Assalamualaikum & Hi!

Kali ni saya nak buat sedikit perkongsian tentang tempat percutian dalam negara kita yang tak jauh dari Kuala Lumpur. Cuma 40 minit dari Zoo Negara. Kenapa saya kata eksklusif? Sebab memang betul-betul eksklusif yang mana hanya kami berdua sahaja tetamu yang diterima pada masa itu. Wow!! Saya dan kawan saya, Lalat memang dah plan nak bercuti secara aman-aman saja pada 4 hingga 6 November tu. Kami sekadar nak berehat dan meluangkan masa sambil menikmati keindahan alam. Bila google-google, nampak la tempat nama The Waterway Villa ni. Saya tak tahu pun tempat ni adalah lokasi penggambaran cerita Curi-curi Cinta lakonan Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson. Masa tonton cerita tu dulu, ada lah jugak rasa cantik tempat dorang shoot ni. Tapi takde la pulak gigih pergi cari nama lokasi. Hahaha.

Kami menginap selama 2 malam di Bamboo Villa dengan harga RM400 per night. Book di website Waterway Villa sendiri sebab lebih murah berbanding booking.com ke expedia.com ke agoda.com ke dan bayaran terus melalui debitkad. Ini adalah bilik paling murah di sini. Bilik lain ada yang mencecah sehingga RM1,600 per night. Bamboo Villa adalah antara bilik yang sesuai untuk kumpulan kecil. Tiada TV, tiada mini bar, tiada kipas siling tapi ada aircond. Kelengkapan lain seperti coffee corner, mineral water, berus gigi dan ubat gigi semua ada diberi sebagai complimentary. Ada banyak lagi bilik-bilik lain yang boleh menampung bilangan tetamu yang ramai dan mempunyai tarikan tersendiri mengikut kesesuaian tetamu.

Bamboo Villa

Waktu check-in di sini sama macam biasa jam 3 petang. Setibanya kami di pintu masuk, terus sahaja di tanya nak check in ke dan terus diminta parking di tempat yang disediakan. Ada shuttle van yang akan bawa kita masuk ke dalam resort. Kami kan dua orang je. So cepat je semua proses angkut barang dari kereta ke shuttle van. Sampai je kat lobby kena bayar deposit RM100. Deposit dikembalikan selepas check-out. Kami terus saja makan Afternoon Tea sebelum masuk ke bilik. Dalam pakej penginapan di sini memang telah disertakan sekali dengan 3 kali makan. Breakfast, Afternoon Tea dan Dinner. Jadi tak perlu risau kelaparan sebab portion makanan yang diberi juga agak banyak. Cuma variasinya agak terhad. Tapi sekadar untuk makan je, memang lebih dari memadai. Walaupun makanan yang dihidangkan biasa-biasa saja, tapi plating dan presentationnya yang membuatkan saya dan Lalat appreciate la usaha Cook dan staf makanan di sini.

Menuju ke lobby untuk check-in
Hidangan pertama kami di sini. Air green tea + honey tu memang sedap sangat!

Setelah selesai Afternoon Tea, kami terus decide untuk buat River Tubing pada jam 5 petang. Memandangkan cuaca pun baik, eloklah kita ambil kesempatan ini. River Tubing dikenakan bayaran RM15 setiap seorang. Bayaran ni pun mereka tak minta on the spot. Masa check out pun tak minta juga. Kami yang tanya untuk bayar. River Tubing ni simple saja. Kita duduk atas pelampung dan ikut saja arus sungai tu. Ada la sorang staf yang akan kawal dan pantau kita. Air sungai waktu tu teramatlah sejuknya. Rasa relax la jugak sebab dalam sungai dan mata boleh lihat terus ke awan. Dalam 10-15 minit kot dalam sungai tu. Disebabkan saya yang dok belah depan, kadang-kadang saja je saya mengemudi ke kiri ke kanan pakai tangan. Kesian staf tu nak betulkan balik hala. Hehehe

Sejuk air sungai tu
Muka memang gelabah sebab takut air

Habis River Tubing, kami pun isi masa dengan berenang di swimming pool. Rasa sungguh private sebab takde orang lain pun kat situ. Seluruh kawasan seolah-olah kami yang punya. Air pada slide dan air terjun tu pun memang dibuka bila kami sampai di swimming pool. Kami keluar je kolam, air pun di tutup. Hahaha. Eksklusif sangat kan… Kolam renang Waterway Villa ni tak lah besar sangat dan tak lah kecil sangat. Ok-Ok je lah saiznya. Slide tu pun taklah panjang mana. Cuma 14 m je kot kalau tak silap. So sesiapa yang takut sangat tu, boleh cuba slide kat sini sebab tak panjang dan tak berliku-liku. Tempat landingnya pun takde lah dalam sangat. Cepat je cecah kaki ke lantai kolam.

Hanya kami berdua saja seluruh resort
Macam katak tak?
Jom meluncur…

Selesai berenang-berenang dan berslide-slide kami pun keringkan baju kejap sebab nak terus Dinner di lobby tu.

Keringkan baju dulu…

Makan malam pun dihidangkan sebaik kami sampai di lobby. Rajin jugak dorang ni masak banyak-banyak jenis walaupun hanya untuk 2 orang.

Makan time!!!
Comel kan arnab ni?

Selain dari 3 kali makan yang termasuk dalam pakej penginapan, di sini juga kita bebas mengambil light refreshment atau coffee pada bila-bila masa secara free flow. Teh panas disediakan dalam teko manakala coffee-coffee boleh didapatkan pada mesin pembancuh yang disediakan. Memang seronoklah macam ni. Apatah lagi saya yang memang minat mengopi ni kan… Rasa bahagia amat!

Teh dan pisang
Saya paling suka Cappuccino No Sugar

Sebenarnya ada sesi karaoke yang dibuka setiap malam dari jam 8.30 sampai 11.00 malam. Disebabkan kami berdua bukanlah penggemar karaoke, maka tidaklah kami menyumbangkan apa-apa lagu pada 2 malam berturut-turut itu. Lagi bagus saya rasa. Disebabkan tiada siapa menyumbang lagu, mereka gantikan dengan alunan muzik klasik lagu-lagu yang biasa dipasang kat cafe-cafe hotel untuk mengiringi lepak-lepak malam di lobby.

Saya memang suka minum-minum

Untuk hari kedua, kami mulakan dengan sarapan pagi. Selesai sahaja sarapan pagi, kami di bawa ke puncak resort yang menempatkan Glassview Villa. Di sinilah letaknya lokasi penggambaran Curi-curi Cinta tu.

Sebelum apa-apa, breakfast dulu…
Cantik kan view tu…
Pak Joko suruh kami ngobrol.
Tempat ni memang bersih dan di maintain dengan baik oleh para pekerja
Tak sangka ada perigi kat sini
Kat bawah tu banyak pokok durian

Selepas pergi ke puncak, barulah kami buat jungle trekking. Kami memang dah bersetuju untuk buat jungle trekking yang memang tersedia dalam pakej penginapan sejak awal lagi. Tiada bayaran dikenakan. Trekking ini sesuai untuk kami yang bukanlah penyukan. Treknya memang dah dibuat cantik-cantik menggunakan tayar lama. Cuma perlu daki saja. Trekking ini ambil masa cuma dalam 30 minit pergi-balik. Kemuncaknya ialah sungai yang mengalir deras menghempas batu-batu sungai yang ada di situ secara semula jadi. Kami tak masuk dalam air sungai sebab nak keluar buat aktiviti lain di luar. Malas basahkan baju dan salin-salin.

Trekking yang aman
Yeayyy! Berjaya ke kemuncak
Antara permandangan yang saya suka
Kalau mandi sungai ni best kot…

Selepas minum-minum lepas trekking, kami terus pandu keluar ke Bilut Extreme Park. Lebih kurang setengah jam perjalanan. Di Bilut Extreme Park ni kami cuma nak main ATV dan memanah. Kami pilih route ATV yang moderate dengan bayaran RM120 untuk 60 minit. Setelah selesai sign borang keselamatan, kami dibekalkan sepasang sarung tangan, satu penutup kepala untuk lapik helmet dan sebuah helmet. Masuk terus ke tempat training ATV. Briefing disampaikan oleh person in-charge dan latihan di buat selama 10 minit. Ulang-alik pelbagai jenis laluan yang mungkin akan dilalui sebentar lagi. Saya suka latihan di sini sebab betul-betul beri konfiden dalam mengendalikan ATV tu.

Letih woooo. Minum dulu…
Ini kawasan training

Apabila pengembaraan ATV dimulakan, saya rasa suka lalu dalam ladang kelapa sawit tu. Ada rasa aman. Lama-lama rupanya dah naik bukit tinggi sikit. Rehat sekejap kat atas bukit tu. Kemudian teruskan perjalanan dengan merentas sungai kecil. Kecil betul tau. Korang janganlah expect sungai besar. Hahaha. Tapi OK la. Sebab sebelum ni ATV di Kemensah saya buat takde rentas sungai. ATV Tadom lagilah takde!

Ni lah atas bukit sikit
Yeaayyy!! Dapat lalu sungai 😂

Lepas main ATV, saya main memanah pulak. 24 arrows dengan bayaran RM18. Tangan sebenarnya dah lenguh tekan minyak ATV. Pastu main panah pun mestilah tah apa-apa je saya buat. Ada la 4 5 yang kena sasaran. Yang lain, arrownya makan angin je. Sebenarnya memang dari dulu saya tak reti memanah. Tak pernah betul cara saya memanah. Hahaha. Takpelah saja bagi otak dan body bekerja sikit. Kalau tak, bertenang sangat pulak.

Tengok gaya pun tahu mesti tak kena sasaran

Waktu tengahari pun dah tiba, maka kami pun cari je tempat makan. Tempat yang nak dituju tu tutup pulak pada hari Selasa. Maka, kami makan je kat warung Nasi Paku. Sedap jugaklah Nasi Paku ni. Boleh la layan…

Banyak kuah berupa gulai dalam Nasi Paku ni.

Balik berehat kejap. Lepas tu terus pergi Afternoon Tea. Pihak resort dah call sebab saya cakap nak minum 3.30 petang. Tapi dah pukul 4.oo petang tak datang-datang. Mereka risau makanan akan jadi sejuk.

Makan lagi… Tu air kedondong asam boi. Kedondong tu dari kebun sekeliling resort ni lah. Semua buah yang dihidangkan memang semuanya dari kebun resort ini juga.

Lepas makan petang kami isi masa dengan pergi ke Kolam Air Panas Bentong yang terletak cuma 5km dari resort. Ada dua kolam besar. Yang sebelah kiri lebih panas dari yang sebelah kanan. Di sini banyak warga emas berenang dan mandi air panas. Ada yang buat macam synchronized swimming tau! Jangan main-main dengan apek-apek Bentong ni. Hebat berenang dan menari mereka ni. Ada satu uncle tu cakap, air hari tu lebih panas dari hari-hari biasa. Wah!! Bertuah la kami dapat rasa air lebih panas! Selesai berendam kaki dalam kolam air panas, kami pulang untuk bersihkan badan dan turun semula ke lobby jam 8 untuk makan malam.

Kolam ni memang dibuka kepada orang ramai secara percuma
Ramai warga emas kat sini. Jaga kesihatan dan berubat katanya
Dinner mesti meriah!

Pada malam ini saya lepak lama sikit di lobby sambil layan coffee dan lagu-lagu. Habis 3 cawan kopi barulah saya pulang ke bilik untuk beradu. Sesiapa yang nak main indoor games juga boleh. Table tennis ke, mini archery ke, soccer yang patung-patung tu ke semua ada. Tapi selalunya malam-malam orang karaoke je.

Jalan ke kawasan Bamboo Villa
Kawasan Bamboo Villa

Hari akhir kami di Waterway Villa hanya kami isi dengan sarapan pagi dan berenang di swimming pool sebelum pulang. Saya sempat juga baca novel sebelum check out.

Breakfast like a King!
Bakar kalori breakfast tadi…
Kasi kering sikit baju…
Lepak luar bilik pun OK juga

Bagi yang nak buat team building di sini, memang ada banyak tempat yang sudah direka khas untuk tujuan itu. Ada sebuah meeting room di sini dan ada juga ruang outdoor activities. Tempat makan juga sangat selesa. Sebenarnya pada waktu hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah, Waterway Villa sering menerima tetamu hampir 200 orang dalam satu-satu masa! Jadi mereka sudah biasa menguruskan tetamu yang ramai. Cuma masa kami pergi je hanya kami berdua yang perlu dilayan. Staf di sini juga semuanya sopan santun dan lemah lembut sekali. Kadang-kadang sampai tak dengar apa dia cakap! Mereka juga cekap menyampaikan servis walaupun dihubungi dengan whatsapp sahaja. Tak perlu call.

Ada banyak tempat BBQ disediakan sekeliling resort. Kalau ramai orang pun tak berebut tempat
Tempat makan dan duduk-duduk pun banyak
Ada kawasan lapang juga. Ada lagi banyak di bahagian lain. Nak yang ada kerusi pun ada.
Pokok belakang tu namanya Janda Merana 🤣

Resort ini dikelilingi oleh pokok durian musang king dan buah-buahan yang lain seperti betik, kedondong, manggis, tembikai dan ciku. Pada masa musim buah, kita memang boleh membeli buah terus dari kebun dengan harga yang jauh lebih murah! Bulan Januari nanti durian berbuah katanya. Pergilah!

Hijau kegemaranku…

Kami juga membeli anak pokok durian musang king untuk ditanam. Satu pokok cuma RM15 sahaja. Sedangkan di pasaran ada yang menjual sehingga RM45 sebatang. Si Lalat beli kelapa jugak. Tapi yang lagi best adalah apabila staf sini berbesar hati membekalkan kami dengan buah tangan dari kebun mereka. Mereka beri 2 plastik besar betik dan 1 plastik besar kedondong. Banyak! Memang banyak dan kami boleh kongsikan dengan ramai ahli keluarga. Terima Kasih Mas!

Rasa macam baru balik dari kebun bapak

Sebelum pulang ke KL, kami singgah di Lemang To’ki sekejap sebab Lalat nak belikan lemang dan rendang untuk mertua beliau. Saya pulak pilih untuk makan ayam bakar kat sini. Memang sedap!

Dah sampai, takkan tak makan kan?

Balik tu saya terus ke rumah sewa saya di Pulau Indah untuk hantar anak pokok durian musang king tu. Saya minta penyewa tanamkan dan jaga pokok tu. Saya harap dalam 4-5 tahun lagi, dapatlah saya merasa hasil pokok durian sendiri. Amiin…

Bagi saya percutian ini amat membahagiakan. Tenang dan aman saja. Dengan total cost RM600 seorang sekali minyak dan tol pergi balik, saya merasakan ia amat berbaloi! Mana nak dapat percutian eksklusif dengan harga macam tu kan? 🤣

Share This:

2 thoughts on “Percutian Eksklusif Back To Nature 3D2N Di The Waterway Villa, Bentong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes