Hai Assalamualaikum Semua,
Kali ni nak share pasal satu claim yang dibuat oleh seorang client saya bernama Hamzani yang mengalami kemalangan pada jari kelingkingnya semasa bermain bola sepak.
Hamzani tinggal di Selangor. Tetapi kemalangan yang dialami berlaku di Johor. Sebagai peserta Great Eastern Takaful yang mengambil perlindungan untuk Medical Card dan Kemalangan, beliau boleh dirawat di mana-mana hospital dan klinik panel mahupun bukan panel.
Moral : Lokasi perlindungan tidak terhad
Beliau mendapatkan rawatan kecemasan sebagai pesakit luar di KPJ Johor, Johor Bharu.
Bil : RM201.55
Diagnosis : Jari patah
Hamzani minta untuk membuat rawatan lanjut di Selangor. Beliau ke KPJ Selangor, Shah Alam. Rawatan lanjut memerlukan jarinya dibedah untuk memasukkan wayar. Hamzani telah dimasukkan ke wad pada 17hb dan keluar pada 18hb Disember 2013.
Bil Rawatan Lanjut : RM165
Bil Pembedahan : Ditanggung oleh syarikat isteri
Bil Rawatan Susulan : RM300
Disebabkan kemalangan ini, Hamzani telah mendapat MC selama 78 hari atau 11 minggu.
Setelah tempoh MC beliau tamat, beliau mula membuat tuntutan bagi semua bil sebelum dan selepas kemasukan ke wad, elaun hospital dan elaun MC. Tuntutan beliau diterima dan diproses pada 13 Mac 2014.
Hasilnya adalah seperti berikut :-
Keempat-empat cek telah dikeluarkan pada 17,19 Mac dan 1 April 2014. Cek dikeluarkan mengikut rider yang diambil. Tidak disatukan untuk memudahkan kita membuat semakan.
Rawatan kecemasan yang diambil di KPJ Johor bernilai RM201.55 manakala bil rawatan susulan di KPJ Selangor ialah RM300. Maka jumlah keseluruhan sepatutnya RM501.55. Hamzani menerima RM491.55 sahaja kerana RM10 untuk pendaftaran semasa rawatan awal tidak termasuk di dalam perkara-perkara yang dilindungi.
Rawatan lanjut yang dibuat sebaik sahaja balik ke Selangor bernilai RM165. Hamzani menerima RM155 sahaja kerana RM10 untuk pendaftaran rawatan lanjut ini tidak termasuk dalam perkara-perkara yang dilindungi.
Untuk menjalani pembedahan, Hamzani dimasukkan ke wad terlebih dahulu. Beliau masuk pada 17hb Disember dan keluar pada 18hb Disember. Beliau layak mendapat RM50 bagi setiap satu hari tinggal di wad.
Hamzani mula MC pada 13 Disember 2013 hingga 28 Februari 2014 (11 minggu). Dengan mengambil rider i-CABX maka beliau layak untuk mendapat elaun MC bagi setiap minggu. Jumlah keseluruhan yang diterima ialah RM1253.58.
Nampak tak, walaupun kos pembedahan ditanggung oleh syarikat lain, manfaat-manfaat lain yang kita miliki masih boleh dituntut daripada syarikat insurans/takaful persendirian kita. Lagi satu, ingin ditekankan bahawa rider kemalangan bukanlah hanya tertakluk kepada kemalangan jalan raya sahaja.
Macam mana? Ada tak faham? Ada nak tanya? Sila sila lah contact saya 🙂
surifitriah@gmail.com | 017-3723344
Cara untuk mendapatkan insyuran jari patah
Terima kasih akak..moga rezeki dan ilmu akak bertambah..
Terima kasih kembali ariff. Kita buat sama2.
Amiin.
Kak mohon kebenaran utk share..
Silakan Ariff