Meneroka Bukit Gasing, Petaling Jaya

Hai & Assalamualaikum semua!

Kali ni nak cerita pasal pengalaman meneroka ke dalam Bukit Gasing yang terletak di Petaling Jaya. Ini adalah kali pertama saya dan kawan-kawan memasukkan diri ke dalam Bukit Gasing ini. Bukit Gasing cuma berketinggian lebih kurang 160 meter dari aras laut. Maknanya bukit ni memang amat-amat rendah. Sebab itu ia sesuai didaki oleh sesiapa sahaja tak kira usia dan tahap kecergasan. Kalau tak larat sangat pun, pasti masih boleh habiskan pendakian sebab bukitnya sangat rendah.

Bukit Gasing ada banyak trailhead (entrance). Saya pilih yang dari Pantai Hillpark sebab ruang parking takkan menjadi masalah. Saya adalah sejenis pembenci mencari parking atau tak reti parking selit-selit. Maka tempat yang ada parking tak payah berebut, pastilah menjadi pilihan utama saya!

Kalau first time ke Bukit Gasing ni, mungkin ada yang rasa pelik sebab nak jumpa trailhead kena lalui kawasan rumah hi-rise yang banyak. Mungkin ada yang tak percaya, betul ke ada hutan celah-celah rumah ni. YA! Memang kena melalui kawasan hi-rise ni sehingga nampak Dewan Komuniti Pantai Dalam. Berhadapan dengan Dewan Komuniti Pantai Dalam tu lah akan nampak tangga simen warna putih. Situlah trailheadnya.

Mula-mula masuk nanti nampak gini

Masuk saja dalam trailhead tu terus nampak hutan dah. Jalan saja sampai jumpa bangku batu. Di bangku batu ni, kalau nak cepat jumpa jambatan gantung (kecil), ikutlah kanan. Kalau kiri tu hala nak ke jambatan besi (besar). Kami pilih nak ke jambatan gantung dulu.

Ikut je denai tu sampai lah jumpa jambatan gantung. Tak berapa jauh. Dan laluan kebanyakannya berbentuk tangga. Maka tidak sukar untuk menapak. Kita akan meneruni bukit sikit untuk sampai ke jambatan gantung.

Turun ke jambatan gantung
Dah sampai jambatan gantung

Selepas jambatan gantung, kita akan menuruni bukit lagi sehinggalah mencecah laluan sungai yang airnya dah tiada pun. Selepas itu, barulah kita mendaki semula setinggi-tingginya untuk sampai ke puncak. Pendakian ini kita panjat tangga saja sebenarnya. Tapi memang banyak anak tangga dan agak tinggi. Sebab itu tangga ini dikenali sebagai Tangga Penyesalan di kalangan hikers. Kalau daki berterusan memang agak mencabar keupayaan jantung untuk mengepam oksigen. Kalau penat, berhenti lah dulu ambil nafas. Peluh tak payah cakap lah. Memang basah habis baju. Muka pun lenjun peluh masin menitik-nitik masuk mata. Pedih! Haha

Turun sampai bawah tu… Lepas tu naik balik ke atas.
Selfie sikit muka berpeluh kat tengah-tengah tangga penyesalan tu

Selepas berhenti beberapa kali, akhirnya kita akan sampai di Puncak Bukit Gasing. Tapi puncak ni bukanlah yang menghidangkan view cantik, awan carpet dan sebagainya. Ia sekadar titik tertinggi di Bukit Gasing ini. Laluan turun pula sangat relax. Macam trekking sahaja. Kita jalan-jalan saja dan nanti akan sampai semula di bangku yang kita jumpa awal tadi. Total masa dalam 40 minit saja termasuk rehat ambil nafas. Dari sini boleh fikir, nak balik atau nak sambung ke attraction lain dalam Bukit Gasing ni.

Dah sampai puncak
Tu gaya orang dah sampai puncak

Kami sambung ke jambatan besi pula. Laluan ke jambatan besi lebih jauh dari jambatan gantung dan ada lebih banyak pilihan laluan. Kami ikut saja laluan berkayu dan akhirnya sampai ke tapak perkhemahan. Kat situ ada sungai kecil. Boleh mandi sape yang nak.

Ni tengah pilih jalan mana nak ke jambatan besi. Maklumlah banyak sangat laluan.
Kita pilih ikut jalan kayu ni.
Sungai yang amat comel. Haha

Bergerak ke atas sikit dah boleh nampak jambatan besi. Cantik jambatannya. Nak balik semula ke Pantai Hillpark, kami lalui jalan yang berbeza dari jalan yang kami datang tadi. Kami pilih laluan yang ada abandoned house tu. Selepas abandoned house, kami mendaki sikit untuk sampai semula ke bangku batu tadi. Pendakian tu agak mencabar jugalah walaupun sedikit. Kami tidak bercadang meneruskan perjalanan lagi pada hari itu. Maka kami tidaklah sampai ke menara tinjau. Mungkin pergi hari lain pula lah.

Pejam mata pun boleh sampai

Ni lah rupa jambatan besi tu
Jalan balik bersimen
Ni abandoned house pertama. Atas lagi ada lagi satu.

Bukit Gasing memang ada banyak jalan. Jadi kalau ada peta, lebih memudahkan kita mengatur perjalanan. Bawah ni peta Bukit Gasing berserta jarak dan bentuk perjalanan. Bukit Gasing ini sesuai untuk beriadah seisi keluarga. Kalau nak ambil angin bolehlah berkunjung ke sini. Hari cuti semestinya ada ramai pengnjung di sini. Maka tak lah risau kalau salah jalan. Sebab ada ramai orang untuk ditanya. Ramai juga memang frequent visitors di sini. Jadi memang senang nak tanya arah. Kalau hari bekerja, sebelah awal pagi masih ramai pengunjung. Lebih jam 10 pagi sudah lengang. Kalau takut sesat, elakkan lah pergi seorang diri ketika waktu orang tak ramai.

Itulah saja kisah Bukit Gasing yang saya nak kongsikan kali ini. Kalau ada sambungan, saya tulis lagi nanti.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes