Dalam perancangan kewangan, salah satu perkara yang perlu dititikberatkan adalah perlindungan takaful. Adakah takaful anda memadai untuk keadaan semasa dan masa depan anda? Jika tak pasti, berhubunglah dengan agen takaful dan buatlah semakan tentang perlindungan. Nak suruh saya semakkan pun boleh… Free je pun.

Kali ni, saya cuma nak tumpukan kepada adik-adik yang baru sahaja tamat pengajian di kolej/universiti. Korang mungkin dah mula bekerja dan menikmati gaji bulanan masing-masing. Bila dah mula bergaji, macam-macam orang yang akan mendatangi korang. Ada yang suruh invest, ada yang suruh save, ada yang suruh spend, ada yang suruh transfer dan macam-macam lagi lah!

Bila berhadapan dengan situasi macam ni, mula-mula sekali korang kena check balik keperluan dlm kehidupan korang. Keperluan dari segi kewangan la yang paling penting kan? Sebab zaman sekarang ni semua benda nak guna duit. Duit bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya perlukan duit!

Keperluan kewangan korang perlulah diteliti dari segala aspek termasuklah masa. Iaitu sekarang dan masa akan datang. Ada benda yang korang perlukan di masa depan tapi korang kena milikinya sekarang. Apa benda tu? Korang tau tak korang perlukan perbelanjaan yang besar untuk perubatan di masa korang tua nanti? Korang tau tak keluarga korang perlukan sejumlah wang yang besar untuk teruskan kehidupan walaupun korang dah takde? Korang tau tak korang tak akan boleh bekerja dan hilang pendapatan kalau korang tiba2 jadi hilang upaya kekal? Apa persediaan yang korang boleh buat untuk menghadapi kemungkinan yang tak pernah beralamat ni?

Sebab tu la orang kata sediakan payung sebelum hujan. Payung yang korang perlukan sekarang ni namanya perlindungan takaful! Yang ni direka khas untuk korang yang baru-baru nak kerja ni. Dengan sumbangan RM 220 – 250 sebulan, banyak persediaan untuk menghadapi musibah telah korang miliki. Nak kata banyak tu, tak la… Tapi cukup untuk meringankan beban keluarga buat sementara waktu.

Meh tengok lagi sekali tanda right kat bawah ni… Kan ke banyak faedah yang korang dapat? Pakej ini merangkumi semua aspek termasuklah pampasan kematian, pampasan hilang upaya kekal, pampasan penyakit kritikal, khairat kematian, elaun hospital, medical card sehingga 1.2 Juta, elaun MC, simpanan, simpanan khas Haji/Umrah, Badal Haji, 1 bahagian qurban, perkhidmatan towing kereta dan banyak lagi. Kalau nak penerangan lanjut, hubungi la saya. Jangan buat diam je pulak… 🙂

Senyum la… Saya bagitau benda betul ni… Dah takde masa nak fikir-fikir betul ke bohong. Ini adalah kenyataan bahawa perlindungan kena dibuat awal.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *