Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu kita semua mengenali dan mungkin sangat menggemari nasi lemak. Semua orang tahu nasi lemak ada pelbagai jenis dan harga yang berbeza. Walau bagaimanapun, nasi lemak semestinya ada nasi yang dimasak bersama santan dan maka itulah ia dikenali sebagai nasi lemak. Tahukah anda bahawa perlindungan takaful juga boleh diibaratkan seperti nasi lemak?

Perlindungan takaful sebenarnya ada banyak jenis dan harganya berbeza-beza dari satu plan ke satu plan yang lain. Sama seperti nasi lemak. Nasi lemak yang asas lazimnya ada nasi, sambal, bilis, telur rebus dan timun. Sekiranya kita mahukan lauk tambahan, bolehlah kita tambahkan dengan sambal kerang, sotong, ayam goreng, telur goreng, ikan sardin dan lain-lain lagi. Harga nasi lemak asas pastilah lebih murah berbanding nasi lemak yang mempunyai banyak lauk tambahan. Begitu juga dengan manfaat perlindungan takaful. Ada manfaat tambahan yang berharga mahal, ada juga manfaat tambahan yang berharga murah bergantung kepada fungsi manfaat itu.

Rajah di bawah menunjukkan jenis-jenis manfaat perlindungan takaful yang terdapat di pasaran. Ia bersifat optional yang mana boleh diambil atau boleh juga ditinggalkan. Tapi ingat! Kalau tak ambil manfaat itu, janganlah pula nak claim dalam manfaat itu. Sebagai contoh, tidak ambil manfaat Elaun Hospital (telur rebus), tetapi berangan nak claim elaun hospital apabila dimasukkan ke wad! Ini memang takkan boleh ya…

Boleh faham, kan? Di Great Eastern Takaful, anda sebenarnya boleh mencipta Set Nasi Lemak anda sendiri! Set Nasi Lemak di Great Eastern Takaful bermula dari RM100 sebulan. Sebagai contoh, set nasi lemak anda mengandungi nasi, sambal, bilis, timun dan ayam goreng. Ini bermakna plan perlindungan anda mengandungi manfaat kematian/hilang upaya kekal menyeluruh, manfaat penyakit kritikal, manfaat kemalangan, kad perubatan dan pengecualian caruman. Nasi lemak sebegitu mungkin boleh dimiliki dengan harga RM200 sebulan mengikut umur, jantina, pekerjaan dan status merokok anda.

Nak reka Set Nasi Lemak Great Eastern Takaful anda? Hubungi saya Suri Fitriah wasap.my/60173723344.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *