Hi & Assalamualaikum Semua!

Kali ini saya nak share pasal percutian saya bersama 2 rakan takaful yg lain ke Osaka & Tokyo pada 30 Mac hingga 9 April 2018! Tujuan utama saya nak ke Jepun adalah untuk merasai teknologi2 yg ada di sana yg digunakan dalam kehidupan harian. Selain itu, saja lah nak tengok fenomena Sakura yg sangat sinonim dengan Jepun. Saje nak bagitahu, trip ini kami kendalikan sendiri secara keseluruhannya. Semestinya ada perbezaan ketara dengan percutian saya ke Turki tahun lepas. Enjoy your reading!

Inilah ahli rombongannya… Saya, Ira dan Anje

Kami berangkat dari KLIA 2 menaiki pesawat AirAsia X ke Kansai International Airport pada petang Jumaat dan sampai sana 10.20 malam waktu Jepun. Dari airport hari pun dah malam, kami menaiki airport express train (Nankai Line) terus ke Shin-Imamiya station. Kami turun di sini dan jalan kaki saje ke AirBnB kami yg terletak hanya 300 meter dari train station. Sampai2 je rumah, amek gambar rupa rumah jap pastu terus makan dan tidur untuk persediaan hari esok!

Day 1 – Kyoto

Hari pertama kami dijadualkan ke Kyoto utk melawat beberapa tempat tarikan pelancong yg popular di sana. Kami menggunakan Kansai Thru Pass utk seluruh perjalanan kami dari Osaka ke Kyoto. Tempat pertama yg kami tuju ialah Fushimi Inari yg terkenal dgn kayu2 oren tu. Fushimi Inari tiada sebarang entrance fee. Sebelum sampai ke entrance, banyak la kedai-kedai sepanjang jalan tu dan kebanyakannya jual cenderamata dan makanan. Makanan tu memang nampak enak yg amat terutamanya daging2 yg dicucuk pada batang lidi tu tapi apakan daya tidaklah halal untuk Muslimin Muslimat sekalian. ūüôā

Ni la kayu oren tu

Kami jalan siki-sikit je kat situ sebab takde la nak naik sampai puncak pun. Pastu jalan je kat taman-taman sekeliling yg ada tu. Setelah rasa OK la dah tengok dah semua, maka kami pun mencari tempat makan tengahari seperti yg dirancangkan iaitu di Halal Yakaniku Naritaya. Jumpa kedainya tapi TUTUP antara jam 2 hingga 5 petang! Tapi kami tetap ada rezeki sebab kedai sebelahnya yg jual halal ramen masih buka pada waktu itu. Kedai ramen ni sangat sempit. Dan byk peraturan yg mereka telah tetapkan. Seperti tak boleh bawa makanan luar, kalau datang bertiga kena ada 3 order tak boleh order 1 nak share 3 org, tak boleh pindah2 meja makan kalau tetiba nampak tempat kosong yg lebih selesa dan mcm2 lagi. Kami tak kisah tentang peraturan tu sebab kami mmg org yg berdisiplin dan beradab. Yg kami tahu kami nak makan! Maka kami pun duduk je di meja sebaris yg mengadap dinding. Tengoklah menu yg ada. Saya nampak nasi dgn ayam je saya terus order yg itu. Harga dalam 1000 Yen kot sekali dengan air jus oren (pahit). Makanan sampai je terus hati bunga-bunga sebab memang nak makan sangat. Alhamdulillah! Makanan saya sedap… Maka saya sangat berpuas hati. Di kedai ini ada surau ya. Maka boleh solat terus kalau kena timingnya. Senang…

Nampak tak kami makan ngadap dinding ūüėÄ

Kami menyambung perjalanan ke Arashiyama Park selepas selesai makan tengahari. Kalau ke Arashiyama tu mestilah sebenarnya nak ke Bamboo Groove tu kan? Tapi kami ada satu lagi aktiviti khas sempena musim sakura iaitu Hanami. Hanami ialah aktiviti berkelah menikmati keindahan sakura di bawah pohon sakura bersama rakan-rakan atau keluarga. Biasanya orang Jepun akan membawa hamparan biru dan makanan-makanan snek tradisi mereka untuk dinikmati bersama semasa Hanami. Oleh kerana kami bukan orang Jepun, maka kami ada sedikit kelainan la… Hehehe… Hamparan kami warna pink! Dan kami makan biskut coklat dan air teh je. Yang penting, dapat alami sendiri keindahan sakura dan tradisi hanami tu.

Hanami di Arashiyama Park

Masa kat Arashiyama Park ni saya sebenarnya tidur bawah pokok sakura tu sebab nyaman sangat2 tau tak! Anje dan Ira busy berphotoshoot di sekeliling taman. Ada la dlm setengah jam juga saya tidur. Best wooo! Dah puas berhanami kami sambung sikit jalan kaki saja ke Arashiyama Bamboo Groove melalui Togetsukyo Bridge. Kena mendaki sikitlah nak sampai ke Bamboo Groove tu. Sampai-sampai pun dah nak senja dah…

Togetsukyo Bridge

Arashiyama Bamboo Groove

Selesai menyelusuri bamboo groove ni, maka kami pun mengatur jalan pulang semula ke Osaka.

Day 2 – Kobe & Nara

Hari kedua perjalanan kami panjang sikit sebab pergi kedua-dua arah yang bertentangan. Sebelah pagi kami membuat perjalanan ke Kobe. Kobe adalah bandar pelabuhan yg mana kita memang boleh terus nampak pelabuhan dengan quay crane apabila ke sini. Tujuan ke Kobe adalah untuk ke Earthquake Museum yg menyimpan sejarah Kobe Earthquake 1995 yg mengorbankan sekitar 6,000 nyawa. Lawatan ke muzium ini dilengkapi dengan pengalaman merasai gempa bumi itu sendiri selain dari menyaksikan kesan-kesan tinggalan kejadian gempa bumi itu.

Kobe Earthquake Museum

Selesai melawat muzium gempa bumi ini, kami mencari makan tengahari berhampiran Masjid Kobe iaitu Naan Inn. Masjid Kobe juga adalah destinasi yg memang kami nak lihat sebab ia merupakan masjid pertama di Jepun. Naan Inn yg sangat popular di kalangan pelancong muslim di Kobe juga sangatlah saya recommend sebab masakannya memang lazat! Maka puaslah hati kami makan tengahari nasi beryani yg sedap.

Naan Inn

Masjid Kobe (Masjid Pertama Di Jepun)

Di sebelah petang pula kami menuju Nara. Di Nara kami nak pegi tengok rusa-rusa bebas yang memang banyak di Nara Park tu. Sampai saja Nara station, kami jalan kaki lebih kurang 1km utk sampai ke Deer Park tu. Wahhh!!! Memang banyak dan bebas berkeliaran saja di taman itu. Kami turut ambil peluang memberi makan kepada rusa-rusa yang tak pernah tak nak makan tu…

Habis bagi rusa makan, kami pun pulang semula ke Osaka.

Day 3 – Osaka

Hari ni kami cuma berkeliling sekitar Osaka saja. Destinasi pertama ialah Osaka Castle. Takkanlah datang Osaka tak berkunjung ke sini pula kan…

Osaka Castle

Selepas itu, kami menuju ke Umeda Sky Building. Di sini kita boleh lihat permandangan sekeliling osaka dari atas. Memang nampak cantik la kalau dah dari atas tu kan…

Umeda Sky Building

Pemandangan dari Umeda Sky Building

Destinasi ketiga pula ialah HEP Five Ferris Wheel. HEP Five Ferris Wheel ni bukanlah yang terbesar tetapi istimewanya dia adalah kerana terletak di atas bangunan.

HEP Five Ferris Wheel

Habis jalan di bandar Osaka kami luang masa di Dotonbori. Kawasan shopping yg sangat popular di Osaka ni. Glico Sign yg selalu menjadi mercu tanda Osaka pun terletak di sini.

Dotonbori… Nampak tak king crab tu…

Very famous Glico Sign

Kami juga berkesempatan menaiki Dotonbori Cruise yg sgt menghiburkan! Kesemua pengankutan dan aktiviti di Osaka ni kami gunakan Osaka Amazing Pass saja.

Sebelum balik haruslah makan malam dulu di Mithila Restaurant ni. Tandoori Prawn tu, aduhai sedapnya…

Mithila Restaurant

Day 4 – Universal Studio Japan

Haa… Akhirnya kepada penggemar theme park, hari ni kami ke Universal Studio Japan! Specialty di USJ ni ialah Harry Potter kan?

Universal Studio Japan

Maka sudah tentulah kami mendapatkan express pass untuk Harry Potter tu… Secara jujurnya saya memang tidak minat dengan theme park tapi boleh je la kalau nak pegi. Di USJ ni yg paling saya suka ialah butterbeer… Hari ni kami bawa bekal je untuk makan sebab memang dah tahu tiada halal food di sini.

The Wizarding World of Harry Potter

Spiderman pun best jugak!!

Cuma sebelum meninggalkan USJ station, kami makan malam dulu di Red Lobster Universal City Walk yang memang ada sediakan menu untuk muslim. Makan laju2 sebab nak catch shinkansen (bullet train) ke Tokyo!

Makan malam dulu di Red Lobster Universal City Walk sebelum ke Tokyo

Pada sebelah malam, kami menaiki shinkansen dari Osaka ke Tokyo. Ambil masa dalam 2 jam setengah saja untuk jarak hampir 600km! Laju boh…

Muncung sungguh shinkansen ni…

Sampai di Tokyo Station, kami terus ke AirBnB kami menaiki train dan turun di Okubo Station. Jalan 300m sampai la rumah. Rumah di Tokyo lebih luas dari Osaka. Yeayy!!

Day 5 – Mount Fuji

Hari ni adalah hari yg saya tunggu sebab saya memang nak tengok Mount Fuji tu. Cantik sangat ke? Maka pagi2 lagi kami dah berjalan ke assembly point untuk pergi day trip ke Mount Fuji. Kami naik bas. Sebelum sampai ke Mount Fuji, kami petik dan makan strawberi banyak2 dulu.

Strawberi sini besar dan manis. So suka lah!

Lepas tu ke Lake Kawaguchi untuk menikmati permandangan Mount Fuji yang sungguh indah. Cumanya hari kami pergi tu cuaca panas terik.

Ni la rupa Mount Fuji dari Oishi Park

Tu ada kawan baru dari Filipna. Nama dia Mei

Makan tengahari yg telah lengkap dalam pakej merupakan makanan tradisi Jepun iaitu Houto. Dia macam mee yg dimakan dengan sup b**i. Oleh kerana kami tak boleh makan sup tu, maka special arrangement dibuat dengan menggantikan sup itu kepada sup sayur.

Makanan Tradisi Jepun

Lepas makan pulak kami naik ropeway untuk menikmati pemandangan Lake Kawaguchi dari atas. Oh yes.. Memang cantik Lake Kawaguchi ni.

Kawaguchi dari ropeway

Dah habis tengok Mount Fuji kami pun balik semula ke Shinjuku dan makan malam di Yoshiya Halal Certified Restaurant.

Yoshiya Halal Certified Restaurant. Sedap tempura itu.

Balik tidur la lepas makan…

Day 6 – Kimono, Odaiba & Disneysea

Pagi kami dimulakan dengan mencari Tourism Information Center di bawah kelolaan Japanese National Tourism Organization. Tujuan ke sini adalah untuk merasai pakai kimono secara percuma. Ok bagus perkhidmatan yg diberikan di sini.

Hahaha.. Cantik kan kimono kitorang

Habis melaram kimono, kami gerak ke Odaiba pula. Nak jumpa abang Gundam yg macho tu!

Abang Gundam kat depan Diver City

Kami makan tengahari di Sojibo dalam Diver City ni juga. Perjalanan dari train ke Diver City menyebabkan kami boleh nampak replika Statue of Liberty dan juga Rambo Bridge yg sgt cantik di waktu malam. Kami pergi siang… Haha..

Lunch di Sojibo Soba

Selesai makan, kami pecut terus ke Disneysea. Kat Disneysea ada banyak attractions yg menarik. Saya paling suka mermaid punya show. Sinbad punya pelayaran pun best sebab patung2 robot tu semua comel dan sangat kemas. Parade toksah cakap la… Memang rasa seperti di alam Disney.

Mercu tanda Disneysea

Ni kat kawasan kartun Arab

Hari ni adalah hari paling banyak menapak. Almost 29,000 steps tau. Jarak dalam almost 20km. Tak sangka boleh jalan jauh camtu. Tapi sakit la tapak kakiku ini…

Day 7 – Gala Yuzawa tapi dah jadi Kandatsu Ski Resort

Hari ni kami nak main salji di ski resort. Kami ke Gala Yuzawa menaiki shinkansen dari Tokyo station. Perjalanan Ambil masa 75 minit. Sepatutnya kami ke Gala Yuzawa Ski Resort. Tetapi malang sungguh pada hari itu Gala Yuzawa tidak beroperasi due to strong wind. Tak mengapa! Tak perlu sedih. Kami dipindahkan untuk bermain di Kandatsu Ski Resort. Walaupun Kandatsu tak seperti Gala Yuzawa, sekurang-kurangnya terisi la juga masa kami dengan aktiviti yg memang sepatutnya dilakukan. Kami sewa rubber boot dan sledge di Gala Yuzawa tetapi gunakannya di Kandatsu. Pun boleh!

Tak sejuk sangat… Nyaman je…

Layan la jugak main luncur pakai sledge ni… Nak ski tak reti kan…

Bye Kandatsu.. Nak balik dah…

Habis main salji. Balik semula ke Shinjuku la… Tapi sebelum tu singgah Ropongi jap cari Hard Rock Cafe dan makan malam.

Nampak la juga Tokyo Tower tu…

Makan malam di Laila Restaurant sebelum balik berehat

Day 8 – Shibuya, Harajuku, Akihabara

Pagi2 lagi kita buat perjalanan ke Shibuya. Mestilah sebenarnya nak menyaksikan sendiri Shibuya Crossing tu kan. Yg dikatakan sebagai lintasan pejalan kaki yang paling sibuk di dunia. Seperti saranan semua orang, kami pun melepak di Level 2 Starbucks utk tengok sendiri busiest crossing tu. Tapi masa tu masih pagi mungkin tak sesesak waktu tengahari kot. Sempat juga tengok tugu Hachiko. Anjing yg sgt setia kepada tuannya sehinggakan tuannya dah meninggal bertahun-tahun pun ia tetap menunggu dengan setia di Shibuya station pada waktu yg sama setiap hari. Kesetiaan Hachiko menjadi perhatian ramai sehingga tugunya diabadikan di situ.

  

Tugu Hachiko di Shibuya Station

Lepas tu gerak ke Harajuku. Singgah Meiji Shrine dulu. Aman taman ni. Masa kat sini kami sempat tengok upacara perarakan perkahwinan orang Jepun. Comel je pengantin perempuan jalan dgn kimono dan terompah tu.

Depan Meiji Shrine

Kata orang, tak sah lah ke Tokyo kalau tak ke Takeshita Shopping Street. Maka, jom kita pegi. Tengok ada apa sini. Ye, benar bagai dikata. Memang tempat untuk membeli pakaian. Macam2 design ada kat sini. Saya cuma beli sepasang kasut je kat sini. Maklumlah saya memang bukan kaki shopping orangnya.

Nak melintas ke Takeshita Shopping Street nun belah sana

Oleh kerana kami semua dah dapat barang2 yg dicari dan masa pun ada lagi. Maka, panjanglah kaki kami terus ke Akihabara. Nak shopping gadget pulak! Wahhh!!! Memang besar Akiba ni. Ada banyak tingkat dengan setiap tingkat dah dibahagikan ikut jenis barang yang nak dijual. Paling menarik, tandas yg ada elektronik bidet tu pun ada jual di sini.

Ni kat Akiba tingkat 3

Dah letih shopping, tak larat fikir nak makan apa, kami makan je Doner Kebab kat tepi Akiba tu. Lepas makan, gerak balik ke Shinjuku.

Makan je la kebab pun kebab lah…

Esok adalah hari terakhir kami nak jalan2 kat Tokyo ni.

Day 9 – Asakusa & Ueno

Ha….. hari ni barulah kita nak pergi Asakusa sana tu. Sini popular dengan Sensoji Temple dan Nakamise Street. Kami pun pegi la tengok2 sana tu ada apa.¬†Last minute shopping dilakukan di sini dgn harga yg bagus.

Sensoji Temple

Nakamise Street

Dah tu, terus kami ke Ueno. Kat Ueno kami melawat National Museum of Science & Technology. Kat sini ada juga tunjuk revolusi pendudukan Jepun.

National Museum of Science & Technology, Ueno

Dah tengahari maka perut pun minta diisi. Kita makan di Ayam-ya.

Lunch di Ayam-ya

Pastu kami sambung lagi shopping kat Ameyoko Shopping Street. Ameyoko Street ni menggugat iman betullah. Fresh seafood2 dia semua kat sini. Apakan daya sape nak masak kalau beli pun. Kami pulak malam tu dah nak fly balik. Maka jamu mata je la kita ye…

Ameyoko Shopping Street

Kami kembali awal sedikit ke rumah sebab nak berehat sebelum terbang pulang ke tanahair pada jam 11.45 malam nanti. Saya berasa puas hatilah sebab dapat alami kehidupan di Jepun sendiri. Beberapa perkara yg saya suka tentang Jepun termasuklah :-

1-   Tandas yg menggunakan electronic bidet

2-   Mesin memesan makanan, tak perlu pakai waiter

3-   Air dalam tin yg tidak semanis di Malaysia

4-   Semua tempat boleh dihubungkan dengan pengangkutan awam yg murah

5-   Masyarakat Jepun yg beria-ia membantu apabila diminta

Tahun depan saya nak ke New Zealand pula!

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *