Polisi Review – Terbang Lagi Duit Aku!!! Tapi…

Hai dan Assalamualaikum Semua!

Korang yang ada polisi insurans atau sijil takaful tu mungkin pernah dengar la istilah “Policy Review” ni. Tahu ke tak apa benda nya ni?

policy-reviewPolicy Review sebenarnya ialah aktiviti yg dilakukan oleh agen insurans/takaful anda untuk menyemak kembali sejauh mana protection yg telah diambil tu memadai dengan keperluan anda. Biasanya dilakukan dalam 2-3 tahun sekali atau setiap tahun pun boleh jugak.

Sebagai contoh, Azhar telah menyertai takaful ketika dia bujang berumur 23 tahun. Pada masa itu Azhar baru sahaja tamat pengajian dari universiti tempatan. 3 tahun kemudian, Azhar telah pun mendirikan rumahtangga bersama Aisyah dan telah membeli sebuah apartment. Jelas kelihatan di sini bahawa nilai perbelanjaan yg ditanggung oleh Azhar telah meningkat selaras dgn peningkatan ahli keluarga dan bilangan harta.

Pada usia 23 tahun dulu, Azhar hanya mengambil perlindungan kematian sebanyak RM20,000. Namun, pada usianya 26 tahun kini sudah tentu dengan nilai pampasan RM20,000 sahaja untuk ditinggalkan kepada seluruh ahli keluarga pastinya tidak mencukupi apatah lagi jika Azhar turut meninggalkan hutang pelajaran. Apabila review dilakukan, agen akan nampak pertambahan keperluan yg wajar untuk Azhar. Maka agen itu akan menyarankan sedikit penambahbaikan terhadap protection sedia ada.

Dari pandangan mata agen, ada peluang pertambahan bisnes

Dari pandangan mata peserta, terbanglah lagi duit aku! Tapi inilah yg mampu aku lakukan demi kesejahteraan keluarga kelak.

Sebaliknya pula, jika Azhar tiba-tiba mengalami pengurangan gaji disebabkan terpaksa berpindah tempat kerja, agen akan menasihatkan untuk Azhar mengeluarkan rider-rider yg tidak kritikal supaya Azhar boleh terus membayar premiumnya yg lebih rendah tanpa rasa terbeban dan dalam masa yg sama protection asas masih dikekalkan.

Jadi, janganlah takut dengan policy review. Tidak semestinya anda kena tambah premium. Mungkin kena kurangkan. Apa-apa pun berhubunglah dengan agen anda untuk membuat review. Tapi kalau rasa-rasa nak dapatkan policy review percuma dari saya, jgn segan-segan untuk call/whatsapp 017-3723344 | surifitriah@gmail.com. Kita set appointment ok!

Semoga berjumpa lagi!

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post