Proses Claim Great Eastern Takaful

Sudah lebih 50 bulan saya bergelar sebagai agen di Great Eastern Takaful. Dalam tempoh itu, sudah lebih dari 100 claim telah saya uruskan. Claim-claim yang dibuat termasuklah claim bil perubatan dalam medical card, bil perubatan kemalangan, bil perubatan sebelum kemasukan wad, bil perubatan selepas kemasukan wad, elaun hospital, elaun MC akibat kemalangan dan juga kematian!

Contoh Claim Status yang telah disubmit

Contoh Claim Status yang telah disubmit

Suka saya nak beritahu bahawa proses claim ini adalah sangat mudah dan pantas. Hanya dengan menyediakan dokumen lengkap, claim anda memang mudah diuruskan. Dokumen pun bukanlah dokumen yg bagai menanti bulan jatuh ke riba baru boleh dapat.

Tips melancarkan proses claim terutamanya perubatan :-

1-   Beritahu latar belakang kes anda semasa kejadian berlaku kepada agen. Tujuannya supaya agen tahu jenis claim dan apakah borang dan dokumen yang perlu disediakan. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga sebab boleh elakkan daripada buat kerja dua kali atau ulang-alik ke hospital.

2-   Terus minta doktor isi borang claim semasa dalam tahanan di wad. Tujuannya supaya tidak dikenakan caj tambahan sebab request di luar waktu rawatan dan perlu buka arkib untuk doktor sediakan report. Agen kena cepat sampaikan forms kepada client/doctor supaya senang.

3-   Buat salinan yang terus disahkan oleh pihak hospital. Hal ini penting jika nak claim lebih dari satu company.

4-   Berikan dokumen dan borang yg lengkap diisi kepada agen untuk dihantar ke HQ. Jangan lupa buat copy supaya senang nak rujuk sekiranya ada lagi keperluan tambahan dari pihak takaful/insurans.

Mudah je kan sebenarnya. Sepanjang pengalaman saya, claim memang tak susah. Pernah juga hantar hari ni, esok dah approved! Kalau kes yg standard dan straight forward memang dlm masa 2 minggu dah boleh settled. Cuma kes yg perlu further investigation memang makan masa lebih sedikit. Tetapi itu pun tertakluk kepada masa bertindak maksimum 3 bulan. Sekiranya syarikat masih gagal dapatkan maklumat tambahan yg diperlukan, claim akan tetap terus dibayar :-). Bagus kan macam tu?

Kepada orang-orang diluar sana yang masih ragu-ragu sejauh mana kebenaran akan dapat claim dari syarikat insurans/takaful, hapuskanlah keraguan itu. Claim ini benar-benar wujud dan benar-benar dapat!

Contact saya Suri Fitriah 017-3723344 untuk dapatkan perlindungan takaful yang memang boleh claim!!!

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

Setelah 15 Tahun OBESE, Saya Mula Turunkan Berat Badan!

Assalamualaikum & Hi Semua! Kali ini saya nak cerita sendiri pengalaman membuat program penurunan berat badan. Bunyi program pun dah teruk. Nak buatnya pun agak teruk jugak la… Berat badan

Bidang Tugas Agen Di Great Eastern Takaful

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua! Saya tahu ramai orang di luar sana sedang berkira-kira untuk melakukan part time job. Kalau dah nama part time sudah tentu ia sepatutnya lebih fleksibel,

Supremacy Summit 2015/16

Supremacy Summit 2015/16 ini adalah supremacy summit pertama yang pernah saya hadiri! Seperti biasa, majlis diisi dengan updates terkini dari CEO GELM, Dato’ Koh Yaw Hui dan penyampaian award kepada