Mengapa Perlu Takaful?

Sebenarnya takaful ni dah ada sejak zaman Nabi lagi. Dah lama sangat dah. Keperluan takaful boleh disandarkan kepada firman dan hadith seperti di bawah :-

SURAH AL-BAQARAH

Ayat 240 Terjemahan : “Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”

HADITH RIWAYAT IBNU MAJAH

“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwa raga manusia”

Ha… Tu la antara sebab-sebab mengapa kita perlukan takaful. Sebab ia boleh mensejahterakan kehidupan manusia.

Sejahtera macam ni….

1) Ibubapa yang mempunyai takaful tidak akan meninggalkan anak mereka dengan hutang dirinya untuk diselesaikan oleh anak.

2) Orang yang ada takaful, tidak perlu untuk meminta jasa baik atau ehsan orang lain untuk perbelanjaan perubatannya yang tinggi.

3) Orang yang ada takaful, mampu membantu keluarga dan saudara mara untuk terus ceria dalam kehidupan dan tidak menanggung beban kesempitan wang apabila beliau sudah meninggal dunia.

🙂

Share This:

One thought on “Mengapa Perlu Takaful?

  1. Siti nafisah binti ibrahim
    October 12, 2017 at 10:56 AM

    Sy suka tgok blog Ni…mohon copy paste ye puan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *