SNUGroup Annual Dinner 2019 @ Gobo Chit Chat, Traders Hotel KL

Ini merupakan tahun kelima berturut-turut saya melayakkan diri untuk SNUGroup Annual Dinner yang dianjurkan bermula 2015. Pada kali ini, Annual Dinner tersebut telah diadakan pada 7 Mac 2020 bertempat di Bucked Out Seafood Market @ Gobo Chit Chat, Traders Hotel KL. Seafood buffet ni memanglah menjadi kegilaan saya apatah lagi sudah agak lama berpantang seafood disebabkan sedang dalam proses menurunkan berat badan. Dah buang 20kg. Ada lagi balance 10kg yang degil ni sedang diusahakan untuk disingkir. Apa pun, saya sangat enjoy dengan seafood buffet ni dan makan saja semua jenis hidangan yang ada.

Sebelum apa-apa, kita foto-foto dulu lah kat lokasi kejadian kan… Ni level 6. Buffet kita kat level 5.

Seafood buffet di sini memang langsung tidak mengecewakan. Pilihan seafood yang pelbagai. Seafood yang segar dan bersaiz baik. Dari udang galah sampai lobster. Dari kupang sampai lokan. Dari kepah sampai shell. Dari pepahat sampai tiram. Dari ketam bunga sampai ketam nipah. Dari salmon sampai octopus. Haaaaaa apa lagi? Puas hati kan?

Lepas ambil seafood yang digemari, kita boleh pilih 3 sos untuk dimasak bersama seafood kita tu. Ada teriyaki, sichuan dan salted egg. Untuk ketam, hanya masak cili saja yang dibenarkan. Chilli crab akan sentiasa dihidangkan dengan mantou. Perfect kan?

Selain dari seafood ni, sebenarnya ada banyak lagi makanan lain yang boleh di makan oleh orang-orang yang tak gemar seafood. Ada nasi lemak dengan sambal sotong dan ayam percik. Ada pasta-pasta dan lasagna ayam juga. Ada sushi dan takoyaki juga. Yang suka western, beef brisket dan lamb pun ada. Dihidang bersama mushroom sauce dan grilled vegetables.

Untuk pemanis mulut, banyak juga pilihannya. Ada bubur pulut hitam, durian crepe, ABC, aiskrim, kek dan buah-buahan. Minuman yang disediakan adalah air kosong sejuk atau air suam. Nak air lain, boleh buat side order lah. Peminat air panas sebagai penutup, semestinya pilihan kopi atau teh sentiasa tersedia.

Nak tengok tak apa saya makan? Hehehe…

Mula-mula makan makanan lain secubit-secubit saja.

Chilli crab & oyster with mantou kegilaan ramai

Saya memang suka oyster. Rebus saja pun saya boleh telan. Tapi kalau mentah, kurang gemar sikit lah…

Saya dan Reezal memang kaki makan. Makanan kami silih berganti dengan pantas. Haziq tu tak larat la nak menandingi kami. Tu dia senyum-senyum je tu…

Ini semua tetamu-tetamu yang sama-sama tolong makan seafood banyak-banyak tu…

Inilah 4 orang qualifiers SNUGroup Annual Dinner 2019. Reezal, Syak, Suri dan Tica. Yang tengah-tengah tu boss.

Dari riak wajah, rasanya semua gembira makan-makan seafood tak henti-henti ni kan. Semoga kami semua akan terus komited menjadi qualifiers SNUGroup Annual Dinner untuk tahun ini dan tahun-tahun seterusnya!

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih buat Group Agency Manager kami, Cik Sharifah Nur Ummirah atas penganjuran dinner yang awesome ini! Lain kali buatlah lagi…

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

SNUTeam Annual Dinner 2017

Pada 14 April 2018, SNUTeam telah mengadakan Annual Dinner nya yang humble di Golek-golek Restaurant. Lebih 20 orang agen dari SNUTeam telah hadir pada majlis ini bersama-sama ahli keluarga masing-masing.

Takaful Business Opportunity Sharing Session (TBOSS) Zarina Sharif Agency

Semalam, 19 Oktober 2013 satu TBOSS khas untuk Zarina Sharif Agency telah selamat diadakan di Bilik Sabah, Level 6, Great Eastern Mall dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Cik

Perkongsian Ilmu Membina Website

Pada 24 April 2018 saya berpeluang bercerita kepada seluruh warga Zesters berkaitan blog saya ini dalam weekly gathering kami yg dikenali #oymgzg. Almaklumlah zaman sekarang semuanya online. Jadi nak buat