam cerita orang putih dulu-dulu yang naik-naik gunung nak jumpa raja
Kena panjat celah-celah batu juga nak naikkan diri tu…
Dah sampai puncak Bukit Broga

Lebih kurang jam 8.45 pagi kami terus masuk ke trailhead Gunung Tok Wan. Wah berbeza sungguh laluannya. Di Bukit Broga laluannya semua berupa tanah liat yang berdebu. Tapi ke Gunung Tok Wan laluannya memang tanah hutan. Laluan ke Gunung Tok Wan mula-mula memang landai sahaja. Tetapi ada beberapa pendakian pacak juga. Kemudian landai semula. Kemudian turun kemudian naik beberapa kali. Penat jugalah kiranya nak mendaki ke Gunung Tok Wan ni. Banyak kali juga saya terpaksa berhenti menstabilkan degupan jantung saya ni. Hehehe… Akhirnya dalam jam 11.15 pagi, sampailah saya ke puncak Gunung Tok Wan. Memang tak buat apa dah. Saya terus baring dan tidur! Pewai wehhh… 2 jam setengah untuk ke puncak. Puncak Gunung Tok Wan berketinggian 675 meter dari paras laut.

Masa yang dipapar tu untuk hikers kental rasanya… Kita yang newbie ni tambah lagi sejam. Haha
Kesian sweeper melayan saya yang asyik penat. Haha
Sampai terjelir-jelir lidah menahan penat
Dah penat sangat, sampai nak duduk
Sampai je puncak terus baring nak tidur. i dont care!
Ni dah siap makan dan rehat ni

Hampir jam 12 tengahari saya pun bangun dari tidur dan makan. Sweeper kami Kak Ina dah sedia masak-masak nugget, cucur udang dan mi segera. Saya memang ada bawa makanan sendiri. Jadi saya makan saja wrap ayam yang saya dah bawa dari rumah. Lepas tu mestilah kita tak lepaskan peluang makan buah naga yang di bawa seorang sebiji sejak dari bawah. Rasanya memang enak kalau orang dah tolong kupas dan potongkan…. Hehehe

Makan-makan dulu sebelum sambung ke Puncak 18
Memang bukan saya sorang je pewai…. Ramai je lagi yang rehat-rehat jugak bila sampai puncak Tok Wan ni.

Selesai makan, saya pun sambung lagi berehat bawah pokok pulak. Sebenarnya lepas Gunung Tok Wan, ada 1 lagi puncak yang patut kami tawan. Iaitu Puncak 18. Yang ini, saya tak ikut. Saya ambil keputusan untuk berehat saja di Gunung Tok Wan ni sambil menemani seorang lagi peserta yang pewai. Jam 1 petang, semua yang lain dah mulakan perjalanan ke Puncak 18 kecuali saya dan Adik. Adik memang tidur sejak tadi. Saya pula baru nak sambung tidur. Tidur punya tidur akhirnya terjaga dalam jam 2.15 petang. Oh, tak balik lagi kawan-kawan ni semua. Tapi saya dah tak boleh tidur lagi. Maka saya pun duduk saja kat bangku yang ada. Tak lama lepas tu jam 2.30 petang saya dengar ada tapak kaki semakin hampir. Haaaaa… Itulah dia Kak Mis dah sampai. Lepas tu sampailah seorang demi seorang semua ahli kumpulan yang mendaki ke Puncak 18.

Saya memang banyak tidur dalam perjalanan ke puncak Tok Wan. Dah sampai pun lagilah tidur
Ni mereka di Puncak 18

Kemas-kemas barang. Hampir jam 3 petang kami mulakan semula perjalanan untuk turun dari Gunung Tok Wan. Perjalanan baik-baik sahaja sehinggalah kami tiba semula di puncak Bukit Broga lebih kurang jam 4.45 petang. Naik 2 jam setengah. Turun 1 jam 45 minit. Sesi penggambaran pun bermulalah untuk Puncak Bukit Broga sebab kami tak buat masa pergi tadi. Masa balik barulah buat. Senang. Dah takde orang. Memang kami je yang ada kat situ waktu tu. Agak lama juga berhenti di 3rd View Point Bukit Broga ni.

Ni sebelum bergerak turun ke Broga
Ni dekat sangat dengan punca air
Tidur lagi tu sementara tunggu kawan-kawan
Ni di Puncak Bukit Broga sebelah petang

Dalam jam 5.20 petang saya dan Ira mulakan perjalanan turun dari Bukit Broga. Kami turun terus ke 1st View Point. Tak singgah 2nd View Point. Rasa lapar pulak. Saya pun makan lah wrap saya masih ada 1 lagi. Tunggu kawan-kawan yang lain. Agak-agak jam 6.20 petang, kami teruskan perjalanan balik ke parking. Tepat jam 7 malam, kami sampai semula ke kereta kami! Yeeaayyyy, Alhamdulillah selesai semua aktiviti ini dengan jaya dan selamat!

Disebabkan semua perkhidmatan sampingan di parking Bukit Broga ni dah tutup, kami ambil keputusan memandu pulang terus. Singgah sebentar di stesen petrol untuk ke tandas dan membeli air. Rasa sangat seronok dan gembira dengan aktiviti hari ini walaupun letihnya hanya Tuhan yang mengetahui.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes