Sekali lagi pada 6 Februari lalu, saya berkongsi pula apakah kelebihan memiliki waktu kerja yang fleksibel dalam kehidupan kita! Dalam dunia ini, semua orang diberi tempoh masa yang sama iaitu sebanyak 1,440 minit atau 24 jam sehari. Dalam sehari, apakah yang kita lakukan dengan masa yang kita ada tu? Terang-terang lah 8 hingga 9 jam digunakan untuk bekerja. 1 jam untuk makan. 1 jam untuk solat. 5 hingga 7 jam untuk tidur. 1 hingga 3 jam untuk perjalanan. Maka tinggallah dalam 3 hingga 4 jam saja untuk aktiviti kehidupan kita yg lain. Adakah anda berasa puas hati dengan masa free hanya 3 hingga 4 jam sehari itu?

Tahukah anda kerja sebagai agen takaful boleh menyebabkan masa free dalam sehari dapat ditingkatkan. Sekaligus dapat juga menambah “quality time” bersama yg tersayang! Memang tak dapat dinafikan, meluangkan masa bersama keluarga terutamanya dan juga sahabat handai yg rapat adalah satu nikmat yg tak terhingga. Kita akan sentiasa rasa gembira dan tenang saja bila bersama mereka ni kan?

Bercakap tentang masa fleksibel, suka saya nak tekankan bahawa tidaklah bermaksud kita boleh bersikap sambil lewa sahaja terhadap tugas kita sebab masa itu kita yg punya. Suka hatilah nak buat apa! Bukan begitu ya… Walaupun memang masa itu masa kita, kita seharusnya mengaturkan penggunaannya dgn bijak! Mengatur masa sendiri itulah yg dikatakan sebagai fleksibel kerana kita tidak terikat dengan mana-mana undang2 majikan.

Jadi kita boleh atur sendiri, pukul berapa nak start kerja. Pukul berapa nak habis kerja. Hari apa nak off day. Berapa lama nak cuti. Waktu bila nak hantar ambil anak sekolah. Hari apa minggu mana nak bawa ibubapa jalan-jalan. Bulan mana nak cuti panjang. Dan sebagainya. Bagi yang bergelar ibubapa, membesarkan anak di depan mata adalah impian setiap ibubapa. Kalau boleh taknak berenggang langsung dengan anak! Tapi tak bolehlah macam tu kan? Nanti tak boleh hidup sendiri pula anak kita tu… Cumanya dengan pilihan masa kerja yg fleksibel ni, para ibubapa sangat-sangat boleh memberi sepenuh tumpuan dan perhatian terhadap anak sebab masa yg dimiliki boleh diatur dengan sempurna demi memenuhi keperluan keibubapaan (parenting).

Bagi saya sendiri pula, yang paling saya suka tentang masa fleksibel ini ialah saya tak perlu keluar rumah awal pagi sangat untuk ke tempat kerja. Masa saya kerja makan gaji dahulu, saya perlu clock in pada jam 8. Ini menyebabkan saya perlu tinggalkan rumah sekitar jam 7.30 pagi. Hal inilah yg saya kurang gemar sebab saya memang suka duduk dalam rumah. Jadi sayanglah nak kena keluar rumah awal! Hehehehe… Sejak bergelar perunding takaful sepenuh masa, saya hanya tinggalkan rumah paling awal pun pukul 9 pagi. So saya suka macam ni.

Yang kedua pula, saya suka jenguk ibubapa di kampung mengikut suka hati saya. Oleh kerana rumah ibubapa saya cuma berjarak 1 jam perjalanan, maka saya boleh saja berulang jika tak mahu bermalam di rumah ibubapa saya. Dengan masa kerja yg fleksibel saya boleh balik kampung bila-bila saya suka tak perlu minta cuti. Kadang-kadang saya balik Rabu. Kadang-kadang Isnin. Khamis la Jumaat la. Sabtu Ahad la. Tak kisah. Jadi saya suka macam ni boleh balik kampung bila-bila. Balik kampung akan sentiasa membuat hati saya gembira sebab dapat tengok atau luang masa dengan ibubapa saya walaupun kadang-kadang saya asyik ketawakan gelagat ibubapa saya yg sudah tua itu.

Yang ketiga, saya boleh cuti panjang-panjang tanpa perlu approval sesiapa. Maka senanglah nak melancong atau melencong. Cuti lah berapa lama pun, tiada yg marah. Tentang urusan client pula, boleh saja dibantu oleh support team kita. Takde masalah!

Yang keempat, saya tak suka kesesakan. Yg saya perasan kalau hari weekend atau cuti sekolah atau public holiday, kawasan2 peranginan atau pusat beli belah mesti sesak ramai orang. Saya tak suka ini. Maka saya lebih suka ke shopping mall pada hari weekday dan waktu bekerja. Tenang dan aman. Senang nak buat apa2. Bercuti pun sama. Saya lagi suka bercuti pada waktu bukan peak season. Rimaslah ramai sangat org sana sini.

Yang kelima, harga barang dan makanan biasanya lebih murah pada waktu weekdays dan waktu bekerja. Jadinya, hanya orang2 yg ada flexible job saja yg boleh nikmati perkara ini semua. Anda tak cemburu ke dengan saya? Masa banyak, barang dapat murah… Hehehe…

Cukuplah lima perkara utama tu. Tulis byk2 nanti malas pulak korang nak baca kan? Sekarang saya nak ajak korang cuba kira How Much Your Time Worth? Cuba kira sekarang…

Dalam setahun berapa hari korang bekerja? Katalah 200 hari.

Dalam sehari berapa jam korang di tempat kerja? Katalah 9 jam.

Dalam setahun berapa total gaji korang terima? Katalah RM52,500.

Cuba bahagikan Total Gaji Tahunan dengan Jumlah Jam Bekerja Setahun tu…

52,500 / (200 X 9) = RM29.17 sejam…

Itulah nilai sejam korang… Puas hati tak?

Kalau tak puas hati, jom tingkatkan nilai sejam korang tu. Cara paling mudah, tambahkan income dan/atau kurangkan masa kerja. Kedua-dua ini boleh dilakukan melalui kerjaya sebagai agen takaful. Anda boleh mulakannya sekarang demi masa depan yg gemilang!

Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *