Dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita pulang.

Ajal maut memang tak pernah kita ketahui bila akan datangnya. Tetapi kematian itu adalah PASTI bagi setiap insan yang bernyawa. Pada 7 April 2015, maka telah kembali ke Rahmatullah seorang client yang juga merupakan rakan sekerja saya di pejabat akibat kecederaan teruk di kepalanya setelah terlibat dalam kemalangan motosikal semasa hendak bertugas. Allahyarham Mohd Andrian yang baru berusia 27 tahun ini meninggalkan seorang isteri serta seorang anak lelaki berusia 3 tahun dan seorang anak perempuan berusia 6 bulan. Sunggu sayu rasa hati apabila melihat anak-anak Allahyarham yang belum benar-benar faham tentang pemergian ayah mereka buat selama-lamanya.

Allahyarham Mohd Andrian dan anak-anaknya. Al-Fatihah...

Allahyarham Mohd Andrian dan anak-anaknya. Al-Fatihah…

Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Allahyarham telah menjalani dua kali pembedahan di kepalanya. Kita hanya mampu berusaha untuk melakukan yang terbaik tetapi Allah tetap yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Pastinya ada lebih kebaikan yang telah dirancangkanNya atas dugaan besar yang menimpa keluarga Allahyarham. Allahyarham merupakan anak kedua dari tiga orang adik beradik. Beliau merupakan seorang anak, adik, abang, suami, ayah, client dan pekerja yang terlalu baik dan mulia budi pekertinya. Pemergian beliau memberi kesan yang mendalam terhadap orang di sekelilingnya.

Sebagai agen kepada Allahyarham, saya berasa amat bertanggungjawab untuk menguruskan tuntutan bagi kes kematiannya. Secepat mungkin saya cuba mendapatkan semua dokumen dan tandatangan waris untuk mempercepatkan proses tuntutan kesemua manfaat yang layak dari sijil takaful Allahyarham. Di saat ini, memang terpahat kukuh dalam jiwa saya bahawa takaful memang wajib dimiliki oleh semua tidak kira usia dan status kehidupan. Banyak perkara yang perlu kita selesaikan walaupun telah meninggal dunia. Orang-orang yang kita tinggalkan di dunia ini seharusnya dapat meneruskan kehidupan sama seperti jika kita masih ada. Takkanlah kita sanggup melihat isteri yang tidak bekerja tiba-tiba terpaksa bekerja untuk menyara keluarga. Takkanlah kita sanggup melihat anak kita yang sentiasa ceria dengan hadiah-hadiah yang sering kita belikan, tiba-tiba menjadi murung kerana sudah tidak dapat hadiah lagi. Takkanlah kita sanggup melihat keluarga kita terpaksa berpindah ke rumah sewa yang kecil kerana tidak lagi ada orang yang mampu membayar ansuran rumah banglo yang luas setelah pemergian kita.

Sedarlah bahawa setiap dari kita merupakan orang yang terlalu penting bagi keluarga kita. Pemergian kita sebenarnya memberi impak yang besar kepada ahli keluarga kita apatah lagi jika kita adalah sumber utama pendapatan keluarga!

Saya berasa amat terharu sebenarnya dengan sikap Allahyarham yang begitu terbuka untuk mengambil takaful bagi dirinya sendiri terlebih dahulu. Pada usia beliau 24 tahun semasa sign up takaful dulu, memang tidak pernah terfikir oleh kebanyakan anak muda seusianya. Dan lebih mengharukan memang beliau mengambil takaful ini untuk memberi kesenangan kepada isteri dan anaknya.

Dengan kecekapan Great Eastern Takaful dan kerjasama yang baik daripada isteri Allahyarham, maka kesemua tuntutan atas kematian Allahyarham dapat disempurnakan dalam masa 4 minggu sahaja. Semasa menyerahkan cek manfaat kematian kepada isteri Allahyarham, saya berasa sungguh mulia tugas yang saya lakukan. Sekurang-kurangnya manfaat itu boleh menjadi penyambung harapan untuk isteri dan anaknya meneruskan kehidupan dengan sempurna.

Untuk pengetahuan umum, isteri Allahyarham mendapat 3 jenis manfaat dari sijil Allahyarham :-

1- Khairat Kematian

2- Manfaat kematian

3- Manfaat kematian akibat kemalangan

Bagi yang masih berkira-kira untuk sign up takaful, cepat-cepatlah bertindak sekarang. Kita takkan tahu bila kita akan meninggal, sakit mahupun kemalangan. Tapi kemungkinan itu semua memang ada dan jika berlaku, kehidupan kita boleh berubah kepada lebih kedukaan.

Hubungi saya untuk penerangan lengkap Suri Fitriah 017-3723344

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *