Pendidikan Kewangan Di Perkenalkan Di Sekolah Mulai 2014!

Bertuah sungguh anak-anak yang dilahirkan pada tahun 2005 dan ke atas. Bertuah sangat sebab pendidikan kewangan akan mula diajarkan di sekolah. Pendidikan kewangan itu akan dipelajari oleh murid tahun 3 pada 2014 dan kali pertama bakal diajarkan diperingkat menengah pada 2017 nanti.

budak dan duit

Ilmu kewangan yang akan dimuatkan dalam kurikulum sekolah secara berperingkat itu merangkumi topik pengurusan kewangan, perancangan, simpanan, pelaburan, kredit, pengurusan hutang dan insurans.

Pendidikan kewangan ini dilihat amat penting sekali berdasarkan masalah kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat Malaysia masa kini yang berpunca daripada kelemahan dalam pengurusan kewangan terutamanya dalam penggunaan kad kredit.

Menurut kaji selidik yang dibuat oleh FOMCA, kebanyakan rakyat Malaysia berbelanja melebihi kemampuan, mengambil hutang peribadi yang banyak dan menyimpan dengan begitu sedikit pula. Mereka juga tidak membuat bajet peribadi mahupun perancangan kewangan disamping kurang pengetahuan dalam bidang kewangan.

Kementerian Kewangan juga mengesahkan bahawa hutang isi rumah di Malaysia berada sehingga 83% daripada KDNK dan ia dianggap mungkin yang tertinggi di dunia!!!

KWSP pulak cakap rakyat Malaysia tidak merancang untuk mempunyai wang yang mencukupi untuk persaraan mereka.

Haaaa….!! Nampak tak betapa lemahnya pengurusan kewangan kebanyakan rakyat Malaysia? Dah tiba masanya kita bukak mata untuk menambah ilmu dalam pengurusan kewangan. Bacalah buku, sertailah seminar dan bergaullah dengan orang yang mempunyai ilmu kewangan yang lebih baik.

Nota : Kalau nak tahu lebih mengenai insurans/takaful, x payah segan2. Terus je hubungi saya 017-3723344 | surifitriah@gmail.com

Sumber : The Star

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *