Pada 30 Mac 2019 berlangsungnya satu sambutan penghargaan bagi ahli-ahli SNUTeam yang telah berhempas pulas mengekalkan kualiti team sebagai Million Dollar Agency. Dalam sambutan ini juga seperti biasa, hadiah bagi contest hujung tahun yang dikenali sebagai Menuju Puncak telah disampaikan oleh Group Manager, Cik Ira. Pada kali ini, Cik Ira telah memilih BBQ Lamb Kemensah sebagai venue untuk makan-makan yang pastinya memberikan pengalaman berbeza dari tempat-tempat lain.

Apa yang istimewanya tempat ni? Di BBQ Lamb Kemensah kita berpeluang untuk menikmati hidangan BBQ yang lazat dalam suasana alam semulajadi yang sebenar. Manakan tidak? Meja-meja dan kerusi makan di letakkan di tengah-tengah anak sungai yang airnya jernih dan mengalir tenang. Dalam sungai itu juga ada ikan-ikan yang berenang-renang dan sekali-sekala terasa gigitannya di jari-jari kaki. Ala-ala fish spa gitu. Di kiri kanan sungai terdapatnya pokok-pokok yang tumbuh bebas merimbun sekaligus meredupkan suasana dan memberi impak segar.

Makanan di sini memang tak dinafikan kesedapannya. Dari BBQ dan sekalian sosnya hinggalah ke air minuman Teh O Ais Lemon, semuanya sedap dan cukup rasa. Makanan di sini juga dihidangkan secara set. 1 set adalah untuk 4 orang makan. Harga dari RM120 hingga RM150 setiap set mengikut jenis.

Ini set kambing. Maknanya semua kambing sahaja
Ini set campur. Ada kambing, lembu, ayam dan itik
Ini set seafood. Ada salmon, udang, sotong dan soft shell crab
Ini coleslaw yang rangup
Semua set di datangkan dengan free flow iced lemon tea dan nasi

Setelah selesai makan, sampailah kepada acara penyampaian hadiah. Seperti biasa hadiahnya mestilah wang tunai sempena ligan sales hujung tahun! Amaun berbeza-beza ikut performance.

Terima kasih lah Cik Ira. Lain kali boleh bagi lagi…

Selesai penyampaian hadiah, bebaslah kita nak berenang-renang di kolam atau di sungai. Yang bawa anak kecil, boleh sangatlah nak berenang kat kolam ni. Senang sikit nak kawal.

Maka tamatlah sambutan bagi tahun 2018. Dah tiba masa untuk menempa kejayaan dalam 2019 pula. Semoga SNUTEam sentiasa konsisten dalam memberikan servis dan rundingan takaful yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia! Siapa-siapa yang masih kurang jelas atau belum dapatkan takaful, silalah hubungi kami agar anda juga tidak ketinggalan dalam menyediakan perlindungan terbaik untuk diri dan keluarga. Bagi yang nak menceburkan diri dalam kerjaya sebagai perunding takaful juga, amatlah kami alu-alukan untuk hubungi kami. Kita share sama-sama apa yang ada dalam bidang takaful ni. Suri Fitriah 017-3723344.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All right reserved. | Theme: Business Kid by eVisionThemes