Tahun 2019 adalah tahun yang amat istimewa bagi saya apabila buat julung-julung kalinya, saya menggunakan sendiri produk-produk Great Eastern Takaful. Selama ini saya cuma menguruskan claim client-client saya dan mendapat pengalaman daripada kisah mereka. Tetapi kali ini, saya sendiri yang menggunakan perkhidmatan agen dan Great Eastern Takaful. 2 kali saya warded dalam tempoh tak sampai 2 bulan untuk 2 kejadian yang berbeza. 1 sebab sakit. 1 sebab kemalangan. Ceritanya begini…

Admitted Part 1

Pada 20 Ogos 2019 yang lalu, hari Selasa saya ada membuat morning walk di Taman Layang-layang Metropolitan, Kepong. Sajalah nak bakar kalori kan. Saya pun pergi je lah jalan-jalan kat keliling tasik tu dengan buat 1 pusingan je. Kemudian balik ke rumah untuk masak lunch menu salmon dengan timun Jepun. Ketika makan tu pun, saya dah ada rasa sakit-sakit tekak sikit. Saya tahu, kalau saya gatal-gatal tekak atau sakit-sakit kat situ mesti lepas tu saya akan demam selsema. First sign saya untuk selsema mesti sakit tekak tu. Tapi saya taknak la iyakan yang saya akan diserang selsema. Yelah, mana ada orang nak sakit. Mesti nak sihat kan? Saya pun anggapkan je saya cuma sakit tekak biasa. Selesai makan, saya terus bersiap-siap untuk ke Great Eastern Hall sebab ada MStar Q2 petang tu. Tekak saya masih gatal-gatal ketika majlis itu sehinggalah membawa ke waktu makan malam bersama GM saya merangkap servicing agent saya.

Malam harinya saya pun tidur macam biasa tanpa ambil apa-apa ubat atau gula-gula untuk redakan sakit tekak. Keesokan harinya, seperti dijangka, badan saya dah mula jadi panas. Saya fikir saya dah kena demam lah ni. Maka saya pun makan je lah panadol macam biasa untuk kurangkan panas. Selalunya saya kalau demam 2 hari je badan akan panas. Lepas tu akan sembuh seperti biasa. Tapi berlainan pula kali ini. Dari Rabu pagi sampai Jumaat pagi tiada sebarang pengurangan suhu walaupun dah makan ubat dan mandi air sejuk banyak kali. Malah saya berasa begitu lembik sehinggakan nak ke mana-mana saya cuma naik Grab saja. Tidak drive sendiri. Walaupun hanya ke ofis yang berjarak cuma 6 km dari rumah. Memang lembik lah tu kan.

Pada hari Jumaat tu, saya rasa saya nak dapatkan rawatan di klinik supaya panas saya cepat hilang. Dalam tempoh badan saya panas ni, saya tak selsema sangat pun. Hidung pun tak lah tersumbat sangat. Bersin pun tak banyak. Cuma badan je panas amat dan lembik. Saya takde termometer kat rumah. So saya tak tahu dan tak monitor pun berapa suhu saya. Yang saya tahu, ia panas lebih dari biasa.

Sampai di klinik, doktor pun check suhu saya dan menyatakannya 38.9C. Memang demamlah kan. Maka beliau cadangkan untuk beri suntikan dan saya amat bersetuju sebab saya nak cepat baik. Dah dapat suntikan dan ubat, saya pun balik rumah untuk makan dan tidur. Dengan harapan bila bangun nanti badan saya dah tak panas sebab dah dapat suntikan. Lebih kurang jam 2.30 petang saya terjaga dari tidur dan alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati badan saya tetap panas malah lebih tinggi sedikit dari sebelumnya. Saya buat keputusan untuk pergi ke hospital selepas solat Maghrib nanti. Sebab pada waktu itu saya dah selesai semua benda kan termasuklah makan malam.

Lepas maghrib, saya terus siapkan beg untuk ke hospital. Dari pengalaman saya, saya tahu kalau kes suhu panas macam ni dan tak kebah beberapa hari, biasanya kena warded. Jadi saya dah siap-siapkan beg untuk bermalam di hospital. Saya terus panggil Grab dan pergi ke Hospital Columbia Asia Setapak. Saya pilih hospital ni sebab ia berada dalam jarak paling dekat dengan rumah saya di KL ini.

Sesampai di hospital, saya terus ke kaunter kecemasan dan ditanya untuk apa bertemu doktor? Saya jawab “Saya demam dah 4 hari tak baik”. Pihak hospital meminta IC dan Medical Card saya untuk semakan. Pihak kaunter memberitahu saya bahawa Medical Card saya hanya cover untuk kes warded. Kalau tak warded, saya perlu bayar sendiri kos rawatan yang diterima pada malam itu. Saya angguk sahaja dengan pemberitahuan itu. Yelah, saya mestilah memang dah tahu pasal benda tu sebab saya kan agen.

Saya pun tunggulah giliran untuk buat saringan. Ada 2 lagi pesakit sebelum saya. Masa buat saringan tu, suhu saya 39.8C. Nurse suruh saya makan panadol lagi sebelum berjumpa doktor. Tujuannya nak turunkan suhu. Dah jumpa doktor, doktor tanya simtom-simtom dan rawatan-rawatan yang telah dibuat. Akhirnya doktor cadangkan untuk buat beberapa ujian termasuklah untuk influenza sebab beliau memang suspect saya kena influenza. Doktor pun masukkan jalur putih halus tu ke dalam hidung saya untuk ambil sampel mukus. 2 sampel di ambil. Sakit gak la bila jalur tu masuk dalam rongga hidung. Memang sakit wehh. Setelah keputusan ujian Influenza diterima, doktor sahkan saya kena Influenza B. Maka teruslah saya disuruh pakai mask dan dimasukkan air di recovery area. Masa kat recovery area tu saya di suruh kencing dan buat Chest X-ray. Bila dah disahkan sakit apa dan perlu warded, dan ada pula katil yang available, maka barulah proses memohon GL Medical Card akan bermula. Lebih kurang jam 10.40 malam, pihak kaunter datang kepada saya yang terbaring lembik tu untuk minta tandatangan dan wang deposit sebanyak RM300 sebelum request GL ke Great Eastern. Beliau juga menerangkan bahawa Medical Card saya memang layak untuk bilik single tetapi bilik single penuh. Jadi mereka akan masukkan saya ke bilik berdua terlebih dahulu. Bila ada bilik single yang kosong, saya akan dipindahkan ke bilik single. Saya iyakan saja sebab saya memang tak larat. Apa-apa jelah asalkan saya ada tempat tidur.

Ni lah rupa orang first time kena masuk hospital. Masa ni kat recovery area lagi.
Camni lah rupa surat persetujuan untuk admit yang akan dihantar utk request GL
Ni contoh result test-test yang telah dilakukan oleh hospital. Ada banyak lagi yang lain. Saya tunjuk ni je lah.

Setelah 1 botol air habis masuk ke badan saya, barulah saya dipindahkan ke wad di tingkat 2. Saya disorong atas wheelchair sampai ke wad. Rasa pelik jugak sebab saya boleh je jalan. Kenapa kena dok atas wheelchair? Anggap je lah tu servis dia. Hahaha.

Sesampainya saya di wad, doktor pakar yang merawat saya pun datang dan membuat pemeriksaan. Masa tu hampir jam 12 malam kot atau lebih sikit dari 12 malam. Saya disuruh makan ubat dan ada juga ubat yang di jeb kat tangan. Maka tidurlah saya di hospital pada malam itu. Sehingga saat saya tidur tu sebenarnya GL masih belum direquest oleh pihak hospital. Dalam jam 1.30 pagi barulah hospital hantar GL request ke Great Eastern. Itu pun tak terus approved sebab ada maklumat pending. Nama doktor merawat saya tiada dalam senarai GE pula. Maka GE minta hospital hantar nama sebenar doktor itu yang sama dengan rekod di GE. Hospital sentiasa tahu apa yang perlu dilakukan. Esoknya dalam jam 11 pagi barulah GL saya approved setelah GE menerima semua dokumen yang pending. Saya tak panik pun sebab memang tahu macam mana prosedur GL antara GE dengan Hospital. Tapi tak dinafikan, bila GL approved barulah hati ada rasa lega!

Keesokan harinya, barulah saya dapat bersua muka dengan rakan sebilik saya. Allahu Akbar, rupanya beliau adalah senior saya ketika di UTM dulu! Kak Azlin. Dah tahu tu, memang kami tak bertirai la. Menyembang tak habis-habis. Kak Azlin sedang pregnant anak ketiganya. Kami sama-sama diserang Influenza. Sebab itu kami boleh sebilik. Orang yang kena influenza, kena duduk dengan orang yang influenza juga.

Hari itu juga agen saya, rakan terdekat saya dan ahli keluarga saya datang melawat. Saya khuatir orang yang melawat ni nanti berjangkit. Sebab benda ni memang boleh berjangkit kan. Kalau sakit tak berjangkit, takpe. Pada sebelah lewat petangnya, saya dipindahkan ke bilik single di tingkat 1. Saya rasa lebih selesa di bilik single sebab kat rumah pun memang duduk sorang-sorang kan. Hahaha.

GM merangkap servicing agent dan kawan rapat mai ziarah bawa selipar
Ahli keluarga mai ziarah
Dah pindah bilik single

Setelah 3 malam di hospital, akhirnya saya dibenarkan pulang setelah semua air dah dihabiskan masuk ke badan mengikut kuantiti yang ditetapkan oleh doktor. Saya dibekalkan dengan ubat virus, ubat selsema, ubat batuk dan panadol untuk dimakan selama 5 hari. GL request untuk discharge pun dah approved. Maka saya diminta untuk membayar bahagian yang perlu saya bayar. Ambil ubat dan ambil discharge summary. Setelah itu saya terus call Grab untuk pulang ke rumah. Walaupun dah discharge, sebenarnya saya masih lagi rasa lembik. Maka itu, saya sambung lagi rehat di rumah untuk 10 hari lagi. Selepas itu barulah saya rasa benar-benar sembuh dan sihat.

Ini rupa final GL yang akan indicate berapa yang pesakit kena bayar ke hospital. Maksudnya nilai yang insurance company/takaful operator tak tanggung lah.

Total bil ialah RM4,606.95. Sebagai pesakit saya perlu bayar RM416.59 sahaja kepada pihak hospital sebab medical card saya jenis yang ada co-takaful. Jadi ada bayaran bersama yang perlu saya bayar. Disebabkan masa admit hari tu saya dah bayar deposit RM300, maka saya cuma perlu bayar baki RM116.59 itu sahaja semasa discaj.

Contoh kos ujian-ujian diagnosis yang dibuat

Seminggu selepas discharge, saya ada follow up treatment dengan doctor. Setelah mendapati saya tiada lagi simtom Influenza B, doktor pun hentikan rawatan dan pertemuan. Saya dah kembali sihat seperti sediakala! Alhamdulillah…

Kos utk follow up juga boleh saya claim selagi mana ia tidak melebihi 90 hari dari tarikh discharge. Saya cuma perlu sediakan original invoice dan original receipt dari hospital untuk claim kos ini.

Claim untuk kes ni cepat dan lancar saja. Saya discaj 26/8/2019. Pada 4/9/2019 saya dah dapat elaun hospital RM240 untuk 3 malam. Yang pre-hospitalization dan post-hospitalization saya hantar sekali dan claim approved dalam masa seminggu sahaja.

Discharge 26/8/19. Elaun hospital masuk akaun pada 4/9/19.
Follow up treatment pada 3/9/19. Claim masuk akaun pada 13/9/19.

Tips untuk claim cepat approved adalah :-

1- Beri documents yang betul dan lengkap

2- Beri secepat mungkin kepada agen

 

Admitted Part 2

Pada 13 Oktober 2019 saya teringin nak makan daging rusa untuk dinner. Maka saya pun pergilah makan di Azra Grill, Sg Choh. Sekembali dari restoren itu, saya singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli roti dan sayur untuk makan esok. Sampai di rumah sudah hampir jam 8 malam. Waktu maghrib dah nak habis. Saya pun terkocoh-kacah nak letak barang di dapur dan solat. Tak semena-mena ntah macam mana saya tersilap langkah di bendul dari ruang tamu ke dapur. Saya cuba melakukan pembetulan langkah tapi semuanya gagal belaka! Sehinggakan saya rasa macam kaki tak cecah tanah dan akhirnya melayang tersungkur ke lantai. Gedebum! Gedebum! Macam tu lah bunyinya apabila lutut saya mencecah lantai dan tiba-tiba saya rasa sakit yang amat sangat di lutut kanan sehingga saya tak mampu untuk bangun semula. Aaawwwwwww!! Berguling-guling saya di lantai itu tanpa mampu bangkit. Saya terbaring di tempat kejadian selama hampir 5 minit sehingga saya mendapat kekuatan untuk bangun. Bila bangun, saya test kaki saya dulu. Kot-kot patah kan… Alhamdulillah takde yang patah tapi lutut kanan saya sakit sangat tak pernah saya rasa sakit macam tu. Ada nampak bengkak tapi tak seberapa besar dan tiada lebam.

Saya naik ke bilik untuk solat. Kaki saya masih boleh gerak macam biasa tapi sangat-sangat sakit jika digerakkan pada angle tertentu. Saya solat maghrib  berdiri seperti biasa dengan rasa sakit yang amat di lutut kanan. Saya bergerak macam biasa pada malam itu walaupun ada rasa sakit. Saya dah set, kalau esok pagi makin buruk, baru saya nak pergi jumpa doktor. Keesokan harinya, kaki saya masih boleh bergerak macam biasa tetapi sakitnya bukan main. Saya pergi ofis macam biasa dan panjat tangga macam biasa. Tapi sakitlah. Masuk hari ketiga saya dapati lutut saya masih sakit tak kurang pun. Maka saya pun pergilah ke KPJ Klang untuk mendapatkan rawatan lanjut. Saya pergi ke klinik pakar terlebih dahulu, bukan bahagian emergency. Saya pilih Dr Syed Ahmad Faisal ni sebab ramai client saya merupakan patient Dr Syed. Jadi saya dah biasa dengan beliau dan nurse beliau.

Ni nurse Dr Syed yang merupakan client saya juga

Jumpa je doktor, beliau tanya macam mana kejadian itu berlaku. Saya pun tunjukkan saja rakaman CCTV yang ada di dapur rumah itu. Dari situ doktor terus jalankan 3 ujian fizikal pada lutut saya. Dan setelah membuat Lachman Test, doktor terus decide untuk buat MRI. Maknanya saya perlu di wardedkan sekali lagi untuk rawatan lutut saya ni pulak. Saya cuma beri IC dan Medical Card kepada nurse doktor tadi dan tandatangan borang request GL. Saya pulang ke rumah di Shah Alam terlebih dahulu sebab doktor kata petang atau malam baru buat MRI.

Apabila GL dah approved dan katil pun dah available, KPJ Klang pun menghubungi saya untuk masuk wad. Saya pun pergi terus ke bahagian emergency sebab dah habis office hours dan terus dibawa ke wad. Tiada sebarang bayaran deposit di minta oleh pihak kaunter. Saya pun tunggu saja di wad sebelum dipanggil untuk MRI.

Akhirnya dalam jam 9 lebih malam, giliran saya pun sampai untuk MRI. Masa nak buat MRI ni adalah rasa seram sikit. Sebab selalu dengar cerita orang katanya takut, sempit, terkepung, sakit dan macam-macam lagilah. Tetapi ternyata saya tidak alami semua perasaan itu. Mungkin sebab saya perlu scan lutut saja. Jadi separuh sahaja badan saya yang masuk dalam terowong tu. Kepala saya masih diluar. Jadi, takde lah seram atau sempit sangat. Lagu yang diperdengarkan dalam headphone pun alunan ayat suci al-Quran. Lagilah aman rasa di hati kan? Tujuan pakai headphone adalah untuk mengurangkan dengar bunyi mesin MRI tu. Bunyinya memang kuat dan mengganggu. Proses MRI tu adalah dalam 20 minit je kot. Setelah buat MRI tu, maka tidurlah kita di hospital ya.

Macam ni lah kedudukan saya masa buat MRI. Kepala masih di luar. Saya tak bawa hp masa tu. So tak ambil gambar. Gambar ni daripada google je
Kali ni tidur lebih aman sebab tak perlu pakai benda masukkan air kat tangan tu. Weeehhoooo

Esoknya pagi-pagi lagi budak fisio dah datang. Ajar buat fisio lah kan. Saya pun ikut je lah apa dia suruh. Tak susah sangat. Tapi result MRI saya belum tahu lagi sebab doktor belum datang. Rupanya doktor saya tu ada conference di KL hari tu. Jadi, lepas maghrib baru beliau sempat datang dan buat review. Beliau beritahu PCL saya ada koyak sikit dan beliau cadangkan buat rawatan conservative sahaja. Tak perlu pembedahan. Saya pun rasa gembira amat sebab tak payah nak operate-operate tu. Takut! Selama 4 hari di KPJ Klang, makan ubat dan buat fisio sajalah sehari 4 kali. Saya suka cryo tu. Sejuk. Hehehe

Lepas buat gerakan untuk kuatkan otot kaki saya bagi menyokong PCL yg cedera tu, kena letak ais kat lutut tu untuk hilangkan bengkak dan kurangkan sakit.
Inilah result MRI saya
Contoh kos MRI dan fisioterapi

Warded kali ni saya tak lembik macam masa kena Influenza B tu. Kali ini saya lebih kuat cumanya lutut tu sakit la sikit kalau jalan banyak atau gerak banyak. Ramai kawan-kawan dan ahli keluarga datang melawat. Kawan sekolah rendah yang dah lama tak jumpa pun, ada datang! Makanan di sini pun lebih saya gemari lah berbanding admission yang terdahulu. Hari Ke-4 setelah doktor benarkan discharge, saya pun pulang ke rumah di Shah Alam untuk berehat seketika.

Total bil ialah RM4,121.30. Nilai yang perlu saya bayar ialah RM416.70. Masa admit kan saya tak bayar sebarang deposit. Maka, masa discaj saya perlu bayar sekaligus RM416.70 tu.

Mak dan Ayah saya ziarah sebelum meneruskan aktiviti hujung minggu mereka
Ini rakan seperjuangan di Zest. Masa KMZ melawat, kami ada ke tingkat bawah saja jalan-jalan. Lepas tu kami pula di approach oleh ejen dari Etiqa. Mereka buka booth di situ hari tu.
Ni rakan seperjuangan Great Eastern Takaful. Kak Nida ni sedara jugak dengan KMZ tu. Kemain meriah kami bercerita hari tu!

Rakan sekolah rendah, sekolah menengah, universiti pun ada datang tapi kami takde pulak picture together. Gambar dengan family pulak tak berapa nak menutup aurat. So tak payah la tampal sini eh. Mereka ni datang semua bawak makanan sedap-sedap. Puas gak la nak menghabiskan tu. Mana yang jenis kering dan boleh simpan, semua saya bawa balik. Ada gak la 5-6 kotak biskut sedap-sedap. Mana dorang tahu makanan kegemaran saya pun, tak tahu lah. Hehehe

Disebabkan saya drive sendiri saja ke KPJ Klang, maka kereta saya pun tidur hospital selama 3 malam. Jadi kita pun gunakan inpatient car pass ni yang mana caj parking dikenakan pada kadar rata RM4 sehari.

Claim kali ini juga pantas belaka. Semua pun lancar sahaja. 3 hari selepas discharge terus dapat elaun hospital. Seminggu lepas hantar MC, terus dapat elaun MC akibat kemalangan. Claim kos follow up pun dapat sekali sama dengan elaun MC.

Notification untuk Admission GL dan Discharge GL
Discharge 19/10/19 hari Sabtu petang. Elaun hospital masuk akaun pada 23/10/19
Follow up pada 24/10/19. Claim elaun MC dan follow up masuk pada 5/11/19

Untuk claim elaun MC, MC mestilah sekurang-kurangnya 7 hari disebabkan kemalangan. MC boleh diberi dalam bentuk salinan yang telah disahkan sahaja. Tak perlu beri MC original. MC original kan nak beri pada majikan. Selain itu, kena beri sekali discharge summary dan keputusan sebarang ujian imej yang di buat seperti X-ray ke CT Scan ke MRI ke. Kalau semua dokumen yang disebut tadi masih tidak cukup, maknanya kenalah hantar medical report untuk kes tersebut. Macam kes saya hari tu, tak perlu medical report pun.

Saya sangat gembira sebab saya mempunyai kedua-dua pengalaman yang baik bersama Great Eastern Takaful. Sama ada sebagai agen mahupun sebagai client! Memang tak salah lah saya menjadi client dan agen Great Eastern Takaful!

Semoga perkongsian saya kali ini dapat memberi lebih gambaran tentang prosedur dan tatacara menggunakan medical card dan membuat claim. Semuanya simple sahaja kan? Tidaklah complicated pun. Yang penting, documentnya lengkap!

Sekiranya anda ingin mendapatkan khidmat nasihat berkaitan takaful mahupun kerjaya sebagai perunding takaful, sila hubungi saya melalui whatsapp Suri 017-3723344. Mana tahu anda juga akan gembira seperti saya!

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes