Percutian 3 Hari 2 Malam Di Cameron Highlands Untuk Ke Mossy Forest Yang Sangat Menakjubkan!

Asalnya kami merancang untuk ke Mossy Forest ni pada 4/4/2020. Sehari sebelum PKP diumumkan saya telah selesai membuat tempahan hotel di Cameron Highlands untuk kami menginap sehari sebelum mendaki ke Mossy Forest. Disebabkan PKP yang dilanjutkan dari semasa ke semasa, maka tarikh pendakian pun beranjak dari satu bulan ke bulan yang lain. Sehinggalah apabila PKPP diumumkan akhirnya kami dapat 1 tarikh muktamad untuk mendaki ke Gunung Siku melalui Mossy Forest itu. Sepatutnya kami berempat. Lisa, Ira, Anje dan saya. Tetapi malang tak berbau. Seminggu sebelum tarikh kami mendaki, adik lelaki Anje telah kemalangan jalan raya hingga maut. Maka Anje tidak berada dalam keadaan yang baik untuk mendaki lantaran baru kehilangan adik lelaki bongsu. Ira pula semestinya akan bersama Anje dalam keadaan beliau sugul begini. Maka Lisa dan saya je lah pergi mendaki pada tarikh yang ditetapkan iaitu pada 5/9/2020.

Disebabkan hotel yang saya book tu memang untuk 4 orang tapi saya dengan Lisa saje yang pergi, maka kami ajaklah seorang lagi kawan untuk sama-sama ke Cameron Highlands. Namanya Farrah. Tapi dia tak mendaki Gunung Siku lah. Duduk diam-diam dalam hotel dan jalan kat mall bawah tu je lah.

Kalau dah sampai Cameron, tak mungkin lah tak makan strawberi kan? So sebelum nak check-in hotel, kami singgah saje 1 kedai strawberi yang dipilih secara rawak. Maknanya kami main berhenti je bila nampak. Tak survey-survey review pun. Terjah je. Not bad la tempat ni. Ada tandas. Cuma saya tak berapa gemar sos coklat dia. Tapi tak mengapalah. Layan saja.

Lepas tu makan tengah hari kejap dekat kedai berhampiran situ dan akhirnya check-in lah. Saya pilih Nova Highlands ni sebab tak asalnya kami patut berkumpul di 7E dekat dengan hotel ni. Itu sebabnya saya pilih hotel ni. Tapi penganjur ada tukar tempat berkumpul pulak. Disebabkan dah bayar kami teruskan je menginap kat hotel ni. Secara peribadi, saya tak letak harapan yang tinggi terhadap servis hotel ni sebab dah baca banyak juga review yang kurang enak tentang hotel ni. Tapi review yang baik pun ada juga. Maka, saya memang dah bersedia untuk terima layanan yang mungkin tak sepadan dengan harga hotel ni. Kalau baik, baguslah. Kalau kurang baik, saya redha je. Hehe.

Mula-mula nak check-in je dah tak berapa best. Tapi saya dah ready untuk dengar ayat “Bilik Cik belum ready lagi. Nanti kami call bila dah ready”. Dan memang ayat itulah yang saya dapat. Cuma tak lah teruk sangat sebab kurang sejam kami dah dapat bilik. Review yang saya baca, ada yang menunggu lebih 3 jam! Ada juga yang kena salin cadar sendiri kalau nak check-in segera! Haha, dahsyat kan?

Bila masuk bilik, perkara tak best kedua. Iaitu bau agak tak sedap. Macam bau kepam level 3 daripada 5. Bilik pun tak lah digilap sangat. Just biasa-biasa macam level kebersihan hotel 2 bintang. Tapi ada 1 perkara yang seronok pasal bilik ni. Keluasan dia sangat sempurna kalau nak duduk sekeluarga kecil pun. Ruang tamu besar. Ada balkoni. Pantry pun selesa untuk bancuh-bancuh air ke masak maggi ke. Microwave oven pun ada kalau nak panas-panaskan makanan. So boleh lah untuk duduk sekejap.

Tak best ketiga ialah tilam. Tilam dia tak best langsung. Lembik lenyek-lenyek dah. Tu pasal pasang cadar pun tak cantik jadinya. So redha je lah sebab malas nak fikir dan sebab memang dah bersedia. Malam tu kami makan kat kedai tepi hotel je. Malas nak rayau ke mana-mana. Lepas makan, budak 2 orang tu karaoke kat pusat karaoke bawah hotel tu jugak. Saya tukang dengar je.

Agak-agak dekat jam 10 malam, balik lah tidur. Esok nak bangun awal. Lepas subuh terus gerak ke tempat berkumpul. 20 minit juga dari hotel nak ke tempat berkumpul tu. BHP Kg Raja. Bila semua dah sampai kami mulakan pendakian. Mula-mula lalu kebun sayur dulu. Lepas tu barulah mula mendaki Gunung Siku tu. Peserta-peserta kali ni memang jenis laju-laju macam berlumba cara diorang jalan. Penat saya nak ikut. Last sekali saya biar je diorang macam nak berlumba tu, saya jalan je slow-slow dengan sepasang suami isteri yang beza umur dalam 10 tahun dengan saya.

Lenggang-lenggang melenggang lengguk akhirnya sampai la ke puncak Gunung Siku selepas dua jam setengah mendaki. Masa mendaki tu, bila sampai kawasan Mossy Forest tu, alangkah takjubnya saya! Tak sangka ada tempat rupa begini dalam hutan Malaysia ni. Banyak orang samakan dengan rupa tempat dalam filem Lord of The Ring. Saya rasa perbandingan tu memang boleh digunapakai. Tak meleset. Dah la masa kami mendaki tu, hujan renyai-renyai. Sudah tentu kawasan tu lembap. Memang nampak lah macam dalam hutan LOTR tu. Saya rasa teruja sangat sebab tak pernah tengok tumbuhan-tumbuhan kecik-kecik hijau tu penuh dekat semua batang dan dahan pokok. Ada rupanya tumbuhan macam tu. Wow!

Bila sampai di puncak Gunung Siku, ahli kumpulan yang lain dah lama dah berehat kat atas tu. Kami je yang lambat sampai. Sempat la makan roti makan coklat kejap. Lepas tu mulakan perjalanan balik. Jalan balik ni pun bukan main laju diorang ni. Saya tetap macam biasa. Ntah berapa kali nak berhenti. Kesian dekat sweeper tu. Mesti geram je dengan akak sorang ni. Bukan main lambat lagi. Banyak berhenti pulak tu! Takpelah, yang penting selamat naik dan selamat turun. Takde perkara tak diingini berlaku.

Selamat sampai semula di BHP, kami pun bersihkan dahulu pakaian dan kasut yang penuh lumpur tu. Cuci dahulu di surau situ. Kemudian balik hotel dan mandi betul-betul. Rasa seronok sangat sebab dapat sampai ke puncak Gunung Siku dan dapat menyelusuri Mossy Forest tu. Pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Nampak tak, memang jiwa nature? Haha

Petang tu kami pergi makan nasi beryani buluh dan stimboat kat Tanah Rata. Badan memang ada rasa penat mendaki tu. Tapi hati ada gembira! Lepas makan, malam tu kami berehat sahaja di hotel sambil menonton TV. Kami memang tidak bercadang untuk berkunjung ke banyak tempat termasuklah ladang teh sebab memang tujuan utama nak ke Mossy Forest tu je. Lagi pun weekend orang sangat ramai. Jem kat Tanah Rata tu kan. Jadi tak payah susahkan diri. Duduk je aman-aman kat belah bawah. Tak payah naik atas sana tu. Kih kih kih!

Pagi sebelum balik tu, kami sarapan kat cafe hotel tu jugak sambil dengar product briefing Great Eastern Takaful yang terbaru! Lepas tu masa bergerak balik ke KL kami beli-belah sikit buah tangan untuk rakan dan keluarga. Yang paling istimewa mestilah jagung susu! Jagung ni warna putih dan boleh makan terus tanpa di masak. Memang rasa takjub sangat! Rasa dia pun lebih sedap dari sweetcorn yang biasa kita nampak.

Semakin menuruni bukit nak balik, kami singgah satu tempat makan lagi. Saje nak menikmati makanan-makanan berasaskan strawberi sebelum terus balik KL. Saje lah nak rasa strudel tu kan.

Begitulah kisah cuti ringkas kami di Cameron Highlands di sebabkan nak tengok Mossy Forest. Best lah pengalaman ni sebab tak stress. Hehe.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post