Pada 16 hingga 21 Mac 2017 yg lalu, saya bersama-sama qualifiers lain dari seluruh Malaysia telah bercuti ke Beijing, China sebagai hadiah daripada Great Eastern atas kerja keras kami dalam bidang takaful. Percutian ditaja penuh oleh Great Eastern ini amat menggembirakan tambahan lagi Muslim qualifiers semakin ramai dan memudahkan trip dirancang secara patuh-syariah 🙂

Hari pertama

Sampai di Beijing jam 12.50 pagi dan terus di bawa check-in ke hotel. Tidur je lah malam tu kan. Cuaca di Beijing waktu kami melawat adalah sekitar 10 hingga 25 darjah celsius.

IMG_5266

Ni depan hotel kami menginap

Hari kedua

Melawat Tiananmen Square dan Forbidden City. Lepas makan malam menonton acrobatic show pulak.

IMG_5030

Di Tiananmen Square. Setiap hari waktu pagi dan petang, orang ramai boleh berkumpul di sini untuk menyanyikan lagu negara semasa upacara menaik dan menurunkan bendera neagara

IMG_5261

Dah dalam Forbidden City. Ada 7 gate dari selatan ke utara. Dalam Forbidden City ni ada 9999.5 bilik. Bilik2 ni adalah untuk isteri-isteri Maharaja yg mencecah 3000 orang semunya

IMG_5224

Sebelum menonton acrobatic show selama 1 jam

Hari ketiga

Bertandang ke Gu Bei Water Town di sebelah pagi. Hidangan stimboat untuk makan tenghari. Lepas tu mendaki Simatai Great Wall.

IMG_5171

Gu Bei Town ini dibina semula semirip bandar air asalnya

IMG_5106

Makan dulu sebelum naik kereta kabel ke Simatai Great Wall

IMG_5063

Sampai pun di Simatai Great Wall. Mengah jugak nak naik ke atas ni. Memang ada laluan sempurna tapi sungguhlah curam.

IMG_5100

Cantik kan view di Simatai Great Wall ni. Takde lah menyesal panjat tinggi-tinggi

Hari keempat

Melawat Bird Nest Olympic Stadium dan Blue Cube. Lepas tu menyelusuri Hutong dengan menaiki beca. Gala Dinner dengan hidangan dan persembahan untuk Maharaja.

IMG_5167

Stadium Olimpik 2008 yang mampu memuatkan 110,000 penonton dalam 1 masa. Dibina oleh arkitek Sweden dengan kos 3.1 Billion Renminbi

IMG_5262

Blue Cube yang berekabentuk seperti sisik ikan. Semua acara akuatik berlangsung di sini

IMG_5272

Depan hall gala dinner

IMG_5269

Depan restoren sebelum gala dinner

Hari kelima

Melawat Niu Jie Mosque. Masjid tertua di Beijing.

IMG_5258

Masjid Niu Jie ni memang 100% rekabentuk Cina

IMG_5244

Depan dewan solat wanita. Memang terpisah dari dewan solat lelaki.

Yang tempat-tempat shopping takyah lah tunjuk ye. Shopping je pun. Dari lawatan percuma ini, saya membuat kesimpulan bahawa Beijing adalah satu bandar yang sangat bersih dan teratur.

Macam mana? OK juga kan jadi agen takaful? Jalan-jalan ke tempat yg baik secara percuma dan diatur dengan baik. Jom hubungi saya untuk tahu lebih lanjut lagi tentang kerjaya sebagai agen takaful. Suri Fitriah 017-3723344.

Share This:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *