Assalamualaikum & Hai!

Rasanya semua orang ada angan-angan sejak kecil kan? Saya pun ada! Sejak saya berusia 6 tahun, saya memang teringin sangat nak bergelar Jutawan. Walaupun pada masa itu, saya tak tahu pun Jutawan tu apa! Yg saya tahu saya nak jadi Jutawan. Apabila dah remaja, saya kemaskan sikit angan-angan tu dengan meletakkan masa sebagai syarat. Angan-angan baru saya jadi macam ni “Saya nak jadi Jutawan sebelum 30 tahun”. Sejak dari tu puaslah kira berapa duit nak kumpul supaya bergelar jutawan sebelum umur 30 tahun! Humang aaiiiii!!! Banyaknya nak kena save sebulan kalau nak jadi Jutawan? Lebih kurang RM7,000 sebulan selama 12 tahun. Ada ke duit banyak tu nak simpan? Kerja pun belum!

Bila tahu kena save RM7,000 sebulan selama 12 tahun baru boleh jadi Jutawan, saya terus demoralize. Yelah, mana nak cari RM7,000 untuk disimpan. Masa tu belum kerja. Kalau kerja gaji RM3,000 pun, dah tentu tak boleh simpan RM7,000 sebulan. Saya mula kuburkan angan-angan kanak-kanak saya tu….

Saya pun menjalani kehidupan seperti biasa. Habis belajar masuk kerja. Gaji biasa-biasa. Siap rasa tak cukup. Bila dah rasa gaji tak cukup, kita mesti la fikir macam mana nak cukupkan kan? Akhirnya saya beli sebuah rumah untuk disewakan. Hasil dari sewa rumah tu, saya generate lagi untuk beli sebuah rumah lagi. Dalam masa yg sama, saya menjadikan Agen Takaful sebagai part time job saya. Memang banyak jugak komisyen dari takaful. Maka saya gunakan komisyen, sewa rumah dan gaji tetap untuk membolehkan saya membeli rumah lagi dan lagi dan lagi.

IMG_7294
Rumah Ke-5 dan Ke-6 untuk disewakan 2015

Sehinggalah pada 18 Jun 2015, iaitu sehari sebelum saya berumur 30 tahun, saya tergerak hati untuk mengira berapakah nilai aset yg saya miliki pada saat itu! Alangkah kagumnya saya apabila mendapat tahu bahawa nilai aset yg saya miliki pada waktu itu rupanya sudah pun melebihi RM1 Juta! Wahhhh, rupanya angan-angan saya dah jadi nyata! Walaupun nilai RM1 Juta itu bukanlah nilai tunai dalam tangan saya, tetapi sekurang-kurangnya saya dah capai nilai juta itu!

Siapa sangka, side income kita rupanya mampu mempercepatkan impian kita tercapai! Selain dari mampu membeli hartanah, side income saya juga mampu menerbangkan saya keluar negara. Lebih-lebih lagi negara Eropah yg biasanya ramai sangat orang nak pergi! Saya takde lah nak sangat ke Eropah tu. Tapi sebab ramai orang nak pergi, so saya pun pergi je la…

Jalan2 sikit...
Jalan2 sikit trip ketiga 2014…

Dengan side income jugalah saya dapat beli kereta baru. Bukanlah Merc ke BM ke Audi ke… Tapi bukanlah juga kereta yg paling banyak di Malaysia kan? Saya juga ada beli 1 MPV lagi utk kegunaan keluarga 🙂

Kia Cerato K3 1.6
Kia Cerato K3 1.6 2014

Lihat… Siapa kata kerja biasa-biasa tak boleh jadi Jutawan? Siapa kata kerja biasa-biasa tak boleh keluar negara? Siapa kata kerja biasa-biasa tak boleh beli kereta import? Semuanya boleh jika kita rajin mencari sumber pendapatan tambahan kan? Dan sumber pendapatan tambahan yg baik adalah yg mampu berkembang pesat dgn sedikit usaha! Salah satu darinya sudah tentulah menjadi Agen Takaful di Great Eastern Takaful!

Jom saya tunjukkan bagaimana nak menjana pendapatan dari Takaful! Jom saya ajar macam mana nak jadi agen yg dipercayai! Nak exam pun hanya perlu bayar RM84.80 saja… Masih berkira? Masih ego untuk berjaya?

Call Suri Fitriah di 017-3723344 sekarang!

Drop Your Resume Here

p/s : Maaf jika ada yg tak gemar dgn post begini. Saya buat post ini sekadar nak beritahu dan ajak orang ramai di luar sana untuk berimpian dan majukan diri. Jangan menunggu bulan jatuh ke riba.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes