Assalamualaikum & Hai Semua!
Pada 12 hingga 16 Mac 2016, saya telah pun menikmati percutian 5 bintang percuma daripada Great Eastern. Percutian ini adalah hadiah kepada semua qualifiers bagi Supremacy Elite 2015. Percutian 5 Hari 4 Malam ini ditaja sepenuhnya termasuklah penerbangan, penginapan, makanan, pengangkutan, pemandu pelancong dan tiket-tiket ke tempat menarik!
Seawal 9.30 pagi kami telah bertolak dari KLIA terus ke Guangzhou menaiki pesawat MH376. Suhu semasa kami touch down adalah sekitar 10 darjah celcius. Setibanya di Guangzhou kami dibawa terus ke stesen keretapi untuk menaiki High Speed Train ke Guilin. Perjalanan ke Guilin mengambil masa lebih kurang dalam 3 jam dengan kelajuan keretapi sekitar 220-250 km/j sahaja. Harga tiket dalam 137 Yuan.
Kami dibawa ke Lijiang Waterfall Hotel untuk makan malam dan check in! Permandangan waktu malam di Guilin aman-aman sahaja. Tidak hiruk pikuk.
Hari Kedua pulak kami bergerak ke Yongshua menaiki bas untuk melawat perkampungan budaya di situ. Kat situ jugak boleh nampak gunung-ganang batu kapur yang berbentuk tirus dan sebuah-sebuah.
Lepas balik dari Yangshuo, kami di bawa ke tempat wajib pergi di Guilin ni iaitu Li River.
Lepas dah habis menyusuri sungai, pergi la bertebar-tebaran bershopping!
Malamnya pulak kami pergi menonton Liu San Ji Impression yang mana teater hidup ni memerlukan lebih dari 1000 orang untuk melakonkannya. Semua props adalah props sebenar seperti gunung, kampung, sungai, perahu, kerbau dan lain-lain lagi.
Hari Ketiga kami ke Yaoshan Scenic Spot. Di sini kami menaiki kereta kabel tanpa cermin. Seram jugak sebab kami dibawa tinggi ke atas gunung.
Malam Ketiga ni ada Get Together Dinner di Shangri-La Hotel
Hari Keempat pulak kami ke Crown Cave.
Lepas pergi gua kita makan dan solat la pulak… Senang dengan pakej khas muslim ni. Makanan dan solat terjaga. Tak perlu kita fikir-fikir makanan halal ke tak. Tak perlu kita ragu tempat solat ni suci ke tak. Semua dah diatur dgn baik.
Malam pulak pergi tengok show 3D citer pasal gajah.
Lepas tu kemas-kemas la barang nak bawak balik kan… Secara keseluruhan aktiviti berjalan-jalan tu memang penuh la. Siapa yg suka shopping, kat Guilin ni pada waktu kami pergi ni banyak sangat jual baju-baju sejuk yg cantik dgn harga yg begitu murah. Yg RM30 pun ada!!
Trip percuma daripada Great Eastern selalunya tidak mengecewakan. Pasti ada saja perkara yg akan buat kita gembira. Jika anda adalah seorang yang suka mengembara dan menziarah ke tempat orang, apa kata anda join saya sebagai agen takaful. Komisyen dapat, hadiah dapat, free trip layanan 5 bintang pun dapat! Buat 1 kerja, dapat banyak benda!
Hubungi saya Suri Fitriah 017-3723344 atau drop your resume here. Saya kongsi dan guide anda untuk buat 1 kerja yg ringkas tetapi memberi pulangan yang lebih dari berbaloi!